Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana dengan kasih sayang dan rahmatnya...saya, anak-anak dan suami serta kelaurga kat kampung sihat walafiat. hidup kita ini sungguh misteri,tiada apa yang pasti. yang tua tidak semestinya pergi dahulu dari yang muda serta sebaliknya.
Takziah kepada sahabat seperjuangan saya Mas Rahayu,kerana telah kehilangan babynya utk kali ke dua.
Lidah saya kelu, hanya air mata yang mengalir bila mendengar berita kematian anak lelakinya yang baru dilahirkan minggu lepas. Besar sunguh dugaan Allah kepada beliau. beliau dikurniakan 3 orang cahayamata seorang perempuan berumur 5 tahun (hidup) dan 2 org anak lelakinya yang sudah bertemu Allah. Allah lebih menyayangi kedua-dua anak lelakinya. kesemua kelahiran 3 orang anaknya adalah melalui operation. mungkinkah Mas Rahayu berpeluang untuk melahirkan zuriat buat pengubat hati selepas ini, sesudah 3 kali operation??......
anak ke dua beliau meninggal seminggu selepas dilahirkan kerana lemas semasa dilahirkan.pelbagai cara digunakan termasuk vacum 2x,dan akhirnya terpaksa melalui pembedahan.namun semuanya sudah terlambat anak keduanya sudahpun koma kerana lemas. Allah lebih menyayanginya.seminggu berada di ICU, anakndanya telah dijemput ALLah. Mas rahayu tetap tabah. pemergiannya juga pada tarikh yang mulia iaitu pada hari raya puasa tahun 2009.
tak dapat saya bayangkan betapa hibanya...meruntun jiwa seorang ibu yang mengandungkan seorang bayi yang sihat, merasai tendangan manja anaknya di dalam kandungan, bercakap-cakap dengan anaknya ..namun tidak berkesempatan untuk menatap senyuman bibir munggil anaknya??? ..tapi ketahuilah MAs Rayahu, Allah telah sediakan balasan untuk kesabaranmu itu. hadiah yang lebih hebat dari segala isi dunia..iaitu anak soleh yang pastinya tiada dosa noda yang telah dijamin Nabi Muahmmad akan menunggu ibunya di pintu syurga nanti.
ya, kawan-kawan..kita yang anak hidup niepun, belum pasti dapat membesar, mendidik anak-anak kita untuk menjadi anak soleh yang dapat mengheret tangan kita dari neraka ke syurga di akhirat nanti... entah menjadi anak derhaka, lalai dan sebagainya...NAuzubillah..minta dijauhkan..semoga semua anak-anak kita juga menjadi anak yang soleh.
di saat mendengar berita kematian anak ke duanya...ada yang menyalahkan doktor kerana tidak terus operate, namun bukankah Allah itu lebih berkuasa. Dialah perancang utama. Allah mahu menyelamatkan anaknya dari segala kejahatan dunia ini.Allah mahu jadikan anak Mas Rahayu penghuni syurga di akhirat sana. yang pastinya anaknya sedang bergelak ketawa dengan penghuni syurga yang lain di saat ini, kan. tiada kesakitan, tiada kesedihan, cuma kerinduan dan semangat untuk menyambut tangan ibunya di pintu syurga kelak.Perancangan Allah sangat hebat. disebalik tangisan dan kesedihan si ibu..Allah membalas dengan kegembiraan dan kejayaan yang tidak terbayar. bersemangatlah ...bangkitlah wahai sahabatku Mas Rahayu. Anakmu sedang tersenyum dan menunggumu di sana.
di bawah adalah gambar aruah anak lelakinya yang telah mengadap Allah pada Hari Raya aidilfitri 2009
4 comments:
innalillahh.... berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan fida kan.. mudah2an kluarga arwah tabah menghadapi dugaan yg maha hebat ini... mungkin ade hikmah disebalik semua kejadian....
ya..dia memang seorang yang tabah...kita doakan moga dia masih boleh mengandung anak ke 4nya 3 tahun lagi, walaupun sudah 3 kali bersalin melalui operation.
Post a Comment