Friday, February 4, 2011

kasih seorang ibu


Assalamualaikum semua

Ibu,
betapa pendek perkataan itukan. hanya 3 huruf sahaja. tapi tanggungjawabnya amat panjang berjela-jela.

ibulah ibu rumah tangga dimana semua kerja rumah dan hal-hal berkaitan dengan keselesaan dan kehidupan isi rumah adalah terletak di atas batu jemalanya,

dialah ibu kepada anak-anak
yang dipelihara, ditatang, dikucup saban waktu,
dari sekecil tapak kaki sehingga menjadi ibu dan bapak orang
si ibu senantiasa menguruskan segala

Ibu,
dialah yang berada disebalik kejayaan si ayah,
makan, pakai,tidur dan kesihatan si ayah dijagainya,
kejayaan suami kerana jasanya jua

namun,
jika si Ibu ini sakit siapakah yang sudi,
untuk berkhidmat untuknya,
bertanyakan kesihatan atau keuzurannya,
meluruti betis dan urat-urat lenguh di betis dan bahu,
dek kerana kerja-kerja rumah tangga,
khidmatnya pada keluarga,
tidak termasuk lagi
bebanan di tempat kerja
hanya untuk menolong lunaskan
keperluan yang mungkin tidak ditanggung si ayah seorang sahaja....


cukuplah sekadar mengambil tahu,
lenguhnya di mana, sihat dan sakitnya,
sedikit urutan ikhlas dan berselang cinta
agar terhapus rasa lelah dan penatnya
kerana tanggunngjawab
yang dipikul olehnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails