Monday, February 28, 2011

SESI PAGI

ASSALAMUALAIKUM ....

Mulai hari ini saya akan mengajar sesi pagi pula...Alhamdulillah......Allah memperkenankan doa saya. Sebab utama saya hendak bertukar ke sesi pagi adalah kerana anak saya yang dua orang itulah... abnag Muaz dan Faqihah...kasihankan Abang Muaz, dari tahun lepas terpaksa duduk kat PAsti dari pukul 8.00 pagi hingga ke 6.30 petang....

tahun ini , anak-anak saya yang berdua itu sudah pandai menyatakan protes mereka tidak mahu ke sekolah kerana mama ambil petang...

"sume kawan-kawan Muaz balik tengahari..mama dia mabil tengahari..Muaz dan Faqihah ajer balik sampai lewat petang....harinie Muaz tak nak pegi sekolah"

itulah perkataan yang setiap hari dia ucapkan kalau gerak dia nak pergi sekolah.....hati ini sayu pula bila mengenangkan anak-anak di PASTi sampai petang..tapi apakah daya..

insyaAllah, semoga dengan saya bertukar ke pagi ini, anak-anak lebih bersemangat nak ke sekolah, dan saya lebih bersemanagat nak menjalankan tugas, dan aktiviti rumah tanggapun saya boleh lakukan dengan lebih baik...insya Allah..amin...

SESI PAGI

ASSALAMUALAIKUM ....

Muali hari ini saya akan mengajar sesi pagi pula...Alhamdulillah......Allah memperkenankan doa saya. Sebab utama saya hendak bertukar ke sesi pagi adalah kerana anak saya yang dua orang itulah... abnag Muaz dan Faqihah...kasihankan Abang Muaz, dari tahun lepas terpaksa duduk kat PAsti dari pukul 8.00 pagi hingga ke 6.30 petang....

dan muali tahu ini , anak-anak saya yang berdua itu sudah pandai menyatakan protes mereka tidak mahu ke sekolah kerana mama ambil petang...
"sume kawan-kawan Muaz balik tengahari..mama dia mabil tengahari..Muaz dan Faqihah ajer balik sampai lewat petang....harinie Muaz tak nak pegi sekolah"

itulah perkataan yang setiap hari dia ucapkan kalau gerak dia nak pergi sekolah.....hati ini sayu pula bila mengenangkan anak-anak di PASTi sampai petang..tapi apakah daya..

insyaAllah, semoga dengan saya bertukar ke pagi ini, anak-anak lebih bersemangat nak ke sekolah, dan saya lebih bersemnanagt nak menjalankan tugas, dan aktiviti rumah tanggapun saya boleh lakukan l=dengan lebih baik...insya Allah..amin...

Thursday, February 24, 2011

KAWAN JADI LAWAN

ASSALAMUALAIKUM wAROHMATULLAHI wABAROKATUH....

Macam-macam kawan yang kita boleh jumpa di dunia ini...
sebab kawan itu juga manusia....
manusia bermacam-macam rupa jugakan. ada kulit putih, ada kulit hitam pekat, ada kulit sawo matang,
matapun ada banyak jenis juga, sepet, tirus, runcing, besar, bersinar, malap,
pakai contact lense, cermin mata, ada yang rabun tapi tak nak pakai apa-apa dia buat rawatan laser, ribu raban duit habis untuk diri sendiri......

begitu juga perangai mereka.
kalau dah rupa luaran sudah jutaan kepelbagaian, apatah lagi perangai dalaman mereka yang susah kita nak teka. bila kita boleh tahu perangai sebenar mereka? ya...ketika kita di timpa kesusahan atau mereka ditimpa masalah.

kawan yang baik tidak akan menunding jari kepada kawannya yang lain semata-mata ingin melepaskan diri dari masalah,

kawan yang baik tidak akan mengada-ngadakan cerita hanya untuk kepentingan diri sendiri.

kadang-kadang lucu pula bila kita melihat cara mereka bersandiwara setelah kita sendiri telah mengetahui segala pembohongannya..
saja , tidak mahu memberitahu yang pembohongannya sudah kita ketahui
nak lihat sejauh mana dia mahu bersandiwara....

saya nekad tidak akan mempercayai bulat-bulat perkataan yang keluar dari mulut mereka lagi.

kerana susah untuk mencari kawan yang benar-benar jujur dalam persahabatan..

kenapa setelah berumur 30 tahun, baru ku terjumpa kawan sebegini...wah...keterlewatan..walaupun pahit, ia pengalaman terhebat yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit.

Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain. - copy dari Duke
Rasulullah s.a.w. menerangkan:

للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)


SAYA NAK BAYAR HUTANG

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,
hutang apa tue? hahhahahah, sapa ingat?
maaf kerana lambat hupdate tentang rmah...kekangan masa membuatkan saya erus menunda-nunda..tapi ada orang nak baca ke? ehhehe, xper, nie untuk diari saya juga.

sebenarnya hutang nk sambung cerita pasal rumah baru.... entri lepas di sini...

iada apa2 yang menarik, sebenarnya rumah yang saya nak beli itu di sebelahnya ada kilang buat perabot dan tanahnya memang tinggi dari rumah yang dibina.....

MPS telah bagi kompoun kepada tuan tanah dan sekarang menunggu tamat tempoh kompoun supaya pemilik tanah kemukakan plan as bulit....

agak-agak berjaya ker nak pindahkan kilang yang sudah bertahun-tahun bertapak di situ ke tempat lain? kalau MPs tak berkeras, rasanya mereka rela bayar kompoun tiap tahun sebab keuntungan yang mereka dapat lagi tinggi dari kompoun yang di minta ..

tapi doa2kan moga kilang haram itu akan di tutup, selamatlah kawasan perumahan itu dari bunyi bising, habuk kayu, pemandangan yang huduh serta bau yang tidak menyenangkan ....


Wednesday, February 23, 2011

DAPAT SURAT TUNJUK SEBAB

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

semalam saya telah mendapat surat tunjuk sebab dari Puan Penyelia Petang yang menyelia serta merangkap big boss sesi petang di sekolah....

kesnya....saya mnegalami period pain yang teruk semalam...pagi tu dah pergi sekolah atas sebab musabab program sekolah jugak...pergi pulak dengan sihat dan walafiat walaupun period pain dh mulai terasa sikit-sikit. balik ke rumah dalam pukul 1.30 tu dah mula menggugaT ketenteraman...sakitnya waduh....menyebabkan saya terguling-guling.

mengimbau kembali zaman u dulu, kalau sakit begitu saya akan telan panadol dan tidur bertemankan setareka di atas perut..tp sekarang sudah tidak praktikal lagi sebab asma' nie mane boleh nampak saya baring, apalagi dengan setareka panas di atas perut..mahunya dia panas montot.....

jadi saya mengirimkan sms kpd big boss memaklumkan saya terpaksa hadir lewat memandangkan selesai berguling2 itupun dah pukul 12.30..baju bajan belum beriron, mandi pun belum..sah2 datang lewat, daripada disembur, lebih baik saya maklumkan dulu..

tiba disekolah, big boss dah menunggu depan tangga dan beri surat chinta ini....(surat tunjuk sebab)


nota kaki: pelik juga, sudah lama saya tak mengalami period pain sebegini teruk selepas bersalin, mungkinkah disebabkan fibroid yang telah disahkan sebesar 3cm sejak pertengahan tahun lalu...

tapi lebih pelik kenapa boss bagi surat tunjuk sebab pada saya sedangkan saya sudah memaklumkan kepadanya lebih awal...lgpun saya memnag tak melawak, datang sekolahpun bau minyak panas..apa dia xterbau ker? atau dia ada tak puas hati dengan saya......

ya....mungkin sebab sejak akhir-akhir ini saya selalu key in atas pagar...dan kes saya memohon tukar ke sesi pagi?

yang lebih mengejutkan ada orang sampaikan pada saya...guru besar sendiri ada menyebut saya seorang yang bermasalah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (ALLAHUAKBAR..BERAT SUNGGUH DUGAAN INI)
itupun setelah dia dapat tahu permohonan saya yang ingin bertukar ke sesi pagi...
sekarang nie saya tak nampak masalah lain selain dari saya sering key in atas pagar sejak akhir-akhir ini......

akhirnya saya akui kesilapan sendiri...tapi ada lagikah masalah lain.....hurmmmm

nie yang tak best nk kerja nih...
makkkkkkk....nak tukar tempat kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

apa pendapat raka-rakan perlu ke saya mengadap guru besar dan bertanyakan apa masalah saya yang dikatakan bermasalah itu? mana dia tahu saya bermasalah? padahal diakan sesi pagi?
siapa pula yang mengadu domba padanya? (perlu kerrrr....hik hik hik) kalau xnak saya ke sesi pagi, cakap jerla, janganla main fitnah-fitnah pula....apa tak nampak ker kerja yang saya buat selama nie...ecehhhhh.....haaa, kan dah nak mengungkit......abis pahala saya

Tuesday, February 15, 2011

Petua KebaHagiaAn dari Dr Fadhilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


Sunday, February 13, 2011

Apa Tak Kena dengan Slogan samButaN MAuliDuraSSul tahun 2011?

Assalamualaikum warohmatullahi Wabarokatuh
selamat bercuti dan selamat menyambut hari kelahiran Nabi junjungan kita NAbi Muhammad S.A.W

sejak akhir-akhir ini saya sibuk mencari slogan yang telah dipilih oleh kerajaan kita untuk di metrikan dalam kertas kerja sambutan maulidurassul peringkat sekolah pada tahun ini...

maka setelah puas saya skodeng internet, selak web yang berkenaan saya terjumpa akan slogan yang saya cari-cari..tapi kenapa rasa tak kena pula dengan slogan tahun ini.... 1 Malaysia, 1 Ummah !!!!??????????????


perkataan 1 Ummah itu buat saya termenung sebentar di tepi papan keyboard...antara mahu memasukkan slogan tersebut ke dalam kertas kerja sambutan Maulidurasul atau tidak... kenapa mesti 1 Malaysia 1 Ummah... kenapa??????

di Malaysia ada banyak agama dan banyak kaum...adakah mereka dianggap 1 ummah dengan kita. bukankah ini adalah sambutan Maulidurasul....sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ?adakah kaum yang bukan Islam dengan penuh keinsafan dan gahnya> menyambut sambutan kelahiran Nabi Muhammad seperti kita...?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kononnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.




Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut agama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan agama yang lainnya.




Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampur adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?



jadi , bolehkah kita menyamaratakan ummat Islam dengan Ummat-ummat lain? rasa saya, slogan itu amat bercanggah sekali. Pihak-pihak berkenaan hendaklah lebih berhati-hati untuk memilih thema atau slogan sambutan hari keagamaan yang melibatkan Agama ISlam yang suci ini. jangan hanya megah dengan Jenama 1 Malaysia,kita satukan semuanya.

bukankahcogan kata Pemimpi Malaysia ini sentiasa berunag-rubah dan bertukar setiap kali bertukarnya pemimpin..bukan kah itu satu trademark mereka? kenapa perlu taksub sehingga rela menggadaikan maruah agama sendiri..pelik betul saya.

status terkini: saya masih enggan mematrikan slogan tersebut ke dalam kertas kerja sambutan MAulidurasul itu.......biarlah, tanpa sloganpun, tiada cacat celanya Sambutan KElahiran Nabi Junjungan kita ini...

wasssalam.

Saturday, February 12, 2011

SEBARKANLAH: Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci

SEBARKANLAH: Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci: "Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci SERBUK pencuci dijilat oleh Tempestt Henderson. MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap ..."

Stay Up !!!!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum,
bertemu sekali lagi....rajin pula saya hupdate belog pepagi hari....jam menunjukkan pukul 3.34 pagi...!!!!!!!!!!!!!!!!

kenapa tak tido lagi??? anak dara saya tang no 2 tu demam panas + selsema+ batuk lelah...
saya tak boleh tido..sebab apa???

30 min sekali dia mengeram..risau pula saya suhunya naik mendadak walaupun dah makan ubat. saya jeramkan kepalanya dengan air ramasan daun rambutan..petua emak saya..air asam jawapun boleh juga..tapi kalau guna asam jawa...hahahhahhahah, pepagi esok, rambut anak akan keras mencacak ala trojen...sebab asam jawa akan keraskan rambut (kalau letak lebih) .
daun pokok bunga raya pun bagus untuk jeram kepala anak demam panas...

pepagi esok, saya kena ke sekolah...ada kokurikulum n geng ajak men touch up kan bilik j-qaf diaorang...anak demam..macammana nak pi..insya ALlah pi lah sekejap....ambil ati..keh keh keh

doakan anak saya (faqihah cepat baik dari demam)...
jumpa lagi nanti ye..

Rumah baru??

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...kami sudah bersedia ingin membeli rumah sederhana untuk kediaman kami sekeluarga.namun ada masalah pula yang telah mendatang....

apakah masalahnya...saya xsempat nak undate sekarang, kerja sekolah banyak sungguh....terpaksa tunggu naka-anak tido dulu untuk buat kerja..

kalau mereka tak tido, saya tak boleh nak duduk depan komputer langsunglaa jawabnya.

tunggu update saya pasal bakal rumah kami yang sederhana itu pada 14/2 yer....xsempat nih..sory...
ketemu kembali nanti..
wassalam

Thursday, February 10, 2011

Paris Hilton Peluk Islam


eh, betul ker berita nie...

kalau betul alhamdulillah...segala puji bagi Allah kan...semoga semuanya selamat..jom baca...

Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di atas jga disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedang mempelajari cara bersolat


saya cetak dari : Batu Gajah mari

Monday, February 7, 2011

Tabahlah Mas Rahayu-part 3

Mas Rayahu memberitahu berita tersebut melalui melalui FB dan memohon semua kenalan mendoakan keselamatan anak lelakinya yang akan di bedah kerana ususnya membengkak.


sejam kemudian pula kami telah diberitahu melalui FB, Allah telah menjemput anak lelakinya...Al-fatihah buat adik ( belum diketahui namanya)


saya amat sedih mengenangkan nasib kawan saya ini.bolehkah beliau mengandung lagi selepas ini setelah 3 kali melalui pembedahan kelahiran?
kepada kawan-kawan diluar sana, tolonglah doakan Mas Rahayu, semoga beliau tabah mengharungi kerinduan serta kesedihan terhadap kehilangan anak lelakinya untuk kali kedua ini.

kepada kawan-kawan yang ingin mengucapkan takzaih dan kata-kata semangat untuk ibu ini bolehlah tinggalkan pesanan di FB atau private msg nya pada FB (Mas Rahayu)


sebelum mengundurkan diri saya paste kan di sini status kandungan MAs Rohayu yang dikongsikannya sebelum sakit perut untuk melahirkan bayi ke 3 nya....
doakan semoga dia tabah menghadapi kehilangan besar ini...aminnnnn



Sunday, February 6, 2011

JALAN-JALAN SEMALAM

hai.....

assalamualaikum semua...semalam kan sekeluarga jalan-jalan menghabiskan minyak kereta ke Kl dan pusing-pusing bandar..
hehehehhe, sebenarnya bukan nak menghabiskan minyak kereta,minyak kereta sekarangnie kan mahal.....hhahahhahhaha
tapi suami kata nak test enjin kereta dan baterinya..minggu lepas bateri lemah...sampai saya nak stat keretapun xmahu...terpaksalah saya balik jalan kaki pimpin tangan si asma' kecik tue..nasib baik rumah dekat ajer dengan sekolah.


dan semalam suami dah hantar kereta ke klinik....tukar motor...terbang RM120.....tu yang semalam pi round2 KL nak test keadaan motor seketul yang baru tukar itu..


nampaknya suami kata kereta mcm xbest...tersedu-sedu mcm kita kurang air masak plk...dah beli motor yang mahal..ada yang murah dalam RM80...tapi dia ambil yang mahal skit..tupun dah garu wallet yang tak bersalah.huwawawa...


balik malam tadi, masing-masng lapo...berenti beli KFC..saya makan kentang ajer...sedapnya diapunya mayonis.huhhhh

badan sekarangpun dh rasa berat semacam..percaya atau tidak, saya nk bangun solat subuh pagi tadi, berat semacam ajer badan nie...lama tak timbang..berapa lah agaknya yang naik...agak2 buleh timbang kilo mcm jual daging lembu tepi jalan tak..seriau weh...........kena cari penimbang nih

Tabahlah MAs Rahayu-part 2

Mas Rahayu ...sangat ayu dan tabah orangnya. namun naluri keibuannya tetap tidak dapat membendung kerinduan terhadap anak lelaki yang dikandungnya selama 9 bulan. mengharungi pantang yang panjang tanpa anak kecil disisi.Air susu yang menitis terpaksa di pam dan dibuang begitu sahaja. sebanyak air susu yang menitis sebanyak itu jualah air mata yang mengalir merindui anaknya itu..alhamdulillah, cukup setahun kehilangan anak keduanya, Mas Rahayu kembali bersemangat apabila diberitahu beliau positif mengandung anak ke 3. alhamdulillah.

Berikut post yang beliau kongkikan di wall FB nya.


namun ingatan pada anak ke duanya tidak pernah padam.

Namun panas yang diharapkan tidak sampai ke petang... setelah kandungannya menjangkau 25 minggu, baby lelaki yang dikandungnya sudah tidak sabar melihat dunia. tanggal malam isnin, 27.12.2010, Mas ayu dikejarkan ke hospital setelah sakit perut yang amat selama 1 jam. sampai di hospital, doktor memberitahu MAs Rahayu memang mahu melahirkan kerana jalan sudah terbuka 9cm. namun doktor tetap mahu mengeluarkan anknya melalui pembedahan kerana tidak mahu mengambil risiko.Melalui operation, bby kecil seberat 800 gram selamat dikelurkan.


6hari berada dalam inkubator, anak kecil itu disahkan stabil. Namun pada hari ke enam, MAs Ayu dikejutkan dengan berita yang mendebarkan. Anak kecilnya terpaksa dibedah kerana usus kecilnya bengkak kerana kegagalan menyerap susu yang diberi...

Saturday, February 5, 2011

Tabahkan Hatimu Mas Rahayu -part 1

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana dengan kasih sayang dan rahmatnya...saya, anak-anak dan suami serta kelaurga kat kampung sihat walafiat. hidup kita ini sungguh misteri,tiada apa yang pasti. yang tua tidak semestinya pergi dahulu dari yang muda serta sebaliknya.

Takziah kepada sahabat seperjuangan saya Mas Rahayu,kerana telah kehilangan babynya utk kali ke dua.
Lidah saya kelu, hanya air mata yang mengalir bila mendengar berita kematian anak lelakinya yang baru dilahirkan minggu lepas. Besar sunguh dugaan Allah kepada beliau. beliau dikurniakan 3 orang cahayamata seorang perempuan berumur 5 tahun (hidup) dan 2 org anak lelakinya yang sudah bertemu Allah. Allah lebih menyayangi kedua-dua anak lelakinya. kesemua kelahiran 3 orang anaknya adalah melalui operation. mungkinkah Mas Rahayu berpeluang untuk melahirkan zuriat buat pengubat hati selepas ini, sesudah 3 kali operation??......

anak ke dua beliau meninggal seminggu selepas dilahirkan kerana lemas semasa dilahirkan.pelbagai cara digunakan termasuk vacum 2x,dan akhirnya terpaksa melalui pembedahan.namun semuanya sudah terlambat anak keduanya sudahpun koma kerana lemas. Allah lebih menyayanginya.seminggu berada di ICU, anakndanya telah dijemput ALLah. Mas rahayu tetap tabah. pemergiannya juga pada tarikh yang mulia iaitu pada hari raya puasa tahun 2009.

tak dapat saya bayangkan betapa hibanya...meruntun jiwa seorang ibu yang mengandungkan seorang bayi yang sihat, merasai tendangan manja anaknya di dalam kandungan, bercakap-cakap dengan anaknya ..namun tidak berkesempatan untuk menatap senyuman bibir munggil anaknya??? ..tapi ketahuilah MAs Rayahu, Allah telah sediakan balasan untuk kesabaranmu itu. hadiah yang lebih hebat dari segala isi dunia..iaitu anak soleh yang pastinya tiada dosa noda yang telah dijamin Nabi Muahmmad akan menunggu ibunya di pintu syurga nanti.

ya, kawan-kawan..kita yang anak hidup niepun, belum pasti dapat membesar, mendidik anak-anak kita untuk menjadi anak soleh yang dapat mengheret tangan kita dari neraka ke syurga di akhirat nanti... entah menjadi anak derhaka, lalai dan sebagainya...NAuzubillah..minta dijauhkan..semoga semua anak-anak kita juga menjadi anak yang soleh.

di saat mendengar berita kematian anak ke duanya...ada yang menyalahkan doktor kerana tidak terus operate, namun bukankah Allah itu lebih berkuasa. Dialah perancang utama. Allah mahu menyelamatkan anaknya dari segala kejahatan dunia ini.Allah mahu jadikan anak Mas Rahayu penghuni syurga di akhirat sana. yang pastinya anaknya sedang bergelak ketawa dengan penghuni syurga yang lain di saat ini, kan. tiada kesakitan, tiada kesedihan, cuma kerinduan dan semangat untuk menyambut tangan ibunya di pintu syurga kelak.Perancangan Allah sangat hebat. disebalik tangisan dan kesedihan si ibu..Allah membalas dengan kegembiraan dan kejayaan yang tidak terbayar. bersemangatlah ...bangkitlah wahai sahabatku Mas Rahayu. Anakmu sedang tersenyum dan menunggumu di sana.

di bawah adalah gambar aruah anak lelakinya yang telah mengadap Allah pada Hari Raya aidilfitri 2009

arwah NIK ADLI HAKIM NIK NOOR HISHAM









Friday, February 4, 2011

glitter - http://www.sparklee.com

kasih seorang ibu


Assalamualaikum semua

Ibu,
betapa pendek perkataan itukan. hanya 3 huruf sahaja. tapi tanggungjawabnya amat panjang berjela-jela.

ibulah ibu rumah tangga dimana semua kerja rumah dan hal-hal berkaitan dengan keselesaan dan kehidupan isi rumah adalah terletak di atas batu jemalanya,

dialah ibu kepada anak-anak
yang dipelihara, ditatang, dikucup saban waktu,
dari sekecil tapak kaki sehingga menjadi ibu dan bapak orang
si ibu senantiasa menguruskan segala

Ibu,
dialah yang berada disebalik kejayaan si ayah,
makan, pakai,tidur dan kesihatan si ayah dijagainya,
kejayaan suami kerana jasanya jua

namun,
jika si Ibu ini sakit siapakah yang sudi,
untuk berkhidmat untuknya,
bertanyakan kesihatan atau keuzurannya,
meluruti betis dan urat-urat lenguh di betis dan bahu,
dek kerana kerja-kerja rumah tangga,
khidmatnya pada keluarga,
tidak termasuk lagi
bebanan di tempat kerja
hanya untuk menolong lunaskan
keperluan yang mungkin tidak ditanggung si ayah seorang sahaja....


cukuplah sekadar mengambil tahu,
lenguhnya di mana, sihat dan sakitnya,
sedikit urutan ikhlas dan berselang cinta
agar terhapus rasa lelah dan penatnya
kerana tanggunngjawab
yang dipikul olehnya

Kotak dalam entry..

Assalamualaikum,

selamat berhujung minggu sekali lagi kawan-kawan.

kali ini saya sedang mencuba untuk membuat kotak di dalam entri. setelah dua tiga kali mencuba..alhamdulillah, saya sudah berjaya...meh saya try wat sekali lagi



dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga belog kalian cari,
mana nak sama dengan belogku yang bersawang..
hehehehehehe


oklah..sebab sudah menjadi....saya pun nak tito..
wassalam

nak tengok cara-caranya....skodenglah belog
intan nurul

Assalamualaikum,

hari ini saya ingin berkongsi balaghah a.k.a ayat penguat dalam loghat bahasa kelantan

pernah dengar

gelak gelemak

maksudnya

malam hitam kelam yang amat pekat

''gelemak'' itu maknanya yang amat hitam atau amat hitam


dalam Bahasa Melayu pun ada kita gunakan

contohnya
kayu kayan,
duka nestapa

Thursday, February 3, 2011


Assalamualaikum

dalam perjalanan pulang dari USJ tadi, saya ternampak bannerkat tepi jalan

menyediakan perkhidmatan mengutip hutang secara halus
hubungi 01X-XXXXXXX

aikssss...ada jugak mengutip hutang secara halus? apakah maksudnya mengutip hutang secara lebih sopan dan tidak menggunakan kaki pukul atau algojo?


ataupun mengutip hutang secara halus guna sihir atau bomoh atau guna makhluk halus??????

wah, ada juga dengan cara sebegitukan. barang-barang sekarangnie semakin naik harga, sudah tentu makin ramai yang tidak cukup duit....buat hutang......tapi tak mampu bayar...minta-minta tak dapat..akhirnya kerana sakit hati..jumpa bomoh..minta bomoh buatkan ...agaknya bagi panas bontot supaya tak sabar-sabar nak pulangkan duit yang dipinjam....

tapi tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ketika diminta mengulas perkhidmatan itu berkata, walaupun membayar hutang itu hukumnya wajib, orang ramai sepatutnya mengelakkan menggunakan perkhidmatan yang membabitkan penggunaan jin untuk mengutip hutang kerana ditakuti ia adalah sihir.

“Penggunaan sihir sepatutnya dielakkan apatah lagi perkhidmatan itu menawarkan cara kepada orang ramai yang memberi hutang untuk mengutip jumlah bayaran lebih tinggi daripada jumlah asal yang dipinjamkannya,” katanya.

INGAT! Matlamat tidak menghalalkan cara!

kenapa saya ke USJ?????? ada apa bisness di sana?? haaaa, tunggukan entry terbaru hokey ;)

Wednesday, February 2, 2011

Assalamualaikum semua,


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata kerajaan
memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi
laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu bertambah meruncing. -- BERNAMA

Alhandulillah, membaca nerita di atas membuatkan hati yang gusar sedikit reda....

situasi di Mesir sekarangnie terukkan...kasihan kepada parents yang mempunyai anak-anak yang sedang belajar di sana, tentunya semua kerisauan dan berdebar-debar menanti berita dari anak-anak mereka. sudah tentu mulut dan hati mereka tidak putus -putus berdoa agar keadaan kembali reda ataupun anak-anak mereka kembalike tanah air dengan selamat...

saya ada dua orang anak saudara yang sedang belajar di saya. seorang buat Medic, sorang lagi tahfiz al-Quran....sekarang sudah 2 hari terputus hubungan..melalui telefon tak boleh, internet pun tak boleh juga....sihat ker sakit ker, selamat ke...ape ke. semuanya tidak dapat diketahui...

seorang kenalan saya juga sudah 6 harit iada berita. dia nak pergi ziarah suami yang sedang belajar di universiti al-Azhar , Mesir...masa berlepas, dia tak tahupun ada rusuhan di sana, semasa dilapangan terbang,emaknya yang mengetahui hal bahaya itu, terus mengejar anak perempuannya dengan harapan flight belum berlepas...namun....sudah terlambat...sekarang sudah 6 hari berlalu, berita menantu yang berada di sana sudah tidak diketahui..berita nak perempuannya yang baru smapai di airport pun lesap begitu sahaja..sudahlah seorang diri ke sana..perempuan pula tue...

risaulah keadaan sekarang.......kita sama-sama doakan semoga semua muslimin muslimat sahabat-sahabat seagama kita smuanya selamat di sana..amin

Tolong Sebarkan Status Pelajar Malaysia di Mesir

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dari

Bahasa Kelantan di MElayukan


Assalamualaikum,


Cepat-cepat saya buat entri ini..jangan tak tahu, entri ini dibuat secara terpaksa, bagi menutup entri yang agak tak senonoh yang berada di bawahnya...hahhahahahhahaha, padam muka sapa suruh buat entri tak senonoh kan..kan..kan.. nak dipadam, terasa sayang pula...

nie haaa...jumpa perkataan yang sellau digunakan oleh orang Kelantan...*loghat ore kelata* iaitu --------------BAH---------

pernah dengar perkataan ini..haaaaaa, nie saya jumpa di Berita Online tau...jom skodeng gambar di bawah ye..


alahai kecit cenoitnyer..saya compress, terus jadik kenit..huwawawa..xper, sila klik utk besarkan yer..

tapi loghat kelnatan menyebutnya ----BOH------ja
di di bakukan , huruf O ditukar kpd A...---BAH

kembang hidung sekejap..bangga...aik....skittupun dh nk bangga, bahasa neregi lainpun banyak yang sudah masuk daftar kata bahasa Melayu kan..ape nak pelik..heheheh, kan saya dah kata entri nie entri terpaksa...maka geng bloger sekalian terpaksalaa baca..kakakakakkaka

ok, wasssalm. isyak belum solat woooooooooooooooo....

Selamat Bercuti semua masyarakat Malaysia

sume sek cuti dah kan arinie..sekolah saya belum lagi..huuuhuuhuuhh....
xperla...ari pi sekolah lagi..esok dah cuti...sedih gak, setiap ari sabtu datang..ada program, tapi sabtu -sabtu itu tidak mahu dijadikan sekolah ganti yang mana semua sekolah buat sebaliknya..huhuhuuuhuhuuhhuhu....siapakah yang salah? kenapa buat begitu? kenapa tidak begini....

itulah semua organisasi ada sebab tersendiri kenapa dan mengapa..apa-apapun, kita sebagai orang bawahan haruslah menurut perintah, walaupun dalam keadaan yang tidak senang....itulah tugas orang makan gaji. nasib baik makan gaji, kalau jadi kuli batak atau hamba abdi yang tak dek gaji...lagi rugi

apa-apa pun...syukur di atas semua perkara..

selamat bercuti semua......memandu pulang ke kampung dengan selamat..

Tuesday, February 1, 2011

entry tanpa nama....


di suatu malam yang hening, sang suami memulakan biacaranya mengenai s**s....katanya, " abang ada baca kebaikan tentang s*** dari seorang pakar perkahwinan...., katanya s*** selama 15 minit akan menghilangkan tekanan jiwa dan mampu menyihatkan badan jika diamalkan 3 kali seminggu".


sang isteri berkerut kening, "tapi rasanya pendapat wanita berbeza, s**s bukanlah sesuau yang begitu penting, sehingga ia boleh menghilangkan tention, bagi isteri ia adalah perkara yang paling terakhir dalam sesuatu perkara....sesudah semua masalah dan kegundahan hatinya di selesaikan dahulu oleh suami......meleraikan semua rasa sakit hati dan emosi terpendam isteri saban hari ........dan isteri akan tenang dan rasa bahagia... hati akan berbunga-bunga riang maka barulah s**s itu akan muncul tanpa terpaksa (tapi kalau terpaksa bagi jugak...dah tanggungjawab....)


Hendaknya istri selalu ta`at kepada suaminya sesuai kemampuannya asal bukan dalam hal kemaksiatan, dan hendaknya tidak mematuhi siapapun dari keluarganya bila tidak disukai oleh suami dan bertentangan dengan kehendaknya, dan hendaknya istri tidak menolak ajakan suami bila mengajaknya. Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: �Apabila suami mengajak istrinya ke tempat tidutrnya lalu ia tidak memenuhi ajakannya, lalu sang suami tidur dalam keadaan marah kepadanya, maka malaikat melaknat wanita tersebut hingga pagi�. (Muttafaq alaih).


kemudian sang suami mencelah lagi, "bukan laa...yang nie, pakar yang kata tau......."...
yerlaaa...pakar yang kata...tapi pendapat dia....abang nak hidup dengan pakar tue ke dengan isteri sendiri"....haaaa...kan dah keluar ayat tak sedap isteri...

kepada para suami, hendakkah memahami kehendak isteri, memahami perubahan emosinya. hendaklah berbincang dgn isteri tentang perasaan dan kelakuannya yang pelik itu..isteri akan mudah terharu dan tersentuh jika emosinya ditandatangani dngan lemah lembut dan berhikmah.....


tapi betulkah perasaan isteri begitu?..........

AWAS YE!!!!

Assalamualaikum, dan selamat bertugas di dapur, di pejabat dan juga di sekolah.

dalam suasana kerja, tentu kita tidak suka orang yang sombong, tak mahu mengakui kesalahan orang lain, yang pentingkan diri sendiri, dan suka ambil kesempatan kepada orang lain.....
sapa yang suka boleh angkat tangan....

bagaimana caranya supaya kita tidak menjadi slaah seorang dari yang di atas....senang sahaja, setiap saat dan ketika, kita hendaklah cuba meletakkan diri kita salah seorang mangsa kepada keadaan itu..orang putih kata ape ye...put yourself on their shoes..hohohohoho..betui ker tuh? kakakakakakaka


apa2pun , tiada siapa yang akan hormati kita nanti......


ahhahahahha, ape tazkirah pepagi nih... bukan aper..memperingati diri sendiri...
mode: sedang bersiap2 nak pi sekolah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails