Mas Rahayu ...sangat ayu dan tabah orangnya. namun naluri keibuannya tetap tidak dapat membendung kerinduan terhadap anak lelaki yang dikandungnya selama 9 bulan. mengharungi pantang yang panjang tanpa anak kecil disisi.Air susu yang menitis terpaksa di pam dan dibuang begitu sahaja. sebanyak air susu yang menitis sebanyak itu jualah air mata yang mengalir merindui anaknya itu..alhamdulillah, cukup setahun kehilangan anak keduanya, Mas Rahayu kembali bersemangat apabila diberitahu beliau positif mengandung anak ke 3. alhamdulillah.
Berikut post yang beliau kongkikan di wall FB nya.
namun ingatan pada anak ke duanya tidak pernah padam.
Namun panas yang diharapkan tidak sampai ke petang... setelah kandungannya menjangkau 25 minggu, baby lelaki yang dikandungnya sudah tidak sabar melihat dunia. tanggal malam isnin, 27.12.2010, Mas ayu dikejarkan ke hospital setelah sakit perut yang amat selama 1 jam. sampai di hospital, doktor memberitahu MAs Rahayu memang mahu melahirkan kerana jalan sudah terbuka 9cm. namun doktor tetap mahu mengeluarkan anknya melalui pembedahan kerana tidak mahu mengambil risiko.Melalui operation, bby kecil seberat 800 gram selamat dikelurkan.
6hari berada dalam inkubator, anak kecil itu disahkan stabil. Namun pada hari ke enam, MAs Ayu dikejutkan dengan berita yang mendebarkan. Anak kecilnya terpaksa dibedah kerana usus kecilnya bengkak kerana kegagalan menyerap susu yang diberi...
ke siri Tabahlah Mas ayu-Part 1
1 comment:
salam..ujian untuk diakan,,,semoga mas rahayu tabah..Allah uji hambanya yang terpilih..uji dengan kemampuan dia..anak2 itu menanti disyurga
Post a Comment