Monday, March 29, 2010

SUKAN PASTI



lawa-lawa semua the future khalifah ini kan....
semoga mereka semua berjaya menjadi khalifah Allah yang soleh solehah di bumi ini di masa hadapan..Aminnn


Hari Sabtu baru-baru ini saya sekeluarga menghadiri Sukan PASTI anak sulung saya di Padang Taman Permata berhampiran Giant Hulu Klang. Ramainya murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam yang menyertainya...seluruh kawasan GOMBAK datang menyertainya. Tak kurang juga ibubapa yang hadir memeriahkan sukan berkenaan.


anak jantan saya pakai baju sukan warna ini.ehheh tapi dia kat belakang sekali, tak nampak dalam gambar ini..

dan saya beserta anak dara dan baby asma' kat mana yea? A'aa, sudah tentu sedang menyorok dihujung padang di bawah rimbunan pokok, supaya anak jantan saya tak nampak. kalau tak, dia tak akan pergi berbaris dan bersukanlaaa.....

Apa yang menyentuh hati saya adalah bila perarakan selesai, semua murid-murid PASTI ini menyanyikan lagu PASTI seterusnya membaca SYAHADAH, TAHMID dan TAKBIR....wah, terharu sungguh saya mehilat budak-budak yang putih bersih hatinya itu melaungkan tahmid dan syahadah.....especially anak sulung lelaki saya.


Kalau kat rumah, saya tanya sahaja apa yang belajar kat sekolah hari nie, dia senyap sahaja...tak mahu bagitahu...katanya tak belajar apa-apa...bimbang kalau saya hantarkan semula ke PASTI..hehehhe, tak berminat betul ke sekolah anak jantan saya nie, tapi kalau dah ditinggalkan kat sana, ok ajer...boleh ajer berkawan dan masuk kelas macam budak-budak lain..orang kelantan kata "perumah" heheh tahu apa maksudnya..ehheheh-orang yang suka duduk rumah, tak suka ke mana-mana..." terfikir kembali, betapa susahnya saya nak mengajar syahadah kat rumah, berbulan-bulan pun tak juga ingat. tapi kalau di ajar kat PASTI, mudah aja dia ingat..belajar sambil bermain dengan kawan-kawan mungkin lebih ingat agaknya.


Satu lagi yang menjadikan saya sebak ialah, masa kecil ini, kita jhntar ke PASTI atau sekolah kanak-kanak yang elok, islamik..tapi bila dah dewasa, mereka sudah terpengaruh dengan pelbagai anasir yang elok dan tak elok....susah nak dibentuk lagi...
sungguh payah mencorakkan kain putin kerana pencoraknya juga bukannya putih bersih..melainkan kelabu asap juga yang pernah dan selalu membuat dosa-dosa...aihhhh penat nak pikir macammnaa kan....


Apa pendapat geng blogger sekalian.... Macam mana kita nak pastikan anak-anak kita membesar menjadi hamba Allah yang soleh solehah...susah juga tu...sebab kita sendiri pun banyak kekurangannya.

6 comments:

Anonymous said...

Hari ni Muaz pergi sek. Pasti dengan jayanya...

AishaAminudin said...

Comei nya pakai baju sukan..

Ummi Maryam said...

Salam

saya jugak sama memikirkan kata2 shafida yg kat bawah tu. Rasa takut juga sering menghantui apatah lagi diri sendiri juga banyak kekurangan. nasihat saya untuk diri saya juga, kita kena banyakkan berdoa untuk anak kita. Doa ibu untuk anaknya mustajab i-Allah. Dalam masa yang sama, kita juga harus update ilmu agama setiap masa:) wallahu'alam.

ibundo said...

ahad ni sukan tadika aulad. mehlah join kakpah. buat kat stadium seksyen 15 bndr baru bangi..

ummu said...

Salam Fida,
"saya beserta anak dara dan baby asma' kat mana yea? A'aa, sudah tentu sedang menyorok dihujung padang di bawah rimbunan pokok"
hi hi Fida kena nyorok eaa?

merujuk peenggan terkahir Fida,
saya sendiri pun risau dengan perkembangan anak-anak saya..
kadang kala,persekitaran merupakan faktor ampuh merubah corak seseorang...

Unknown said...

ajarkan apa yang lebihnya pada kita.yang kita masih kurang,serah kat orang lain.lalala.ke kita mencuba ajar gak?supaya kita pun samasama perbaiki kurang kita?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails