Guru Tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru Tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poketnya, lalu dia bertanya lagi...
Guru Tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru Tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru Tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan ?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin : Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
bimbang pulak kalo ada cikgu-cikgu macam ini....Nauzubillah...SelaMatKanlaH Anak-anaK ku...
1 comment:
Hehe...
Anak2 yg bersih hatinya akan mudah terikut dengan percakapan dan perbuatan ibu dan ayahnya dan org2 disekelilingnya.. berhati2lah
Post a Comment