Assalamualaikum warohmatullahi Wabarokatuh
selamat bercuti dan selamat menyambut hari kelahiran Nabi junjungan kita NAbi Muhammad S.A.W
sejak akhir-akhir ini saya sibuk mencari slogan yang telah dipilih oleh kerajaan kita untuk di metrikan dalam kertas kerja sambutan maulidurassul peringkat sekolah pada tahun ini...
maka setelah puas saya skodeng internet, selak web yang berkenaan saya terjumpa akan slogan yang saya cari-cari..tapi kenapa rasa tak kena pula dengan slogan tahun ini.... 1 Malaysia, 1 Ummah !!!!??????????????
perkataan 1 Ummah itu buat saya termenung sebentar di tepi papan keyboard...antara mahu memasukkan slogan tersebut ke dalam kertas kerja sambutan Maulidurasul atau tidak... kenapa mesti 1 Malaysia 1 Ummah... kenapa??????
di Malaysia ada banyak agama dan banyak kaum...adakah mereka dianggap 1 ummah dengan kita. bukankah ini adalah sambutan Maulidurasul....sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ?adakah kaum yang bukan Islam dengan penuh keinsafan dan gahnya> menyambut sambutan kelahiran Nabi Muhammad seperti kita...?
Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kononnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.
Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut agama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan agama yang lainnya.
Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampur adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?
jadi , bolehkah kita menyamaratakan ummat Islam dengan Ummat-ummat lain? rasa saya, slogan itu amat bercanggah sekali. Pihak-pihak berkenaan hendaklah lebih berhati-hati untuk memilih thema atau slogan sambutan hari keagamaan yang melibatkan Agama ISlam yang suci ini. jangan hanya megah dengan Jenama 1 Malaysia,kita satukan semuanya.
bukankahcogan kata Pemimpi Malaysia ini sentiasa berunag-rubah dan bertukar setiap kali bertukarnya pemimpin..bukan kah itu satu trademark mereka? kenapa perlu taksub sehingga rela menggadaikan maruah agama sendiri..pelik betul saya.
status terkini: saya masih enggan mematrikan slogan tersebut ke dalam kertas kerja sambutan MAulidurasul itu.......biarlah, tanpa sloganpun, tiada cacat celanya Sambutan KElahiran Nabi Junjungan kita ini...
wasssalam.
merujuk : http://zainudinhajimeon.blogspot.com
No comments:
Post a Comment