Thursday, February 24, 2011

KAWAN JADI LAWAN

ASSALAMUALAIKUM wAROHMATULLAHI wABAROKATUH....

Macam-macam kawan yang kita boleh jumpa di dunia ini...
sebab kawan itu juga manusia....
manusia bermacam-macam rupa jugakan. ada kulit putih, ada kulit hitam pekat, ada kulit sawo matang,
matapun ada banyak jenis juga, sepet, tirus, runcing, besar, bersinar, malap,
pakai contact lense, cermin mata, ada yang rabun tapi tak nak pakai apa-apa dia buat rawatan laser, ribu raban duit habis untuk diri sendiri......

begitu juga perangai mereka.
kalau dah rupa luaran sudah jutaan kepelbagaian, apatah lagi perangai dalaman mereka yang susah kita nak teka. bila kita boleh tahu perangai sebenar mereka? ya...ketika kita di timpa kesusahan atau mereka ditimpa masalah.

kawan yang baik tidak akan menunding jari kepada kawannya yang lain semata-mata ingin melepaskan diri dari masalah,

kawan yang baik tidak akan mengada-ngadakan cerita hanya untuk kepentingan diri sendiri.

kadang-kadang lucu pula bila kita melihat cara mereka bersandiwara setelah kita sendiri telah mengetahui segala pembohongannya..
saja , tidak mahu memberitahu yang pembohongannya sudah kita ketahui
nak lihat sejauh mana dia mahu bersandiwara....

saya nekad tidak akan mempercayai bulat-bulat perkataan yang keluar dari mulut mereka lagi.

kerana susah untuk mencari kawan yang benar-benar jujur dalam persahabatan..

kenapa setelah berumur 30 tahun, baru ku terjumpa kawan sebegini...wah...keterlewatan..walaupun pahit, ia pengalaman terhebat yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit.

Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain. - copy dari Duke
Rasulullah s.a.w. menerangkan:

للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)


2 comments:

Kak Amy said...

Nice entri amy setuju sangat..

Wawa Al Hadi said...

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Tajuk Nasyid : Kawan
Artis : Hijjaz
Album : Pelita Hidup 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails