Rakan Blogger sekalian pernah TAGG gambar kat FB?
Terima kasih kepada kerana telah membuka mata saya dengan aktiviti tagging yang sudah terbiasa di dalam ber FB..
Rakan blogger pun tentu pernah juga men "tagg" gambar sendiri ataupun gambar rakan-rakan lain kepada rakan FB kan...tapi sila berhati-hati kerana ...ala susah nak citerlah, jom layan n3 ini, saya pastekan untuk korang:
sila bagi kredit kepada ...
Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.
lepas nie, nak delete lar semua tagg-tagg yang dah di tagg kat rakan FB lain...malu , pilu, sudu, garpu lar plksss..heheheh
8 comments:
setuju...ramai yang terlepas pandang dlm hal ni. tu sebab saya sentiasa berhati2 upload gambar dlm fb dan tag juga....terima kasih berkongsi ilmu.
tepat sekali....fisa memang jarang tag orang lain selain dr family sendiri...sangat2 bahaya juga jika gambar kita di salah guna....
shafida, gmbr2 kita masa SPM tu nk buang gak ker? hehe
nik: ala, gambat kita SPM dulu xperla nik..tag sesama kita jerkan..bukan itu yg saya maksudkn...hheheheheh, itu zaman kanak2 rebina dewasa. kena ada memori heheh, mujur ada gambar2 itu..penghubung kasih 10 bersaudara.keh keh keh...
good reminder....tu sbb ada kureng dgn FB ni...agak2 ler kalu nak pose pun ...hehe
salam shafida.
pasal tagging gambar ni memang kakchik pun setuju, jangan mudah2 nak tag gambar. semalam kakchik ada tulis kat blog Keluargaku Sayang pasal bloggers letak gambar mulut muncung kat blog dan fb. isu gambar di internet ni mmg ramai yg tak ambil berat akan halal haramnya. kena ingat bila kita tag gambar atau kita like sesatu gambar, secara automatik rakan fb kita yg lain juga blh lihat koleksi gambar2 dlm album teman fb itu yg mgkn bkn rakan kpd yg lain.
bahaya.
salam Fida
yups, betul du fida...
yang penting kita mesti berhati hati bukan setakat kat jalan raya kan?:)
Betul apa yg cikgu katakan tu, semoga apa yg dikatakan oleh cikgu tu membuka minda mereka yg tidak sedar dgn kesilapan mereka itu
Post a Comment