Wednesday, August 8, 2012

SUDAH LENA DIA TIDUR

Alhamdulillah..secara rasminya..benda yang diidamkn olehnya sudahpun di ambil kelmarin...gajah putih...lenala si dia tidur agaknya semalam yea

Saya senyum dalam resah. Anak-anak melompat gembira.

Semoga Allah mempermudahkan kami untuk melangsaikan hutang kami . Semoga nikmat yang Allah berikan ini menjadikan kami hamba yang lebih tawadduk dan lebih bersyukur..jauhilah kami dari menjadi kufur nikmat..dan menanggung hutang lapuk.huhuhuhu


Sukalah orangtu...harini secara rasminya dia pi kerja dgn gajahputihnya...

Dh pakai kereta meredah jem pagi petang...sediaakan jeala duit minyak yea....semoga Allah pemudahkan segalanya....

Selamat beribdah pada malam ke 18 ye semua...saya dh solat terawih td...susah nk khusyuk skarangni...entajla..matamenjeling aje kat si asma bila dia try nak buat umar...kepada Allah jua kita berserah..semoga ada sdikit markah di sisiNya buat saya yang serba lemah ini


marilah kita amalkan doa2 untuk mudahkan kita melangsaikan hutang..saya kongsikan dengan rakan sekalian...ala..yang saya google jugak..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 2, 2012

GADGET TERBARU

Alhamduliilah...hasil dri duit yang dikumpulkan daripada ahli-ahli pendidikan Islam kat sekolah..dapatlah kami membeli sebuah lagi printer baru serta ink..ini gara-gara nak buat abm di bilik jqaf...

tiada peruntukan untuk pembelian orinter dan alatan ict kata guru besar...tapi bilik j-qaf hendaklah dicantikkan..ppd nak datang tengok...masuk pertandingan....kena guna harta dan duit sendiri...orang senang cakap..ala bila lagi nak buat kebajikan...yelah kebajikan..kebajikan jugak...tapi kalau semua benda kat selolah dan tugasan rasmi nak guna duit sendiri...apa kerajaan buat untuk tolong memartabatkan institusi pendidikan..

rasanya berdentam dentum kerajaan war-warkan up kan budget untuk sekilah sampai berjuta-juta....mana dia...xder nampakpun..

kat pra sekolah sekarangni pun dah diberhentikan semua pembantu pra sekolah. alasannya ppd tak aada peruntukan untuk gaji pembantu pra...guru yang berpindah dan bersalinpun dah sebulan tiada pengganti..bila rujuk ppd,ppd kata tiada peruntukan untuk guru ganti...wahahahaha....i smell something fishy right there...guna byk duit tabur utk raih undi PRU 13 sampai semua budget lain digunakan ke????

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012

CUBA SHAKLE.SET PENYuSUAN

Bila naik bulan Ramadhanni....susu sudah berkurangan...stok beku sudh habis digunakan...

Mahu tak mahu, saya terpaksa membeli susu formula ANMUM kepada bs untuk Umar...
Maafkn mama ye Umar..mama sudah tak mampu untuk membekalkan susu kepadamu...tapi i.Allah mama masih berusaha untuk memberi sekurang2nya 1botol untukmu di waktu pagi..

Kini saya sedang mencuba set Shaklee yang diketahui ramai...mahal...bgi yang bergaji sederhana dan beranak ramai seperti saya..1set penyusun shaklee beharga rm411. Mana nak cari duit untuk makanan tambahn yang semahal itu..namun saya tekad..bila memikirkan kesihatan dan perkembangan Umar...walaupun susu tidak banyak...ia boleh menmbahkan zat dn kepekatan susu sy..sekaligus dapat mengenyangkan Umar....segala nutrisi lengkap yang disokong oleh shaklee ada di dalmnya...

Setakat ini..alhmdulillh..walaupun susu sy tidk menunjukkan pertambahn menddak..tetapi sejujurnya...susu cepat memenuh...bukan seperti awal puasa dulu...melepek kekeringan ajeeee kantung 'itu'...heheheheh..sekarang bila UMar hisap...cepat sahja ia memenuh.

Sehingga nak berbuka...rasa susu masih ada..wahh...mama bahgia bila tahu umar mendapat cukup susu di rumah dan berzat.. Kalau nak harapkan pemakanan mama yang sangat tidk seimbang...(kerana mama xsuka sayur)..manalah nak dapatkan susu penuh pelbagai khasiat kan....alhamdulillah...saya akan cuba continue dan mula menabung untuk stok shaklee yang seterusny bila ia dh habis nanti..semoga Allah permudahkan usah mama ini..aminnnn

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 31, 2012

BErPESATUAN.....????

Saya emosional hari ini...berkenaan tajuk di atas.

buat apa punya persatuan yang hanya nak mengutip duit....
buat apa persatuan yang diletakkan nama kebajikan kalau masa kami susah sorangpun tak boleh hulurkan bantuan....
Kecelakaan yang datang dalam pelbagai macam..kadang kadang untuk kifarah dosa...ada juga utk menguji sejauh mana yang dinamakan kebajikan!!!!

Pertolongan...?????
buat apa kebajikan jika ahlinya hanya pandai kompangkan ..sabarla.....kehilangan itu sebenarnya nk dapat benda baru...kereta baru contohnya......
kalau itu yang dinamakan kebajikan...sumpah...saya tak perlukan...!!!!!!
bukan duit yang saya gelojohkan...
kebajikan yang terpampang mana pula menghilang...tukar sahaja kepada kelab kasihan.

bukan mahu dikumpul duit sehingga dapat gantikan barang yang hilang....
cukuplah memperlihatkan ehsan derma kilat...bagi menunjukkan kebajikan....bukan lantang bersuara menjulang nama kebajikan...tapi kekuatannya hnya bertunjangkan nak kutip dana dan wang...agar boleh bergembira suka ria..tapi jauh sekali nak hiburkan orang yang dalam berduka..

saya???? .....tak pernah gembira dan sukarela masuk ke kelab yang dinamakan kebajikan...moga Allah berikan balasan yang terbaik buat kami...yang rasa susah kumpul duit untuk dana yang dinamakan dana kebajikan..tetapi digunakan khas untuk dana kegembiraan..melupakan kesedihan...

Pelik...bolehkah melupakan kehilangan dan ksedihan...bersuka ria sampai bila???..tolong orang bijak pandai di sana yang jawabkan.pelik juga..bila orang lain kenduri kawin boleh pula mengideakan kutip rm100 seorang buat hadiah si oengantin...ohhhh..mungkin itu dinamakan kebajikan yang pada saya.....membebankan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 30, 2012

CAPEkkkkk

Sungguh Canggih dan sistematik sekali dasar pendidikan negara mutaakhir ini...semuanya sudah ISO...terbaru diperkenalkan....SPSK...Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti..

Semuanya kena ada bukti bercetak..berfail keras..nampak gayanya kerajaan bersyak wasangka akan tugas guru yang kononnya goyang kaki sahaja...ada masa rehat (relif time) yang boleh bersembang sembang.gelak2 tiada kerja..bila cuti tiba mereka rasa tak sedap hati melihat guru yang kononnya horay-horay. maka mereka berikan kerja baru...SPSK ..merwka tak tahu sebeban kerja2sekolah.cikgu cikgi terpaksa angkut ke rumah...mana nak layan anak..suami..family.

terbaru juga guru diberi tugas baru mengukur setiap inci bangunan dan kawasan dalam sekolah...nama programnya....daftar aset tak alih..maka gurupun mula memegang pita ukur dan belajar serba sedikit ilmu kejuruteraan...untuk mengukur dan melakarkan plan bangunan yang dipertanggungjqwabkan...bimbang akan ketidakeandahan/keingkaran guru kepada tugas...maka pihak atasan mengeluarkan sijil khas kepada guru atas tanggungjawab yang diperturunkan...sokong membawa rebahlah kepada guru-guru seantero negara.

bebanan kerja yang berlebihan sehingga kepada tugas bukan mengajarpun diberikan kepada guru...macammana guru mahu konsentrat kepada tugas major iaitu mendidik dan membangunkan akhlak murni murid-murid....

sekarang memang kami tak menang tangan...untuk memyelesaikan pelbagai tugasan yang diberi..sedikit sebanyak tugas mengajar....menasihat dan mendidik akhlak terpaksa kami ketepikan dahulu..kerana selalu diberi due date untuk tugasan..kadang kala PPD hendak datang memantau sistem failling..keceriaan bilik khas..merekod alatan bbm yang baru sampai..nak dilupuskira...nombor siri...cop mengecop dan banyak lagi....dan sebagainya....semua itu sudah menjadi tugas guru.tetap dan berpencen.

akhir sekali...kami dihidangkan dengan kenaikan pangkat yang paling lambat berbanding pekerja kerajaan yang lain...guru tidak boleh merotan..menyentuh apalagi mendenda murid..sekarang sudah ada pula sistem murid memberi penilaian markah kepada guru!!!!! sungguh canggih sekali sistem yang kita guna..sekarang guru tiada kuasa untuk memarahi murid..bahkan murid have the power to put gred to their teacher...bagaimanalah bentuk anak-anak yang akan datang....sama-samalah kita renungkan..

kawan saya ada cara tersendiri untuk releasekan tention dari beban kerja yang banyak dan menyesakkan dadanya...nk tengok??? ni dia..koleksi beg berjenamanya...saya boleh tengok aje...tengokpun buat hati gumbira....sekurang2nya udah terubat sedikit keletihan kerja


couch rm1000


Bonia...rm5++


Sembonia rm 4++


jam.tangan CK.rm4++ kot(lupa dah)

dan yang akan dihantar oleh posmen esok...jeng..jeng...jeng.


coach...rm6++

itu beg yang sempat saya ambik pic...yang saya terlepas banyak lagi...rasanya ada 4bijik lagi begnya yang berharga rm4++-6++.. senang hatikan....melihat beg-beg itu..itu koleksi untuk tahun ini sahaja..entah berapa bijik lagi tuan dia akan beli untuk habiskan sehingga bulan 12 ni...hihihi...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012

MAAf TANPA DENDAM???? mampukah??

sangat sukar untuk memaafkan kesalah orang kan.....
tapi bila hati sudah memaafkan...kenapa masih timbul rasa kurang senang bila bertembung dengannya...

perlukah kita maafkan orang yang telah mengeji kita dihadapan orang yang dibelakang kita dan dia tak pernah tahu bahawa kita tahu mengenai perkara tersebut? sesiapa boleh bagi saya nasihat....

sudah 2minggu saya mengetahui akan perkara itu..dan bila iman saya sedikit baik..saya masih melayannya seperti biasa walaupun layanannya jua tidak.seberapa..dalam hati saya niatkan "biarlah.....kesian dia hati dia busuk dengan dengki" saya ingin memaafkannya...tapi bila tiba waktu iman sya nipis....hati saya menyampah dan tak hinggin terserempak apatah lagi berbul.dengannya....kerana terkenangkan perbuatannya..dah banyak kali dia kencing saya terang terangan....saya masih wak bodo aje .La haula wala Quwwata billah.....

apakah saya perlu bersemuka dengannya dan ceritakan bahawa saya sudah tahu akan hal itu..dan menerangkan kepadanya yang saya bukan seperti dicakapkan dihadapan orang ramai. Dan selepas itu baru saya maafkannya?

bukankah itu kemaafan bersyarat?.... Bagaimanakah sebenarnya dikatakan memaafi tanpa dendam...bolehkah?mampukah?



Wajah tuannya xleh ditunjuk...tp hasil karyanya amat chantikkk...saya sendiri tak mampu melakarkan panorama sepertinya...

Aku ingin bebas dari sakit hati dan dendam....
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 22, 2012

JOM CUBA KHATAM QURAN di BULAN RAMADhAN

Jom kawan-kawan muslimin dan muslimat, kita cuba khatam al Quran pada bulan ramadhannie...cuba try cara mcm dalam pic nie.nak beli pen digital al Quran yg rege ratus tu pun boleh juga...untuk.senangkan pembacaan...saya pun tak arif setakat mana orang yang duk war-warkan.

Tapi bagi saya pembacaan dengan suara asli melalui kerongkong lagi banyak pahala kerana tenaga untuk mengeluarkannya boleh mendahagakan tekak..hahhahahahah....sebenarnya kalau beli pen boleh baca tupun orait jugak...Allah bagi phala banyak jugak sebab kita korbankan duit untuk membelinya. Lagi baik dri membeli benda yang tak berfaedah..kan...

Ada orang yang sibuk.mempromosikan pen itu kepada saya..pada.hemat saya..itu sebenarnya bukan keperluan kepada kita yang boleh membaca alQuran...pen itu kemungkinan berguna untuk orang yang nak baca al Quran tapi masih belum .lancar dan mereka yang nak tengok sahaja ayat dan mndengar pen itu yang baca...Allahu Alam...

Tapi saya kena lebih husnu DZhan...kan...i Allah..saya akan cuba beli pen tersebut untuk menyẹlami.kebaikannnya...orang kata tak kenal maka tak cinta..kannn.boleh juga dihadiahkan kepada orang nanti

Published with Blogger-droid v2.0.6

NAK MENYENTAL

Assalamualaikum.....selamat berpuasa pada 2 Ramadhan al kareemmm...

Hari ini mood nak menyental bilik air sudah datang...entahlah kenapa sejak kelmarin..rasa kebersihan bilik air sangatku minati....yelah..kata irang nak tengok tuan rumah oengotir atau tidak...cubalah ke bilik airnya....hohohoho...malu rasanya kalau ttamu datang dan masuk bilik air yang kotor...

Tapi malas nak menyental kuat-kuat..abis tenaga nanti..kedekut renaga puasa2 ni...nanti tak larat nak meg control rakyat jelata dan memasak nanti...apakah agaknya bahan oencci tandas dan lantainya yang kuat...xoerlu sental kuat...ada sapa2 tahu tak?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

SUDaHku SAnGKa....CEmPEDak Jadi NANGKa.

No komen....agak2 rumahtu ikut rebah sekalike tak...sangat-sangat membahayakan keselamatan....



Kalau 2,3 hari lagi hujan berterusan...alamatnya tinggal tiang jer banglo ni....
Published with Blogger-droid v2.0.6

MEMANG TAK DENGAR KATA

"jangan main buluh tu ibrahim"...umi melaung dari jauh. Aku teringat adik bongsuku beberapa puluh tahun yang lalu. Terlompat2 dia atas tangga sambil memegang buluh. 2minit lepas itu....dummm...adikku jatuh...buluh yang ada ditangan tertikam di bawah hidung....darah memercik keluar...sekarang ibrahim...sudah berada di UMK.tahun 2..sapa nk wat calon menantu, angkat tangan..hahahaha..hensem bergaya.xnampakpun parut ..pada masatu xpergi jahit ..bubuh ubat gamat jahhhh...
Nah ni dia orangnya.sudah segak bergaya...
.


Ini laluan nk ke sekolah men sg kertas....disebelahnya dulu adalah lembah...lalu di timbus tanah...tnggi sangat...bayangkan timbus tanah yang tinggi...tanpa ada di tanam sebarang pokok atau rumput...baru 2,3 bulan timbus..dah buat banglo pulak di lereng bukit itu....conferm kalau minta lesen dgn MPS tak lulus..agaknya secara haram lah kot rumahtu di bina..setiap kali hujan...air tanah merah meluncur laju turun dari lereng bukit menyebabkan banjir lumpur...murid2 yang nak prgi dan balik sek menjadi mangsa...kasut xpayah nk cakap ...berlumpur...ada yang tergelincir licin dan tak kurang pula memercik terkena baju....

Petang semalam hujan kebat..walaupun sudah dibuat benteng simen...oleh kerana keadaan tanah itu berbukit...inilah jadinya...di atas tebing itu di bina rumah banglo 2 tingkat .....harap tiada kecelakaan yang akan berlaku akibat tak dengar kata ....harap tiada tanah runtuh atau bangunan yang runtuh...kebih teruk lagi kalau ia runtuh di atas orang yanglalu atau kenderaan..semoga semuanya selamat.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

FENOMENA PERASAN hEBAT

Dunia sekarang dalam peperangan.Negara Syria dilanda pembunuhan beramai2..Thailand bergelodak dengan tentera membunuh sewenang wenangnya..

.di Malaysia juga setiap minggu tak sah kalau tak ada berita mayat ditemui...mayat tanpa kepala...bakar hangus dan sebagainya...Secara tak langsung...murid sekolah rendah juga terpercik akan rasa hebatnya berada dalam pertempuran....

Perasan hebat dan gagah dalam pertempuran...tanpa memahami kenapa perlu bertempur dan masa yang wajib untuk bertempur...sehingga dalam kelas pun fenomena bertempur ini sering menjadi kegilaan murid sekolah rendah...



Permainan tembak-tembak... Bila saya perhatikan mereka bersungguh-sungguh berlawan membuat simbol dengan tangan masing masing..simbol perisai,simbol pistol..hebat sungguh. Bila yang menang tu kira nampak machoo la kot..

kembang kempis hidungnya..tangan yang membuat gaya pistol selepas dapat tempak orang....amat menggelikan hati...siap wat adegan tiup mincung pistol sambil muka machoo...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 15, 2012

PERHIMPUNAN GELOMBANG HIJAU MENUJU PUTRAJAYA



Masya Allah....terkedu lidah saya...sebak hati saya bila melihat segelombolan mereka yang sedang sujud solat memohon doa kepada Allah agar diberi kemenangan dalam pilihanraya ke 13 ini...masya Allah....sungguh tenang dan hening sekali...tak dapat digambarkan jika saya juga di sana.

pada saat ini suamiku dan suami serta ramai serikandi2 pejuang Islam yang berkumpul di sana termasuk ipar duai dan anak sepupuku...semoga semuanya selamat pergi dan selamat pulanh.

baru mendapat sms dari teman rapat...K.La yang turut ke sana bersama keluarga dan 5 ank kecil mereka..

" Salam da,k.la ank branak duk kat hmpunan hijau ke putrajaya d stadium kuala s,gor.takbirr..allahu akbar"

sungguh bersemangat sekali..takbir Allahu akbar...

ya Allah..kami sujud kepada Mu..berikanlah kami kemenangan dalam menentang kemaksiatan dan penindasan serta penipuan UMNO BN.Menangkanlah kami dalam pilihanraya ke 13 ini..smoga kami dapat membangunkan kerajaan pemerintahan yang lebih baik...aminnn

'>Published with Blogger-droid v2.0.6
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 13, 2012

BERHENTI DI SIMPANG JALAN....

Kita sebagai manusia semestinya pernah merasa takut untuk membuat atau memilih sesuatu keputusan oenting yang hendak di buat.....

Takut kalau-kalau kita tersalah buat keputusan...bimbang kalau tersalah pilih arah...akan merana seumur hidup

Allah telah memberi pelbagai jalan memohon petunjuk termasuk solat istikharah...sejauh mana kita memohon doa dan membuat solat istikharah di atas setiap keputusan yang hendak di buat... Sebelum memilih jalan..berhentilah sekejap cuma dipersimoangan..mohonlah petunjuk Allah..agar jalan yang dipilih adalah jalan yang terbaik .

Atau pernahkah kita buat tak tahu atau malas untuk memohon...atau kita lebih suka takdir yang menentukan laluan arah hidup dan pilihan kita....

Pilihan di tangan kita sendiri...aku sendiri sudah berserah kepada takdir...sudah penat rasanya ....biarlah dia sahaja yang beristikharah...berdoa....aku cuma berdoa memohon diberikan kebaikan di dunia hingga akhirat sahaja...

Orang kata kalau dah di hati sudah ada pilihan....buat istikharahpun...itulah juga yang diigau2kan .....

Bab berhenti di simpang jalan tunggu turn...aku sendiri acap kali terlepas pandang...petang tadi nyaris aku dimaki hamun...yelah jalan orang lain..aku pulak yang laju menonong keluar simpang sehingga kereta tu berhenti sebab aku makan jalan. Dia..aku mintak hampun le bebanyak...aku memang kurang cekap membawa kereta..bahkan sudah lupa pelajaran undang2 JPJ dulu.ampun maaf dipinta..janganla marahkan daku yang selalu tergopoh gapah ini....daku mengaku daku insan bersalah...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

SAKIT URAT

sempena hari 1murid 1sukan pada selasa (semalam)...sayapun xhingat apa...syoknya ber aerobik bersama murid danguru-guru perempuan di oerkarangan sekolah...selepas aerobik...kami bersama murid-murid berjalan lenggang kangkung pusing 1kampung sungai tuani...bukan main lenguh lagi....

atas kebijaksanaan ki guru-guru...kami ambik jalan pintas..wakakakakaka...itupun seksa nak menapak ke sekolah...

balikje dr sekolah...amboi...urat saraf mengembang dan kesakitan mulai di rasa..lenguh betis..pinggang dan kaki berdendang2...nak masakpun tak lalu...

alhamdulillah..jumpa bunga kembang..air kayu yang kawan bagi...org panggil nenas batu...alhamdulillah.lroas minum air rebusannya..pagini saya sihat walafiat...



inilah wajah nenas batu..baik uk kecutkan rahim selepas bersalin...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 7, 2012

APAKAH INI TAKDIRNYA.....

sudah 2x kami melepaskannya..kali ke tiga ..aku sudah tidak lagi mampu untuk menghalang....tengahari tadi...aku menemaninya untuk berjumpa orang yang diw akilkan oleh encik Jamal itu.....memang betulla.namanya unta sungguh......dahla naikkan harga ambik untung..disuruh kulinya pula yang uruskan kami...bila dah kuli kami nak minta kurang macam harga sebenarpun tak boleh..alasannya..saya hanya menurut perintah.....benci betull....

Sepatutnya bila benci tinggalknjelah kan...tapi cik somi dh demam 2bulan minatkan bendatu..dan setelah diservey..hanya di situ tempat yg paling murah.(somi yg sevey..bkn saya) kupun terpaksa tutup mata mengenangkan si untatu dapat untung atas angin 1k.....

masa cik somi memberikan wang pendahuluan...aku tak dapat duduk di situ..aku benciii sekali...aku keluar...bergenang dan melimpah jua air mata ku ke bumi tengahari tadi..sambil duduk di atas kakilima kedai tersebut sambil memegang umar....dalam hatiku..ku berdoa agar di jauhkan semua bala bencana di masa hadapan dgn keputusan yang kami ambil ini...semuanya demi keselesaan kami sekeluarga...

bermula dari bulan ini kami harus berdikit dikit..berjimat cermat agar tidak menanggung hutang yang tak mampu dibayar....

yang pastinya aku dan kancilku tetap.bersama.setiap.pagi..setia menghantar anak anak dan diriku ke sekolah...semoga perjalanan kami diberkati Allah dan selalu....aminnn.... ku harap anak-anakku tetap komot macam aku...aku malu duduk dl.kereta begitu..kerana sesungguhnya kami tidak laayk...tetapi memandangkan ank sudah ramai dan tuntutan perjalanan yang sangat jauh..nun ke kelantan....anak-anak tidak dapat bertahan dengan kancil lagi... ya ROBB yassir a'laina...wala tua'sirr alainaa....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Akhirnya dia datang jua.....

alhamdulillah..walaupun sekejap cuma dan .ianya sedikit berbeza....akhirnya ayah terchinta sampai juga ke teratak burukku......

aku sungguh berbesar hati menerima ziarahnya...merangkap tumpang bermalam selama 3hari 2malam dirumahku....

maafkan aku ayah..aku tidak pandai memasak makanan yang sedap-sedap untukmu....maafkan aku kerana tidak boleh menyediakan layanan yang terbaik untukmu kerana kekangan masa kerja dan juga anak kecil...

alhamdulillah...ayah boleh juga jejakkan kaki ke rumahku setelah 8tahun lalu....aku berhijrah kerana mencari rezeki ke kuala lumpur.

aku nampak sirna kasihsayang yang masih tersisa di dalam dirinya...aku juga amat menyayangi dirinya...

tetapi cinta kasihnya sudah diambil orang....besar harapanku agar kasihnya masih ada buat ummiku......



aku terkenangkan kasih ayangnya padaku dulu.....ayah tak pernah berkira pasal duit dgn anak isteri....bila mndapat 3A dlm upsr 1993 .dihadiahkannya aku sebuah kamera olympus yang pada masatu sangat canggih dan tidak layak untuk kanak2 berusia 12 tahun sepertiku..



semoga Allah menyihatkan tubuh badannya dan memanjangkan umurnya dalam kebaikan dan keberkatan..semoga dirinya selamat dunia akhirat dan tidak di sakiti oleh mana2 manusiapun....aminnn ya Robb......

sesungguhnya aku amat menyayangimu ayahhh....
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

BAHAYA

Bahaya betul anak-anak memain hp kita yang ada internet nih....menggelabah saya dan suami pagini....7.11pagi..bila buka fb..ada gmbar saya!!!!!!! ank tertekan dan terupload gambar saya yang tidak pakai tudung....huh bukan main besar di dada fb...

Terkejut beruk saya dan suami..melompat terjun tangga buka pc utk delet gambar tu..dlm masa 2,3minit juga pic tu ada di seantero fb...huhuhuh..ampuni doasaku ya Allah...aku xsengaja....

Bahayala ambik gambar tak pakai tdung kat hp..dan hp plk berinternet..dan ank plk suke memain...huhuhuhu....just one touch...all can be uploaded to fb and internet...

Lain kali msti berwaspada..delet sume gambar yang tak menutup aurat walaupun di hp kitaye ibu2...malang sungguh tidak dapat dihidu
Published with Blogger-droid v2.0.6

DUGAAN D@N CABARAN....

Saya terjumpa bait kata-kata ini bila singgah di Fb sekejap tadi....

Jika kita sering tention...silah cek hubungan kita dengan Allah..

Setelah 2bulan kami memerah otak dan memerah minyak kereta untuk round di beberapa kedai kereta terpakai.....setelah membayar pendahuluan. Sempat membayar downpaiment separuh....dan sempat bank luluskan Pinjaman untuk kenderaan itu...

Di situ berlaku miracle of Allah.....

Duit downpaiment kami dipulangkan....duit booked kenderaan itu dibagibaik dan pinjaman bank dicancle kan semula...

Saya tak mampu berkata-kata...tak mampu untuk berfikir juga...lagi tak mampu untuk meluahkan barang sepatah dua kata kepada suami yang nampak begitu ceria akhirnya layu bila mendapat berita...sebenar nya saya juga hampa....hurmmm....

Saya bersyukur kepada Allah yang telah menunjukkan jalan keluar...namun masih kebingungan adakah satu kenderaan diluar sana yang terbaik untuk kami sekeluarga...gatalje tangan nak main permainan fb yg bertajuk kenderaan terbaik utk kita....hahahhh..saja nak tgk apa internet pilih utk kita..bimbang akan jatuh percaya pula..hahhahahaha

Sekarang masing-masing dalam mood yang kurang meberangsangkan..berselilih rasa janggal...mendekat rSa kelat..nk bercakap rasa penat...memandang rasa tak kuat....biarlah untuk beberapa.hari...semoga kembali seperti sediakala nanti...i.Allah amin..

.kepada suami..semoga lebih terbuka menerima takdir Allah ini..dan lebih rileks untuk menerima kenderaan lain dan dapat mengkaji setiap keburukan kenderaan yang boleh diterima dan di adapt oleh family kita nanti..

not all malay cars are bad....so do the imported cars..not all are goods....so.be wise and be calms in choosing them...

Chewah ber inglish yg entah hape2tah....oh my bad inglish!!!!!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 20, 2012

KEROSAKAN yg PERLU diperhatikan...

Rumah yang dibeli dari pemaju perumahan harus diperiksa dengan teliti agar pemaju boleh membaikinya semula...rugilakan kita bayar mahal-mahal tapi terdapat banyak kerosakan.pecah sana...pecah sini...jadi setelah dapat kunci rumah perhatikan tile2 dan beberapa tempat lain seperti........


*Tepi-tepi  plug elektrik...kadang-kadang mereka tak simen balik...jadi tertinggal rongga gitu..



*Tombol pintu yang tak dimasukkan dengan elok-tiada gambar.


*paip untuk keluarkan air ke longkang. Kadang-kadang dia tak simen balik ditinggalkan macamtu aje.pastu dia sembunyikan dengan mangkuk kecil. Begini....



*Tile...tilesnya ada yang tak berapa lekat..kurang simen...


Ni kat tiles kat tangga.

*Besi kat sliding door-buatan sungguh tidak lawa


Nampak tak simen mengelembung.



Ni di penyambung flush kat tandas...nampak tak,kerja yang tak selesai....saya cuba ketatkan pn tak boleh.

Last sekali try test semua plug elektrik yang ada ..ada yang tak berfungsi....

lubang keluar air kat lantai tandas. lubang nya ke mana,  paip untuk keluar airnya ke mana, senget benget. bila buka penutup besi tu, separuh lubang aja ada,separuh lagi tertutup dengan simen.

teruk betul pekerja developer tu buat kerja.

Lain2...mungkin ada yang nak buat penambahan...silakan....

Terima kasih kerana sudi membaca...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 17, 2012

KARPET ohh KARPET....

Payah juga bila kita beli karpet dan nak disesuaikan dengan perabot rumah kita kan...hurm...kepada kami sekeluarga...kali ke3 barulah kami berpuas hati dengan karpet yang dibeli...hahhahaah...nasibla kedai pakistantu melayan karenah kami dan dengan karenah saya yang nakkan diskaun lebih..

Asalnya kedaitu hanya bagi diskaun 20%...last-last dapatla diskaun 25%....haih...susah betul dia nak bagi diskaun...kat kedai mana...hhahhaahah..nie haaa....di pinggiran gombak...gombak prima baru bukak tu..sebaris dengan fruti tuti...




Patutnya dia bagi saya diskaun 59% atas iklan tak berbayar ini...alkisahnya....inilah karpet pertama kami beli...



Bulunya pnjang2..sanagt empuk..sume ank-anakpun suka..warnanya pun lawaaaa bangat...maroon dan putih krim berpetak....tetapi terpaksa ditukar kerana karpet ini dari jenis yang borderless...tak sesuai untuk saya yang anak lasak dan masih kecil. Lalu kami tukar dengan karpet ini....
(gambar daa deletla...kalau nk tgk..sila ke entry sebelumni bertajuk bawang ohh bawang) kalau rajinla..hihihi

Tetapi bila dihamparkan..suami pula kata pening nengokkk sebab warnanya yang berjalur2 dan pusing2 antara coklat muda,coklat tua dan coklat shinning....bulunya juga panjag2 tapi lebih halus....sehalus rambut...

Dengan itu....inilah karpet ke 3 dan kekal bersama kami..kami beli 2bidang kerana saiznya yang agak kecil dan suami sukakan warna yang berlainan....boleh matching2 katanya.dan yg paling penting ia ada border.bulu karpet tak mudah cabut
...


Warna hijau dan merah...
Alhamdulillah..sudah berpuas hati walaupun bulunya pendek2....

Nampaknya lepasni saya kena lebih rajin untyuk memvacum karpet..baby umar masih kecil..bimbang debu2 kotor melekat di karpet....boleh menyebabkan asthma kepada budak2...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca catitan saya....
Wassalam...
Published with Blogger-droid v2.0.6

MEETING FAMILY SUAMI

Alhamdulillah...sudah selesai meeting family suami malam jumaat yang lalu....mendebarkan sungguh..lokasinya di rumah saya....tapi bukan itu yang melemahkan jiwa raga...tetapi tang makan-makan tuuuu...saya kena masak...makan nasi...jadi atas cadangan takan sekolah...dia sarankan wat nasi...berlaukkan daging goreng kicap,sayur dan ikan goreng.

Bayangkan nak memotong daging sebanyak 2kg dengan pisau yang tak berapa tajam....memang sakit pinggang dan bahu serta lengan saya...dah 2 hari berlalu....rasa lagi lenguh. Dahtu cabaran ke dua....oeriuk besar tiada..terpaksa saya gunakan periuk vision yang besar tapi tanpa penutup..8kali jugak saya tambah air...maklumah penutup tidak ada..daging nak empuktu lambatttt sangat dan kena kacau selalu sebab mudah nak hangus kat bawahtu..sbb periuk kaca...

Majlis berakhir jam 12.00.Lepas tetamu balik, saya telentang terus......tetapi daging masak kicap tomato saya kurang menjadi kerana garam dan guna tak cukup ngam...tak daya dah saya nak modify lagi...kaki dan betis dah macam nk patah...

Nak resepi:

2kg daging lembu di potong kecil
Sos tomato
Garam gula
Jintan manis dan putih setengah sudu setiap satu
1biji bawang holand dan 2biji lada besar utk diletak dalam masakan masa last.

Bahan di blander:
4 biji bawang holand
1labu kecil bawang putih
Halia 2inci
Lada kering 4-5tangkai

Sudah diblander sila tumis spai naik bau.masukkan jintan manis dan jintan putih skali.masukkan 2sudu sos tomato Dan garam.

Masukkan dagingg..bila dh nampak air daging nak kering masukkan air..tutup periuk...tambah air bila air nampak nak.kering....biarkan selama sejam sambil tambah air....
Bila daging dh empuk masukkan gula sepandai rasa...dan 2 sudu sos tomato .jangan lupa masukkan sebiji bawang holand lagi yang dipotong 4.bila gelegak sekalilg...tutup api....siap utk disantap...

Terima kasih kerana membaca....


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 14, 2012

MENTALITI YANG SALAH

saya naik geram... bila bilik khas disalahgunakan.... bila time relief....silalah pikirkan orang lain sama...kalau ada irang nak mengajar..dah relief silalah masuk dalam.kelas terbabit..kasihan lah kepada murid yang hendak belajar... kasihankanlah juga kepada guru yang bagai nak pecah kerongkong merteriak agar suaranya didengari dan pelajarannya difahami murid.... waduh...naik perit tekak saya menjerit...harap kasihanilah saya yang nak menagajar..relief sudah tentubudak.membising shj...guru buat kerja lain..murid buat kerja lain..mana mungkin mereka boleh diam tanpa diberi sebarang tugasan...aekadar...tolong diamm...diamm...diam.... naik geram..walaupun kawan sendiri
Published with Blogger-droid v2.0.5

BAWANG oh BAWANG

kenapa dengan entry bawang ni.... nasib baik saya beli bawang banyak kat NSK minggu lepas...ada jugak pekdahnya malamni selain digunakan untuk memasak.... muaz bawa balik kerja rumah matematik sampai 5helai....saya dah ajar muaz guna jari kaki...sebab operasinya melibatkan 2angka yang tidak lebih dari 20....tapi nampaknya muaz makin keliru... maka saya ubah cara. suruh dia lukis bulatan dulu da buat operasi tolak kat situ...lambat pulak dia nk lukis bulatantu...saya jenis tak sabar...lgpun dah lewat..esok nk bagun awal.. maka idea bawangpun keluar.memulatu nyaris saya nk keluar kutip batu kerikil kat umah sebelah yang sedang renovate....tetiba pula teringatkan bawang yang ada kat dapur. so layanzzz

wahahahahaha.... ok...sekian.... terima kasih kerana sudi menjenguk aktiviti saya malam ini...sekian...
Published with Blogger-droid v2.0.5

Wednesday, June 13, 2012

MERENDAH DIRI :MENYEMBUNYIKaN @MENIPU

Assalamualaikum...

Berkenaan tajuk di atas.....
Bagaimana mahu merendah diri.....adakah patut menyembunyikan hal sebenar?
Contoh: beli binatang nama kuda rege 300,000.
Orang tanye berapa rege.....mcmmana?....

Adakah :" ala..murah ajer dalam 200 lebih aje...

Adakah:" adala....xmahalpun...

Adakah:"mmm.....xleh cakap.....

Dibimbangkan hendak merendah diri namun akan dikatakan menipu....

Atau bercakap dengan jujur...biar sume orang tahu....

Bimbang kalau dikatakan kaya kerana dia sebenarnya tak kaya...hanya sederhana....

Macam-macam ragam manusia
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 10, 2012

STOKKU MALU-MALU KUCING....

Haihhh....stok susu saya hanya ada 5 btol ajer...seoanjang 2minggu cuti...malas nak menuai...hai...agaknya bolehke nie....nak cukupkan hingga 2 tahun untuk Umar.

Sekarang Umar dah 6bulan..belun introduce makanan lagi...semalam cuba-cuba jugak...macam tak nak maka aajer...sikitpun tak nak telan....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 9, 2012

ADT Always THERE-alarm rumah..

Kalini saya nak berkongsi tentang sistem alarm untuk keselamatan rumah dari sebarang pencerobohan dan kebakaran.

Pagi tadi orang ADT datang untuk tengok2 berapa point dan sensor yang perlu untuk sebuah rumah kami...kami nk servey harga ajer...nak compare dengan 1 lagi brand ....(aishhh...lupa lak nama brand utk alarm 1lgtu)

Sudah servey..bermulalah oerbincangan dengan suami...dia bagi harga rm1377.20 untuk 6 point senser gegaran dan 3sensor utk movement...

Beza diantara movement sensor dan gegaran sensor?...movement boleh cover untuk ruang yang lebih besar..bila ia detect ada movement selepas diaktifkan...alarm akan bunyi. Ia selalu diletakkan dipenjuru ruang tamu yang meliputi tangga dan pintu masuk ke dapur.

Sensor untuk gegaran pula dipasang pada pintu ...sliding door dan grail tingkap..bila anasir nak masuk..tentunya berlaku goncangnkan..sb kita dah kunci...(lainla kalau kita tinggalkan rumah nak balik kamoung tak kunci dahkan open the door lebar2...heheheeh)..bila sensor kesan gegaran...dia akan bunyi...akan terus ke ADT ofis..orang ADT akan cuba call tuan rumah..jika gagal..mereka akan terus call balai polis...polis dari pejat dgn poskod yang sama dgn rumah akan berdesup ke rumah anda....anda juga boleh tekan butang2 untuk hubungi polis atau bomba atau perlukan ambulan.

Kalau pasang movement sensor...boleh lagi jimat sbb gegaran sensor lagi mahal dan meliouti hanya pintu atau tingkap itu ajer...tapi xlehla sebuah rumaah nk guna mivement sensor aje...

Apa2pun..kami masih lagi dalam serveying harga..hehehe...kenapa....sebab kami rasa sangat perlukan alarm nie memandangkan rumah kami bersebelahan kilang kayu haram..huhuhu yang tak boleh nak di sita dah...MPS dan PEJABAT TANAH pun kalah dgn diaorang....kedua kerana 2 bulan lepas....ada rumah di sini yang kena pecah masuk melalui bumbung...tapi tak sempat nak masuk kaki pun, alarm ADT dia bunyik...masatu suami dia out station ke JEPUN...see...how important the security for me anak beranak..huhu..apa2pun security dari Allah memang tiada tolokbandingnya..kita berdoa..solat hajat..wat oagr rumah..dan sedikit persediaan tambahan atas usaha sendiri untuk keselamatan..selebihnya berserah pada Yang ESA ....

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen....
Published with Blogger-droid v2.0.4

LAPAR......jom ber LEMPEnG

Alahai..bila balik rumah setelah mandi manda..matapun kuyu tetapi perut anak-anak berkeroncong...apa lagi...badan malas nak.masak..kita ber lempeng susu jelaaa....

Layanzz lempeng susu saya...saya wat tak guna sukatpun..main taram ajer....janji ada

1. Tepung gandun....
2. Minyak jagung dalm 2,3sudu
3. Gula 1-2 sudu dan garam secubit
4. Susu pekat dalam 3-4 sudu atau susu debu nespray atau everyday....tengok atas banyk mana gandum...
5. Oat 2-3 sudu...kalau tak nak letqkpun xpe....tiada masalah
6. Telur..ikut rasa..kalau nak lembut bayakkan skit..saya letak 2biji jer.

Masukkan sume dalam blander..cuba bland..kalau tersekat..masukkan air sedikit..sehingga blander tu berjalan...jangan terlalu cair...cukupla bila blandertu smooth jer berputar....

Panaskan kuali non-stick...sapulah sedikit mentega atau masukkan sesudu minyak jagung...boleh masukkan adunan tadi..dan goncangkan dengan lebut agar rata dan jadi bulat cantik...tunggu 2,3 minit balikkan....kalau ada coklat rice yang warna warni bolehlah tabur untuk hiasan...xderpun xpe...

Maka..jom makan.boleh dimakan kosong atau dilayangkan sedikit susu pekat@madu untuk lebih manis...sekian....



Ok...terima kasih kerana sudi membaca
Published with Blogger-droid v2.0.4

AkTIVITI MANDI MANDA dan PENAPIS AIR COWAY

Sudah 2minggu kami anak beranak terperap dalam rumah..kemas rumah yang masih nok tak berkemas....akhirnya tengahari tadi kami keluar untuk mandi di Sri Raudhah belakang UIAM....dekat JHEOA....maka seronoklah segala askar dan askariah kami.......so layanzzzzz...

sebelumtu alkisahnya jumpa akak bersama keluarganya yang bermandi manda di situ....dia tegur dan bagi salam kat sayadulu..malu pula ssaya yang mydani..hurm...mudake bila umur dah menginjak ke 31 tahun....?? Heheher

Cakap2 ....lalu dia cerita pasal oenapis air coway....huss....bila dengar harga memang mahalla...rm28++ rasanya...lamsam rm3k ler....dengan bayaran sebanyak itu...dia akan bagi servis selama setahun tang beberapa kali orang coway akan datang untuk cuci dn ganti parts yang nak kena tukar....bila dah habis setahun..kena bayar rm500 setahun untuk servisnya..uiii..macam nk bayar roadtax keretala pulakkan...

tapi kalau tak mampu boleh wat sewa beli...bayaran rm110 sebulan..dalam 5taun...ia akan menjadi milik kita...tapi servis dia bagi sehingga 5tahun....non stop....lepas 5tahun...boleh bayar rm500 la pula kot untuk sambung servis...(tp ygni saya tak sure....sbb tak tanye dia babtu)

Saya tergoda juga sebab segala keistimewaan coway nie....berbanding bio aura yang saya tengah gunani...hurmm.....kenapalah ada orang dapat rm600...sedangkan saya bersusah payah beli dengan harga rm 2100 sebijik..saya sendiri yang tolong belikan untuk mak sedara saya....rm600...memang bioaura..xtipu...katanya sbb dah belambak sangat kat rumah...xlaku....

Allahu a'lam...peace no war kepada semua ahli hai-o ye....

Published with Blogger-droid v2.0.4

HAI BIL ELEKTRIK......HAI KERETA....

Bimbang sungguh saya bila naik rumahni...bukan apa....bimbangkan bil apinya nie... Cik husband mengada pasangkan 2bijik aircond dalam rumah...bilik tidur dan ruang tamu...sebab dulu dia terjumpa kedai yang nak wat clearence stok...jadi dapatler murah....

Jadi....dah ada aircond ni..anakpun mengada2la...sume pakat nk tido dalam bilik tidur saya...of course...nak sruh buka aircond....aku hanya terpikir2 bab nak bayar bil nya karang....mintakler xder pengalaman sampai kena potong api xdpt nk bayar elektrik...nauzubillah...ya Allah..murahkanlah rezeki kami sekeluarga....

Sekarang...saya pening lagi....saya teringatkan hadis...lupa sanadnya....
Bunyila lebih kurang begini....
....untuk kebahagiaan di dunia carilah isteri solehah...kenderaan yang selesa dan......

Itulah yang difikirkan sekarang kerana cik suami dah tak sabar untuk beli kereta baru...hurmm...mpv...memandangkan anakpun dah masuk 4 dan jika diizinkan Allah nak tambah lagi...aminnn..dan kalau balik kampung..barang-barang banyak..tak citer lagi barang yang nak di bawa balik ke kl....jadi jom sama2 jerit mpv...mpv...

namun ketakutan saya melebihi kebesaran space mpv itu sendiri..kerana cik suami lebih meminati wish...he wants wish...and innova for the 2nd choice....

Nak menangispun ada bila pikirkan harga keretatu..saya tak sanggup jika akan terlibat dalam kes tak mampu bayar ataupun kena stop untuk beli barang yang diingini(dalam budget poketlaaa) paling menakutkan tak ada langsung duit lebihan untuk rawatan anak atau emergency...ya Allah...berilah kami petunjukMu.....(sik somi dah bagi kira-kira aritu...tp saya takut untuk melihat apatah lagi membayangkannya.....)

One more thing...saya rasa sangat malu dan xboleh tahan jika duduk dalam wish tu..bagi saya mpv tu nampak sanagt sporty...orang kayaje pakai..saya malu dengan orang kampung.balik kampung...tentu mereka terfikir kami kaya walhal Allah sahaja yang tahu....(sebak rasanya)....esok suami ajak pergi tengok kedua-dua keretatu...saya dah tak dapt nak lelapkan mata malamni walaupun jam dah 12.27am.....kalau terpaksa..rasanya saya akan paksa suami ambil innova dan bukan wish tu...kerana innova badannya tidak terlalu menampakkan arrogant dan stylish....ya Allah...tunjukkanlah pilihan yang tepat untuk kami agar kami tidak menjadi hambaMu yang rugi di dunia dan akhirat...aminnnn ya Robb.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 6, 2012

PAGAR RUMAH

Cara yang dibuat oleh Ustaz Manaf semalam.....
(dia pengerusi Darul Syifa' di Gombak)

1. baca yasin...dalam 10orang...kalau lagi ramai lagi elok...40orang lagi elok....dapat 40x bacaan alQuran ....

2. Baca surah al Baqarah...semalam ustaz tu bahagikan ahli usrah beberapa mukasurat untuk dibacakan..cepat sikit habisnya...seelok eloknya baca 3x..kalau sekalipun dah memadai....ustz wat sekali aje semalam.

3. Opsss...jangan lupa...sediakan air 1baldi....kuarkan kira air tawarla tu..utk pagar rumah nanti

4. Ustz tu berpesan...campurkan airtu dengan garam dan taburkan disekeliling luar rumah sambil baca ayat al-Kursi

5. Utk dalam rumah...masukkan airtu dalam botol spray (xpayah campur garam) ...spraykan di sekeliling dalam rumah sambil baca ayat al-Qursi..
Cara nak sembur...wat macam nak tawaf...bahu ke kanan kan...ikut arah lawan jam...kalau rumah 2 tingkat...wat skali tangganya dan terus ke tingkat ats... Utk dalam rumah...wat dalam 3 mlm...

Yang kat luar rumah cukup hanya sekali aja...


I.Allah banyak2 tawakal dan doa...semoga rumah tangga, ahli keluarga dan harta benda kita dilindungi Allah dari semua bahaya dan makhluk jahat di dunia ini.aminn.....
Published with Blogger-droid v2.0.4

MAJLIS USRAH & PAGAR RUMAH

Alhamdulillah....semalam suami telah mengajak ahli usrahnya untuk berusrah di rrumah baru kami...heheheh..inilah kali pertama dia mengajak kawan-kawannya berusrah di rumah...walaupun rumah lama dulupun aku lah orang yang pertama tak setuju kalau dia nak buat usrah di rumah sewa kami....aku sebenarnya sangat risau bab nak wat makanan....akukan tangan kayu....semua makanan yang aku wat mesti tak jadik....1lagi kerana faktor keselesaan..ruang dan tandas....tapi semalam...sudah tiada sebab lagi untuk aku menolak..heheheh...lagipun semalam cik abe jemput suami seorang ustaz...orang kuat darul syifa'...suami kawan aku juga...datang untuk pagarkan rumah....bukan buat pagar berduritu....pagar ghaib...dari anasir2 jahat....alhamdulillah....majlis berjalan lancar...

Maklumlah aku belum pernah open house kepada mana-mana majlis keramaian begitu...start petang tu lagi lutut aku dah mula menggigil...kaki aku seram sejuk...risau kalau 2 tak menjadi...xsedap...xsempat...(aku nk goreng mee).huhuhu. umar pulak menangis aje harini nak berdukung..aku plk dah janji dgn suami nak masakkan mee goreng 4 bungkus....dengan kuali kecik cenoiet kamitu...aku terpksa goreng 2x ker...pkul 8baru aku beh solat magrib...umar ounya bantai nangess...risau aku tgk...tp aku terpaksa angkat letak...angkat letak dia...untuk menyiapkan gorengan mee aku...alhamdulillah..

setelah bagai nak rak aku berkungfu dengan umar...siap jugak mee aku...nk cepat dan gemetar punya pasal....aku xsempat nk rasa mee tu....tp hati kecilku kata dah sesedap rasa tu...sebab selalunya kalau aku tak teragak2 dan tambah 2,3x nk bubuh gula garam tuuu...alamatnya memg sedapla mee aku...hahahaha

majlis berakhir jam 12...tak terasa masa berlalu.....

Makanan utama malam tadi of course aku tempah roti jala..kalaula diaorang xleh telan mee aku,leh ler dia mkn roti jala..wakaakakaa..akukan tgn kayu..diwaktu sebeginilah aku terfikir...akangkah bagusnya kalau aku seoandai kawan aku yg pandai masak serba serbi....dia boleh masak utk orang ramai...jadi kalau nk wat makan2...memang xpayah tempah....tapi inikah kelemahan aku...

aku juga try wat puding pelangi kononnya..tp kalau dah tgn kayu...kayu jugak.....puding aku jadi puding air bah...bercmpur sume kaler...something wrong somewhere..but i dont have time to think about it....terus masuk dalam peti...last2 aku xwat kuarpun kat tetamu..nanti diaorang kata ape bendala puding macamni..pelik jer rasa. Ada sedikit terasa macam berpasir. Rasany sbb aku letak creamer kot bagi.mengantikan susu cair..susu pekat aku dah letak..tupun kurang dr sukatan yg dia nk..aku bimbang termanis sgt..hahaaah..akuni kalau nak masak selalu menderhaka resepi...kadang2 benda yg dia nak xder..jadi aku ambik insiatip lainlaa kan...gantikan dengan yang setara dengannya...rupanya setara itu menjahanamkan..huhuhu....

Pengajaran : lain kali jangan menderhaka kepada guru anda...



Huss..panjag lagi nak berceritani.tapi nanti boring pulak orang bca..eleh macam ada orang nak baca..sob...sob...sob...xperla..aku berblog bukan untuk popular...tp hanya catitan harian...agar ada kenangan2 dihari tua nanti..wahahaa...

Ok...jumpa lagi di lain siaran...ampun maaf diapinta atas silap dosa...moga kita sume bahagia...di dunia dan di akhirat sana..aminnnn
Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 1, 2012

KEPENATAN.....sesi mengangkut...

Alhamdulillah ,mengangkut barang-barang dari rumah lama ke rumah baru hampir selesai..mungkin dalam 2trip lagi dengan sang kancil kami....petangni saya nak ke rumah lama lagi...nak memgangkut pasu-pasu bunga..walaupun tanpa bunga dan bunga yang tinggal tunggul akanku angkut...heheheheh ...kenapa?...kedekutnyeee...pasupun nak angkat jugak???? Heheeheeh

Saya sekarang rasa berminat nak tanam bungala pulak..saya nk tanam bungeee di halaman rumah sikit...dan nak tanam dalam rumah sekit..sekarang tengah servey pokok bunga yang berdaun yang dikatakan boleh menapis pencemaran dari udara...hummm...nanti saya update lain pasal tu...niee...pasal barang-barang yang baru diangkat...agak-agak berapa tahun le akan siap dikemas....huhuhu..perlukan kerajinan yang gitu dan padat nih....

Ok...sampai di sini dahulu...saya nak rehat sekejap..bepeluh-peluh mengangkat barang...di
Umar yang bagusss je duduk ats kerusi..memahami mamanya yang sedang sibuk...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

Rumah baru

Alhamdulillah...
Barang-barang yang nak bawa ke rumah baru sudah berez 60%...waaa...baru 60%!!! Saya sebenarnya buntu nak kemas yang mana....

Sayangnya katil dan kerusi sofa yang hendak dibuang..selama  7tahun kerusi sofa tu menjadi sebahagian dari keluarga kami....akhirnya terpaksa dibuang...nak ditawarkan kepada sesiapa yang mahu...tak tergamak pula sebab warnanya sudah luntur, kotor sana sini....namun ia sangat berkualiti...rasanya hayatnya dah kebih 10 tahun..saya beli dulu yang 2nd hand ajer....kami memang lanyak ia sepuas hati...sehingga kita ia tetap tegap...spring kuat..bila duduk..masih hebat macam baru beli...

Namun..rumah baru saya tidak ada ruang untuk kerusi sebesar itu..maklumla...rumahpun kecil aje....huhuhuhu...jadi...mahu xmahu terpaksa tinggalkan di tapak pelupusan...agar ada pemungut sampah yang akan merobeknya (huhuhuhu..bayangkan ) untuk mengambil besi springnya. (macam kes  pembunuhan plk rasany). Kalaulah kerusi itu benda hidup macam karangan bertajuk "aku sebuah kerusi".....(macam zaman sekolah rendah dulu) msti  kami ini dilabelkan  tuan yang zalim...huhuhuhu...

Pinggan mangkuk belum berkemas....tv belum di packing...pc pun belum di masukkan dalam kotak...haihhh....risaula....mesin basuhpun belum diangkat..benda2 besar senangje nk settle....datang lori angkutje...masalahnya yang kecit2 cenoitttt ni....
Semoga Allah permudahkan....

Hari ini hati makin berdebar kencang...ingin tahu dan menanti antara rela dan terpaksa untuk memohon...menunggu keputusan dan untuk menanggung kos membela sesuatu benda itu...utk tiap2bulan....mampu atau sebaliknya...masih menjadi misteri di matani..tapi tidak misteri di mata Allah...ya Allah,jika ia adalah terbaik untuk kami..permudahkanlah...jika ia mendatangkan masalah dan musibah kepada kami....jauhkanlah ia dari kami Ya Allah...aminnnnn.... 


 Sila abaikan 2 ekor anak unta dan sejadag bergulung serta semua yg meyemakkan pandangan anda..sila tumpukan kepada yang bewarna biru sahaja..siapa yang nak bolehla datang ambil..pengangkutan. Tidak dapat disediakan....nak bagi free aje...tp.memg xtegamak nk offer kat jiran2...sb dh kotor...kalau nk tukar kain baru...dlama 900 kedai kusyen kata...huhuhu..baik beli baru...
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 26, 2012

Cantik tak

cuba tengok meja makan ini cantikkan. ini hasil servey saya ke kedai jati suatu ketika dulu.....sangat cantik dan harganya juga cantik tapi seingat saya tidak mencecah rm2000. tapi saya rasa harganya dalam rm1800....

tapi sekarang budget memang tidak mengizinkan kami untuk membeli meja makan.cukuolah dulu apa yang ada...peti ais....lampu-lampu...katil katil almari dan cermin....alhamdulillah.....semoga hasrat suami saya juga akan ditunaikan....semiga Allah hanya berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga....aminnnn.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails