Assalamualaikum
dalam perjalanan pulang dari USJ tadi, saya ternampak bannerkat tepi jalan
menyediakan perkhidmatan mengutip hutang secara halus
hubungi 01X-XXXXXXX
aikssss...ada jugak mengutip hutang secara halus? apakah maksudnya mengutip hutang secara lebih sopan dan tidak menggunakan kaki pukul atau algojo?
ataupun mengutip hutang secara halus guna sihir atau bomoh atau guna makhluk halus??????
wah, ada juga dengan cara sebegitukan. barang-barang sekarangnie semakin naik harga, sudah tentu makin ramai yang tidak cukup duit....buat hutang......tapi tak mampu bayar...minta-minta tak dapat..akhirnya kerana sakit hati..jumpa bomoh..minta bomoh buatkan ...agaknya bagi panas bontot supaya tak sabar-sabar nak pulangkan duit yang dipinjam....
tapi tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ketika diminta mengulas perkhidmatan itu berkata, walaupun membayar hutang itu hukumnya wajib, orang ramai sepatutnya mengelakkan menggunakan perkhidmatan yang membabitkan penggunaan jin untuk mengutip hutang kerana ditakuti ia adalah sihir.
“Penggunaan sihir sepatutnya dielakkan apatah lagi perkhidmatan itu menawarkan cara kepada orang ramai yang memberi hutang untuk mengutip jumlah bayaran lebih tinggi daripada jumlah asal yang dipinjamkannya,” katanya.
kenapa saya ke USJ?????? ada apa bisness di sana?? haaaa, tunggukan entry terbaru hokey ;)
No comments:
Post a Comment