Tuesday, March 30, 2010

LUKISAN MURID DARJAH 3

semalam saya dapat tiket bertuah.ha~ha~ha~ha~...tiket bertuah relief kelas 3G, sebab perhimpunan dibatalkan kerana hujan..maka dengan payah sekali kaki saya ,melangkah menuju ke kelas 3G di atas sana, tingkat 4...menggeletar lutut saya yang sedia capek dek sepanjang hari berdiri ......polisi cikgu cikgi hari ini tak boleh duduk bila belajar.ehhehehe kang kantoi kena saman, ada spy kementerian Pelajaran ke kat sini?!!!!! ehhehehe

Tapi disebalik peraturan itu, memang bagus pun untuk murid-murid...kalau cikgu yang ketot-ketot halus manis macam saya nie elok sangatlah kalau berdiri...jikalau duduk, murid-murid tak nampak.

sampai sahaja kat 3G, murid-murid tengah melukis...saya pun ape lagi..."ya murid-murid...ada 30 minit lagi untuk siapkan lukisan kamu ye.." saya berkata nada lantang....heheh, saya pun duduk sambil memerhati murid darjah 3G itu melukis.em, lawa-lawa jugak mereka melukis...setelah 10 minit memberi sedikit pendapat dan komen-komen yang saya sendiri tak tahu betul ke tak dari segi seni lukis nya...saya pun DUDUK di atas kerusi...sambung kerja *merait kertas soalan ujuin bulanan ...heheheh

sebagai hadiah tuan puan membaca coretan yang apa-apa entah ini, saya hadiahkan gambar-gambar lukisan 3G untuk makanan santapan mata geng bloger sekalian....yehaaaaa!!!!!!




No 1


no 2

no 3

no 4


NO 5

no6


no 7


no 8


OK, APE MACAM, LAWA-LAWA TAK...

Geng Blogger rasa gambar mana yang paling kreatif.....
saya akan membilang undi geng seklaian dan hari selasa nanti pukul 12 malam saya akan kira undian dan akan umumkan hasil undian geng sekalian.
hehehheheheh

_______________________________
NOTA KAKI:
MERAIT= menanda kertas jawapan/menyemak


Monday, March 29, 2010

SUKAN PASTI



lawa-lawa semua the future khalifah ini kan....
semoga mereka semua berjaya menjadi khalifah Allah yang soleh solehah di bumi ini di masa hadapan..Aminnn


Hari Sabtu baru-baru ini saya sekeluarga menghadiri Sukan PASTI anak sulung saya di Padang Taman Permata berhampiran Giant Hulu Klang. Ramainya murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam yang menyertainya...seluruh kawasan GOMBAK datang menyertainya. Tak kurang juga ibubapa yang hadir memeriahkan sukan berkenaan.


anak jantan saya pakai baju sukan warna ini.ehheh tapi dia kat belakang sekali, tak nampak dalam gambar ini..

dan saya beserta anak dara dan baby asma' kat mana yea? A'aa, sudah tentu sedang menyorok dihujung padang di bawah rimbunan pokok, supaya anak jantan saya tak nampak. kalau tak, dia tak akan pergi berbaris dan bersukanlaaa.....

Apa yang menyentuh hati saya adalah bila perarakan selesai, semua murid-murid PASTI ini menyanyikan lagu PASTI seterusnya membaca SYAHADAH, TAHMID dan TAKBIR....wah, terharu sungguh saya mehilat budak-budak yang putih bersih hatinya itu melaungkan tahmid dan syahadah.....especially anak sulung lelaki saya.


Kalau kat rumah, saya tanya sahaja apa yang belajar kat sekolah hari nie, dia senyap sahaja...tak mahu bagitahu...katanya tak belajar apa-apa...bimbang kalau saya hantarkan semula ke PASTI..hehehhe, tak berminat betul ke sekolah anak jantan saya nie, tapi kalau dah ditinggalkan kat sana, ok ajer...boleh ajer berkawan dan masuk kelas macam budak-budak lain..orang kelantan kata "perumah" heheh tahu apa maksudnya..ehheheh-orang yang suka duduk rumah, tak suka ke mana-mana..." terfikir kembali, betapa susahnya saya nak mengajar syahadah kat rumah, berbulan-bulan pun tak juga ingat. tapi kalau di ajar kat PASTI, mudah aja dia ingat..belajar sambil bermain dengan kawan-kawan mungkin lebih ingat agaknya.


Satu lagi yang menjadikan saya sebak ialah, masa kecil ini, kita jhntar ke PASTI atau sekolah kanak-kanak yang elok, islamik..tapi bila dah dewasa, mereka sudah terpengaruh dengan pelbagai anasir yang elok dan tak elok....susah nak dibentuk lagi...
sungguh payah mencorakkan kain putin kerana pencoraknya juga bukannya putih bersih..melainkan kelabu asap juga yang pernah dan selalu membuat dosa-dosa...aihhhh penat nak pikir macammnaa kan....


Apa pendapat geng blogger sekalian.... Macam mana kita nak pastikan anak-anak kita membesar menjadi hamba Allah yang soleh solehah...susah juga tu...sebab kita sendiri pun banyak kekurangannya.

Friday, March 26, 2010

AWARD....AWARD

salam semua...saya dapat award daripada k.sari...tapi nak ambil nie ada syarat-syaratnya tau....

1. Thank and link the person that gave you the award


Fitrah cinta-k.Sari

2. Pass this award to 15 other bloggers you've recently discoveres and think are fantastic ~ 15 je ekk..saya pun xtau nak pilih camner so ....nama2 yg ader kat sini adalah dipilih secara rambang semata-mata yer..xder unsur rasuah atau pilih kasih..so check it out~( ayat copy k.Sari...jangan mare yer, k.sari)


ala, kengkawan saya xsampai 15 laa, maaf yer penaja..5 orang lagitu,nanti saya tambah lagi di lain masa

~ (maap le yer klau ader yg dah dpt award ni n dah buat n3 pun..tu smua di luar kawalan) ~ini pun copy ayat k.sari...mahap sekali lagi...

3. Contact them and tell them that they've won the award

~ misi ini akan dimulakan seberapa pantas yg termampu~

State 7 things about youself

  • i'm a woman..hehehhe, takut ada yang confius...
  • ada 3 orang anak, 2 perempuan, seorang lelaki
  • seorang yang mudah menggelabah dan kerja tak bersistematik
  • tak suka mengemas...ka ka ka ka ka..maafkan aku wahai suamiku...
  • tak suka lipat kain... sekali lagi maafkan isterimu ini
  • Mudah marah, mudah tention especially dalam keadaan bisng dan riuh rendah....ka ka ka ka
  • ingin memiliki rumah sendiri, bungalow 1 tingkat yang berhalaman luas....abang yea.... I bagi 8 yer k.Sari... last sekali
  • nak bawa tok Ummi ke Mekah buat haji bersama-sama
Okey, dah abis dah..pada nama2 yg ader kat atas tu, klau dah baca n3 ni jemput la amik anugerah yg xseberapa ni yer, nnti saya dtg ketuk2 lagi bgtau n hrp2 pasni kita lebih tahu n kenal satu sama lain...


Sunday, March 21, 2010

BERAKTIVITI LAGI..

musim cuti sekolah ini, macam-macam aktiviti yang saya buat bersama anak-anak..kalau nak cerita panjang lah berjela-jela..kita layan gambar ajerlaaa ye.

sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat insan-insan ini kerana telah memberi saya inspirasi untuk beraktiviti dengan anak-anak...insan itu ialah: kak Baiti dan kak Pah

ok...kita layan...

aktiviti membuat topi hari jadi...anak-anak nak sangat topi ini, sebab baru sahaja menghadiri jamuan harijadi anak bos Tuan Rumah.....kat KFC....

Topi ini dibuat dengan kertas surat kabar sahaja...
potong kertas warna dan tampalkan cebisan-cebisannya kat topi...
saya guna getah gelang yang bawah tikar getah untuk dijadikan pengikat ke telinga...
gambar kat topi tu, gunting sahaja kat buku mewarna diaorang..
tapi cik Crab dan Star tu ...saya gunting katfail pemberian KFC sempena kenduri bisday anak BOSS Tuan Rumah...

Yang kedua.....Si Rama-rama

Yang ketiga, buat papan ABC dan 123




Yang keempat: mewarna lukisan dengan warna tabur...dari hampas kelapa yang diwarnakan...tiru idea kak Pah
(bagi kredit kat k.Pah)








hehhehe, kalau nak tanyer ingredients dia.hehhhe, pisang setandan...kambing golek 1 ekor..huhu kedekut taik idung masin..
korang pun lebih advance dari nie kan..kan..kan

p/s: lukisan-lukisan nie, saya tampal kat peti sejuk, setiap kali masuk ke dapur, mesti murid tak rasmi berdua tu tersenyum kelat tengook hasil kerja tangan mereka...banggala tu kononnyer

adios..ngantuknyer ngeeeeeeee~..~...
zZZZZZZZZZZZZ
masuk tido dulu lah
tata
titi
tutu
kutu

Saturday, March 20, 2010

Boringlaa ...nak buat ApeR yer... "ATIQAH SWEET GIVEAWAY"

Jomlah, join contest nie...
syarat-syaratnya sangat-sangat mudah!

1. buat satu entri tentang giveaway ni..dah buat

2. di dalam entri tersebut, letak gambar di atas..-dah jugak

3. kemudian, di dalam entri tersebut haruslah ada ayat di bawah:dah jugak

"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"

4. kemudian, beritahu nama dan alamat blog @ entri di komen box saya.. :-)-dah juga


hadiah ini hanya untuk 3 pemenang.. :-)
setiap pemenang akan menerima satu kotak yang mengandungi 9 biji coklat! :-)


tarikh penyertaan 6 MAC 2010 - 9 APRIL 2010

CoNtesT UnclE

Sah , saya dah demam contest nih...hheeh sbnrnya nak tutup malu..haaaa, kawan-kawan, jomlah kita sertai contest ini kat blog nie dan lawatilah juga main blognyer...UNCLE....
jom lawati BLOGnyer, macam-macam ada.....

  • Buat pendaftaran dengan meninggalkan komen, nama dan alamat blog korang dalam entry contest ini- ok dah...
  • buat satu entry dalam blog korang tentang contest yang dianjurkan ini dan korang perlu meletakkan link entry contest dan link blog ini dalam entry yang korang tulis tu
  • Perlu menjadi follower blog ini terlebih dahulu-dah jugak
  • Tarikh penyertaan bermula pada hari ini dan akan tamat pada 10 April 2010 pada jam 12.00 tengah malam-ok, noted..selamat dah join awal
  • Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan bertuah. Sistem cabutan bertuah secara eletronik mungkin akan digunakan-ok, kalo kalah saye xnangis...xder rezeki lar tu
  • Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 April 2010 dan akan dimaklumkan di dalam blog ini. Keputusan pemenang adalah muktamad...saya hanya bisa menunggu dengan penuh pengharapan..ayat mengampu ker...xderlah
  • Sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh ajukan di bahagian komen dalam entry ini..ok, xder.

Contest lagi..


masa saya blogwalking malam minggu nie, teerjumpa kat blog geng blogger (jieda) bagi kredit skit kat dia..heheh...saudari jieda ajak saya ajak join contest ini
dan ingredients utk masuk contest ini adalah:

1. jadi follower blog cik fa- dah
2. letak banner di atas pada entry dan sidebar. link kepada giveway contest b'day blog cik fa...dah
3. buat entry tentang giveway contest b'day blog cik fa dalam blog anda...dah
4. tinggalkan link entry anda pada comment di bawah ye..untuk cik fa check...dah

senang kan???so apa tunggu lagi..jom la join..tarikh tutup penyertaan 26 mac 2010 (jumaat- 1pm). cabutan bertuah akan dibuat pada hari esoknya 27 mac 2010. mari-mari join..hadiah menarik menanti anda..


Thursday, March 18, 2010

kah..kah...kah..



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

'Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'



hmmm...sempena menyambut ulangtahun pertama blog 'CeRiTa HiDuPkU' pada 19hb Mac nie..si empunya tanah dengan berbesar hati nya ingin mengadakan satu 'Giveaway' untuk kaita blogger semua...

syarat nye mudah sahaja...

1) Jadi follower blog CeRiTa HiDuPkU....dah follow
2) Buat satu entery kt blog kiter... tajuk 'Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'...copy banner dan link kan kt entry nie...(sticky kan post tu ye) -dah
3) tinggalkan link entry kt ruangan komen...-dah

itu je syarat2 nye...mudahkan...jom la sertai beramai2...hadiah2 menarik menanti kiter YANG BERTUAH...pemenang akan ditentukan dgn cara cabutan bertuah.....tarikh tutup 19 hb Mac 2010.


Monday, March 15, 2010

BERHATI-HATI dengan aktiviti TAGG dalam FB


gambar:ihsan dari FB saya..ekekekek

Rakan Blogger sekalian pernah TAGG gambar kat FB?

Terima kasih kepada Abu Umair kerana telah membuka mata saya dengan aktiviti tagging yang sudah terbiasa di dalam ber FB..


Rakan blogger pun tentu pernah juga men "tagg" gambar sendiri ataupun gambar rakan-rakan lain kepada rakan FB kan...tapi sila berhati-hati kerana ...ala susah nak citerlah, jom layan n3 ini, saya pastekan untuk korang:

sila bagi kredit kepada Abu Umair ...


Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

mungkin kita tak ada lah men "tagg" gambar yang tak menutup aurat, tapi terasa malu pulak kalau gambar kita dan family sedang berposing itu dilihat oleh rakan blogger yang lain, yang kita tak kenal pulak tu...nanti semua komen-komen dan gurauan kita bersama rakan kamceng kita yg berada di situpun ter tagg sama kan..

lepas nie, nak delete lar semua tagg-tagg yang dah di tagg kat rakan FB lain...malu , pilu, sudu, garpu lar plksss..heheheh

CIKGU BENGONG....AKU? TIDAK BENGONG

KISAH lucu tetapi sedikit LogIK dan berInForMasi...di sedut dari anak sedaRa PUnYa BLoG

Jom BaCa....


Guru Tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru Tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poketnya, lalu dia bertanya lagi...

Guru Tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru Tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru Tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan ?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin : Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.


bimbang pulak kalo ada cikgu-cikgu macam ini....Nauzubillah...SelaMatKanlaH Anak-anaK ku...

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI....


Dapatkan Mesej BergambaR
DI SINI

Tentunya ramai yang gembira bila cuti sekolah datang lagi, kan...kan..kan tapi siapakah yang paling gembira bila cuti sekolah datang .hehehheh Semestinya Citgu dan Citgi lah yang paling seronok...No 2 jatuh kepada budak-budak sekolah...Tempat ke tiga jatuh kepada datuk nenek kat kampung menunggu anak cucu balik...saya jugak yang tka balik kampung...teTapi Tahukah semua Siapa YaNg paLinG TerseRonOk SeKaLi aDaLah................... penGusaHa-penGusaHa Bas dan HotEl2 di SeliruH negara.......

KEPADA SEMUA CIKGU DAN CIKGI........... SELAMat BErcuTI DIucaPKAN...KEPaDA MURiD-MURiD SEkOLaH, JAgGaN LUpA, CUtI BUkAN TIKET UNTUK BERMAIN SEPUAS2NYA....BUKU-BUKU KENA TENGOK DAN MENTELAAH JUGA....kalau tak, naik sekoLah, buka BUKU, ana TeLur LiPas Plk...nampak sangat tak pernah buka buku masa Cuti..hik hik hik

TUKAR LAGI TEMPLATE BARU

Assalamualaikum rakan Blogger ku Sekalian,

Malam tadi saya cuba menerjah ke beberapa website template yang free..dan saya cuba template nie dulu....
tapi yang penatnyer semua BLOG LIST saya hilang..maka hilanglah semua link ke blog rakan dan kakak-kakak dan adik-adik blogger saya.

Makanya saya terpaksa cari satu-satu di dalam chat box dan semua komen-komen untuk mendapatkan semula link-link mereka. maknya jika kakak, adik dan rakan blogger yang menziarah ke blog saya, tetapi tidak dapat temukan link mereka di sini, sepuluh jariku mohon ampun dan maaf ..janganlah rasa jauh hati yer...saya akan cuba sedaya upaya menjejaki kalian semua...

wassalam


Sunday, March 14, 2010

SUSAH KALAU TIADA PENDIRIAN

(Assalamualaikum dan selamat malam semua)


rasanya semua mungkin sudah tidur . Yang Pastinya suamiku dan dua orang anak-anakku sudahpun dibuai mimpi. dan sekarang, saya sedang memujuk anak sulung saya untuk masuk tidur. keras betul matanya, yelah, petang tadi dah tido sakan.

Dari tadi tak bosan-bosan mengulang cerita utraman ...CD Utraman -cerita lama - topeng UTRAMAN nye pun lucu bangat ...xreal langsung tapi bila budak2 tengok, melopong ajer...takjub......CD yang dibeli kat TESCO malam semalam. dah 3 kali revine cerita sama, dari pukul 9 tadi lagi .sudahnya saya dan suami tidak dapat nak lihat rancangan TV malam ini..em, rugi ajer langgan ASTRO macam nie, xboleh nak tengok ASTRO. hehehehe

opsss, banyak pulak membebel.. saya sebenarnya lepas melawat FB untuk kesekian kalinya...ada terjumpa 2, 3 orang kawan lama dari sekolah Menengah Arab kat Tanah Merah dulu..dan wat blogwalking kat website mereka..saya jadi follower secara sicret..rasanya dengan buat begitu, harapannya agar website saya tiada dalam Follower mereka.

Bukannya apa, saya cuma segan, kalau boleh tak mahu orang yang pernah mengenali saya secara dekat @ kamceng dengan saya dulu melihat blog atau mengetahui kisah kehidupan saya sekarang..rasa malu pula..biarlah saya menjadi follower sicret mereka...yang penting, setiap kali masuk saya klik nuff mereka...dengan ikhlas..

aduh, tersasar lagi...sebenarnya nak cakap benda nie..semasa saya wat blogwalking saya terjumpa mutiara kata ini: ini dikutip dari sini


Usah Jadikan Kenangan Itu Satu Kehidupan...
Tetapi..
Jadikan Kehidupan Ini Satu Kenangan..

saya adalah seorang yang hidup dengan kenangan..seluruh hidup saya menjadikan kenangan itu satu kehidupan. jika kenangan itu pahit dan sedih. ia akan mempengaruhi aktiviti, emosi dan sosial saya sepanjang hari...dan sudah tentu hidup ini tidak sunyi dari segala peristiwa pahit lagi memahitkan..hhehehheh ada ker ayat macamtu..ta'kidd tu..ayat penguat tu...

kalau dibaca mutiara kata itu, saya sedar penulisnya melarang saya dari hidup dalam kenangan yang mendukakan saya kerana ia akan menjadikan saya seorang yang tidak bersemangat, rendah diri dan mengganggap diri sendiri serba kekurangan dan orang lain bahagia dan hebat serta lebih serba serbi...

ya!!!! saya hendaklah berusaha untuk menjadikan kehidupan seharian saya secemerlang yang mungkin, agar ia boleh dijadikan satu kenangan yang indah....kenangan yang indah akan memberi motivasi kepada kita untuk terus bersemangat melalui hari-hari baru... betul tak....






APA PUNYA BLOG DAAAA...

Assalamualaikum, sekalian pembaca, penat sunguh saya rasa. Bukan penat tubuh, tapi penat emosi dan fikiran. semuanya kerana gara-gara nak tukar templat dan lemngkapkan gaget-gaget baru untuk memberi kelaian kepada rakan-rakan yang akan datang melawat....ade ke yang akann datang melawat....hehheheh xperlah tak ada orang datang melawatpun, sekurang-kurangya saya berpuas hati dengan hasilnya. tapi nampaknya masih kebingungan lagi...binggung dengan benda-benda yang masih saya tak terer...

  1. nak letakkan label pada posting dan label pada sidebar
  2. kenapa nuff saya jadi kosong semulas setelah saya daftar baru?
  3. tambahan dengan komen tak membina cik abang....blog ape macam nie, tulisan campur-campur, sekejap ke tepi sekejap ke tengah, tulisan yang tak sama font, pening abang tengok, lainla dengan blog yang abang baca selama nie. peninglah... blog da nie, blog tentang apa, tak ada specifikasi ke..
Geram ajer saya mendengarnya..saya kan baru belajar..lainla dengan nik atau zue atau kawan-kawan blogger dia yang sudah bertahun tulis blog. inat sennag ker nak buat blog walaupun nampak secikai ini, sakiit kepala juga rasanya..sedih pun ada..

dalam masa yang sama, saya pun terfikir juga, kalau tak ada komen yang benar-benar tulus begitu, adakah saya akan sedar tentnag kelemahan blog saya ini...mesti saya tak sedar kan... bagus juga cik abang komen, walaupun bunyinya menyebabkan hati saya terluka, tapi tak apalah, saya ambil sebagai satu cabaran.

tapi geram juga, macammana nak berfikir untuk mencantikkan dan melengkapkan dan menjadikannya tertib seperti blog-blog yang dia baca tu, kalau dalam masa yang sama terpaksa mengutip baby yang merangkak ke sana sini, nak susui lagi, nak mandikan lagi, nak masak lagi...ada cik abang saya fikir semua tu ke....aiseyyyyy....marah kah saya..tak marah, cuma mahu dimengertikan..huhu...saya marah dan sakit hati sebenarnyer heheh


TULISAN BERGARIS BAWAH

Hehehhe, tengah malam buta saya bangun untuk tulis n3 nie. sebenarnya dah lama ingin mencari rahsia bagaimana kawan-kawan blog buat tulisan yang bergaris di trngah-tengah...sekali tengok macam cancle..tapi bila bacca, ada meaning lain selain dari tulisan sebelumnya...teringin sekali, nah, baru malam ini saya mempunyai masa untuk bertanya kepada pak cil google. selalunya bertanya dengn sifu saya kat blog dia...tapi banyak-banayk tanya dulu-dulu punya hal tentang blog nie, dah rasa segan plk.. kali ini saya berazam ingin mencari sendiri rahsia disebalik tulisan bergaris ditengah...

caranie, saya dapatkan dari sini.. saya cuba dulu ye, experiment, kalau jadi...baguslah..

caranya begini (saya copikan untuk anda): dia panggil tulisan tercoret...




anak rusa nani baru kembang ekor, apa salah kami, lalu tak ber nuff, hehheeh


yahooo, boleh la saya berjaya
anda cuba lah...



Amb00yats' Give4way


syarat penyertaan mudah jew...jom baca syarat2 nye

1. Terbuka kpd semua blogger- sudah bagus...
2. Jadi follower blog ini -udah juwak...
3. Buat 1 entry ngn tajuk Amb00yats' Give4way -ya, udah
4. Add banner di atas di sidebar blog anda
5. Pastikan ada link ambooyats-yapp
6. Sila tinggalkan link entry anda di sini-ok

Hadiah Utama menanti pemenang bertuah
+++ 2 Hadiah Istimewa


pemenang akn dpilih secara random

mungkinkah kiter org bertuah itu
apa lg jom ler kita men join kan diri...


My-Alia.com March Giveaway


salam.....
- Tibalah masanya untuk My-Alia.com March Giveaway.
Ok.... caranya senang saja.....................
1) Menjadi follower di My-Alia.com sini
2) Tinggalkan komen di entry ini ... (Contoh: Saya nak join giveaway ini....) itu saja!..)
Pemenang akan dipilih secara random oleh Cik Alia.
So jom join giveaway ni.....
Pemenang yang bertuah akan menerima ini



Jom sertai, mane tau dapat hadiah nie...


contest hadiah TUDUNG

satu lagi contest yang boleh dicuba..tak rugi tau, kalau aa rezeki, boleh p sekolah pakai tudung baru, huuhu

  • jadi follower blogshop ini- DONE
  • daftar akaun kita di www.khazisboutique.com -DONE
  • letakkan banner contest* di blog anda dan linkkan ke http://khazisboutique.blogspot.com-DONE
  • PENTING: Email info@khazisboutique.com / sms 0125025244 untuk memaklumkan penyertaan anda.-DONE
  • Jangan risau, tak perlu slogan atau karangan panjang, cukup sekadar..


Untuk Email (saya guna ini)
Tajuk email: contest march.
Kandungan email:
1.nama kita
2.link blog kita

Untuk SMS
sms nama penuh dan link blog kita.


Selepas membuat kesemua 4 stepyang telah diarahkan, maka selesailah sudah cara join nyer...
saya juga sudah menerima Nombor penyertaan saya daripada
www.khazisboutique.com

Nombor saya adalah 35

Nombor pemenang akan dipilih oleh random.org. pada 21 mac 2010.
Note: contest berakhir 20 Marc

ARINI DAH HABIS SUDAH
.
kita tunggu keputusannya



GIVEAWAY LAGI, JOM...


JOM JOIN DAN JADIKAN SAYA UR REFERRER

1. JADI FOLLOWER @RENIM'S GIVEAWAY
- DONE -

2. LETAK BANNER DI ATAS NI DAN LINKKAN KE NI@RENIM'S GIVEAWAY
- DONE -

3. BUAT ENTRY TENTANG @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG ANDA
- DONE -

4. ADD @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG LIST ANDA
- DONE -

5. NYATAKAN REFERRER ANDA ... (ADA GIFT UNTUK REFERREL)
MY REFERRER : JIEDA

6. SILA TINGGALKAN LINK ANDA PADA EMAIL SAYA ( chokkelat26@yahoo.com )
- DONE -

7. RAJIN-RAJINLAH KLIK NUFFNANG SAYA....
- OK -

TARIKH TUTUP ASALNYA PADA 09.03.2010 TAPI TELAH DILANJUTKAN KE 23.03.2010
JOM JOIN RAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN GIVEAWAY NI.

Monday, March 8, 2010

BABY W' EYES GLASSES CUTEST CONTACT




"baby with eyes glasses cutest contact"
secara officialnya contest ni bermula dari
08 Febuari 2010 - 08 Mac 2010
sempena valentine day ni
syarat2nyer?
  1. dgn rela hati menjadi rakan follower kepada blog berikut MUMMY MARIA (paksarela.. hik3)- dah
  2. sila addkan banner contest kat ats tuh kat side bar blog anda n linkkan trus kpd contest nih-dah jugak
  3. sila linkkan MUMMY MARIA di blog anda-dah
  4. sila wat special n3 psl contest nih dgn meng'upload'kan sekeping (1) gambar ur sweet lil baby (tak kisah la bby sendiri atau bby saudara mara,apa yg penting ONLY 1 PIC)-dah
  5. umo ur lil baby mestilah dari 1 hari - 4 tahun
  6. sila nyatakan nama,umo,tarikh lahir bby dan juga email & nama mummynya.
  7. jgn luper, sila tinggalkan komen anda disini utk proses menjejak

sesungguhnya spek mate atau glasses atau kaca mata akau cermin mata sudah diperkenalkan kepada dunia pada....entah lar sebab saya lahir-lahir dah ada cerminmata..tanya pakcik googlepun susah dia nak jawab, sampai hang Pc saya..heheheh

tapi jenis2 cermin mata saya tahu sikit2.Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting. sekarangnie orang xramai nak pakai cermin mata, sebab mata akan jadi sepet dan bawah mata akan jadi hitam. tetapi saya suka kaca mata kerana saya juga seorang yang berkaca mata.

inilah gambar yang ingin saya kongsikan kepada rakan blogger sekalian



  • Nama diberi : Faqihah Bt Md Zulkifli
  • Umur sekarang: 3 tahun 3 bulan
  • Tarikh lahir: 20 Januari 2007
  • Nama orang yang melahirkannya ke dunia: saya sendiri..hehehh Norshafida Bt Ghazali
  • email: norshafida81@yahoo.com
tQ kerana datang menjengah,sekian, terima kasih

aduhai kereta....

malam nie, saya bersama anak-anak keluar dengan kereta. of course abahnya yang drive kereta. kereta ape? ...sesungguhnya itulah kereta yang menjadi trade mark umur anak sulung kami, Muaz, ya, umur kereta itu sama dengan umur Muaz, bulan 8 nie, cukup umurnya 5 tahun.

hehehe teringat keberonaran anak ke dua ku, bila naik kereta selalu berkelahi dan berebut dengan si abangnya, nak duduk depan. saya dengan baby Asma' sudah di depan, ditambah pula dengan Muaz yang duduk di tengah-tenagh. nak aircond katanya. apa lagi si tengah 9Faqihah ) mula tak puas hati...abah, nampaknya kita kena noreh kuat laginie, nak kena beli kereta yang sedikit lagi besarnya, agar semua anak2 dapat duduk kat lubang aircond sorang satu..."celah saya. abahnya cuma mengangguk perlahan..entah apalah yang dianggukkannya, sayapun tak tahu. mungkin tengah fikirkan kereta jenis apa yang nak dibeli.hehhehe

adus...kereta yang menjalar di sebelah kami begitu indah sekali
antaranya....



saya mula tesenyum sendiri...

tiba2 lalu pula kenderaan ini, abahnya kata, "haaa, mama yang ini macammana....



saya tersenyum kelat...van jenazah rupanya...Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiunnnn....

sob...sob...sob...
insap sendiri...kereta wira nie jerlaa ye anak-anak..heheheh


Friday, March 5, 2010

Jom teman-teman ...nak masuk 1 lagi contest...?



malam ini, sambil-menyambil melayan anak-anak beraktiviti, terasa nak melawat Desire Queen kita nie, nak dengar coretan orang masih dalam manis-manis alam rumah tangga nie. eshhh...kitapun manis lagi walaupun dah 6 tahun kan..kan..(biasalah..kadang-kadang masam jua kerana lidahkukadang2 tergigit jua....,agaknya ramai yang menyebut name....)


jom kita meramaikan majlis contest dia...
cepat-cepat sebab tarik tutupnya: 31 mac 2010..

klik sini: http://desirequeen.blogspot.com/search/label/Contest

Thursday, March 4, 2010

JOM DENGAR ...


masya Allah, saya baru berjumpa web Al-Quran yang sangat elok...lengkap dengan terjemahan dan pelbagai Qari dari seluruh pelusuk dunia ada untuk didengari bacaannya...sekarang dah menunjukkan pukul 1.47 pagi...mata dah mengantuk, tapi telinga belum puas mendengar bacaan dari Qari Misyhari alafasi....

jom....kita dengar sama-sama sambil meneliti maksudnya.

http://tanzil.info/


Wednesday, March 3, 2010

HAI RAMA-RAMA

sudah lama saya tak buat aktivit bersama anak-anak. malam nie, kebetulan bby tidur awal, maka kamipun memulakan projek malam ini.....tampal rama-rama...hiyaaaa
saksikan rama-rama kami......






Monday, March 1, 2010

Anak-anak belajar dari kehidupannya

article ini di copy dari pn ummufarhan (tanpa kebenaran semasa n3 ini di post kan.kejap lagi nak minta kebenaran)

Jika anak hidup dengan cemuhan,
Dia belajar mengutuk..

Jika anak hidup dengan keganasan,
Dia belajar melawan..

Jika anak hidup dengan ejekan,
Dia belajar menjadi pemalu..

Jika anak hidup dengan malu,
Dia belajar berasa bersalah..

Jika anak hidup dengan tolak ansur,
Dia belajar menjadi penyabar..

Jika anak hidup dengan dorongan,
Dia belajar menjadi yakin..

Jika anak hidup dengan pujian,
Dia belajar untuk menghargai..

Jika anak hidup dengan adil,
Dia belajar kesaksamaaan..

Jika anak hidup dengan keselamatan,
Dia belajar untuk mempercayai..

Jika anak hidup dengan penerimaan,
Dia belajar menyukai diri..

Jika anak hidup dengan keredhaan dan persahabatan,
Dia belajar mencari cinta di dalam dunia..

ia benar-benar membuka mataku


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails