Thursday, December 29, 2011

anak anak di rumah Tok Ummi

anak-anak boring juga bila duduk je atas rumah.

maka kadang-kadang buka juga pintu untuk mereka keluar bermain kat bawah. bila bermain di bawah banyaklah aktivitinya termasuklah bermain air hujan yg ditakung untuk menjirus pokok lada tok ummi, main buai, main masak-masak guna agala rumput rampai dan bunga bungaan liar dan sbgainya.


Kasihan pula biarkan mereka bain bertiga....sabarny...nnti mama siht, kita beraktiviti lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 26, 2011

thinking and thinking........but no answer

Jenis-jenis kereta MPV



Pertanyaan Yang diajukan...
Woofer Storm said...
*nak tanya pasal kereta pulak, antara kereta mpv yang murah,yang manakah satu menjadi pilihan bro?tak kiralah brand apa,janji harga standrd la.heheee dan mengapa?

Jawapan kami
Maaf agak lambat jawab pertanyaan ni.. Kami tak ada pengalaman menggunakan kereta jenis MPV ni... but cuma nak kongsi sedikit infor ajer..

Kereta MPV = multi propose vehical/kenderaan pelbagai guna.., juga dikenali sebagai minivan. Inilah kereta idaman lelaki berkeluarga. Trend semasa menunjukkan keluarga sederhana besar dengan tiga atau empat anak juga sudah mula memikirkan MPV manakah yang sesuai dengan cita rasa peribadi, kemampuan kewangan, pakej promosi dan tinjauan pendapat umum mengenai model MPV itu. Dalam konsep nie, biasanya ia terarah kepada kereta MPV. Fungsi MPV nie biasanya adalah untuk membawa individu yg ramai

Bagi lelaki yang memiliki anak ramai, kenderaan MPV atau van mungkin paling sesuai dan praktikal. Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampung atau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungan sekeluarga juga bertambah erat. Tanyalah mana-mana lelaki bergelar bapa, MPV pasti menjadi idaman mereka! kereta tambah besar, ahli keluarga kene tambah lagi la.. Opssss.... he he he he. Biasanya, keluarga yang sudah besar memerlukan MPV ..Pasaran MPV mampu-milik kini makin meriah.....

Apa agaknya pilihan anda?

"Pada pendapat saya, semua pengeluar kerata telah
berusaha membuat yang terbaik dan yang penting telah
memenuhi standart yang di tetapkan, jadi soal yang
mana lebih baik bergantung kepada penguna yang menilainya."

Contoh kereta jenis MPV:-


1. Toyota Estima –
Harga baru anggaran RM325k. Kapasiti enjin 2.4 . ( rasanya kut tak pasti lah, main agak-agak ajer ni) kalu nak pikir jangka masa panjang baik amik toyota estima..8 seaters ada..7 seaters pon ada...boleh bawak keluarga...moon roof ada..sun roof pon ada..

2. Honda Odyssey –
Harga baru anggaran RM236k. Kapasiti enjin 3.5 L( rasanya kut tak pasti lah ) Honda Odyssey pula dikategorikan sebagai MPV besar kerana berasaskan model Honda Accord. Honda Odyssey terbaik dari segi perfomance. Memang laju. Saya pun minat sangat-sangat tapi tak mampu nak beli.kesemua ada 8 passenger seater.. Interior kalau tengok yang baru memang betul-betul lawa siap kerusi Honda tu boleh bawak keluar dari kereta.Tapi paham-paham sajelah kalo honda nyer sparepart tentu ler mahal.

3. Toyota Alphard-
harga dalam RM150K. Alphard ada yang 2.4 dan 3.0 .Alphard memang mewah gila, Alphard dalam sangat la besar,ada 8 seater penumpang kesemuanya. yang tak best duduk depan macam bawak lori, kena panjat naik kerusi driver.

4. Naza Ria –
Harga baru anggaran RM99k.spare part/service mahal.enjin komplex V6, harga 2ndhand rendah.Naza Ria body berat, hampir semua MPV Korea berat,tapi stabil, kalau atau highway, kalau ditiup angin lintang, kurang nak bergoyang, atau bila berselisih dengan bas atau lori besar.Cuma minyak parah la. Dan maintenance tinggi. naza, kalau ikut carnival nyerr spek, ada 7 seaters peumpang , kerusi belakang leh pusing mengahadap satu sama lain. dah tu, ada ruang utk jalan di tgh tgh ..cam bas mini..pastu kat bumbung dia boleh buka & tutup kalau nak keluarkan kepala pun bule tapi kat bhgn depan je la

5.Toyota Vellfire -
Harganya dalam anggaran RM 265k.kereta orang kaya ..tiada perbezaan ketara antara keduanya cuma bila tengok luaran,Grill, lampu depan da belakang tu ajer yang beza. nampak lagi cantik ajer. Beza dari segi pattern dan design.. lagi satu kapasiti tempat duduk sesuai cuma 7 dewasa penumpang (termasuk pemandu) ajer

6.Mitsubishi Grandis
Harga anggaran RM165k.Enjin berkapasiti 2.4 liter Enjin MIVEC Ia dipadankan dengan sistem INVECS-II. Rasanya 7 orang penumpang boleh masuk dalam satu-satu masa.Penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh duduk dengan selesa berikutan ruang kaki yang luas. Mereka juga tidak akan kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian sisi kepala. Grandis turut dilengkapi dengan unit paparan LCD yang tersimpan kemas di bahagian bumbungnya

7. Honda Stream –
Harga baru anggaran RM150k. Honda Stream ada 1.6, 1.8 and 2.0 VVTI timing chain. Honda Stream dikategorikan sebagai MPV padat kerana berasaskan model Honda Civic. Kereta yg di luar nampak sporty.. Ruang dalam yang luas walaupon mempunyai badan yang nampak kecil dari luar. boleh Bawak 7 orang penumpang dalam satu masa..Honda Stream lebih kepada handling, rupa lawa, minyak jimat.Packaging, space utilisation antara paling bagus dalam kategori MPV.lagi satu tertarik dengan dashboard dan segala control panel tu nampak jauh lagi moden

8. Toyota Wish –
Harga baru anggaran RM157k .Wish ada 1.8 import dan 2.0 pasaran Malaysia dan enjin pun ada 2 jenis bagi wish ni...vvti dan d4 vvti timing chain..Wish = 5+2 seater kira 7 orang lah penumpang boleh naik..

Cuma lebih tertarik pada bentuk lebih aero sport dimana ia seakan gabungan SUV, MPV dan kereta sedan bagi mendapatkan ruang seperti sebuah MPV, pemanduan dan keselesaan seperti sedan dan kedudukan poster pemandu seperti di dalam sebuah SUV.

9. Hyundai Starex -
Harga anggaran RM150k. Hyundai Starex didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel bercas turbo.Hyundai Starex ..memang besar bagak ..boleh pangil mini bas dah..MPV Hyundai Starex yang boleh memuatkan 11 penumpang.. boleh lawan Alphard...ruang dalam dia memang mewah.. ..seat paling belakang boleh adjust kedepan dan kebelakang - ini amat menolong kalau kita ade laguage yang agak banyak...

10. Toyota Innova –
Harga baru anggaran RM102k kapasiti enjin 2.0.timing chain.Pickup mpv ni ok la. Ruang pun luas. Innova -boleh duduk kat dalam 8 penumpang..Tapi minyak la yang tak tahan tu, kuat sikit la berbanding dengan mpv yang lain. MPV ni memang laju tapi kurang stabil bila amik korner. Lagipun mpv ni guna suspension belakang jenis blade. Jadi berbuai-buai la bila korner. Enjin memang tip top. Tapi bentuknya lebih kepada oldies sikit lagi satu tak nak pening kepala maintenance murah banding brand lain, second hand value boleh tahan masih tinggi.

11. Proton Exora –
Harga anggaran RM70K Ruang dalaman untuk 7 penumpang yg amat selesa memang agak luas cuma 1.6 timing belt ..tidak sesuai jika dibandingkan dengan saiz Proton Exora itu sendiri beban body yang beratnya lebih kurang 1.2tan. tapi still masih boleh bawa. Setakat naik bukit takdehal lah..Kalau ambik yang H-line.. Ada LCD, DVD player, built in hands-free, 2nd and 3rd row a/c blower, leather seat, GPS dll..

12. Toyota Unser –
Harga baru anggaran RM93k..kapasiti enjin 1.8. keluasan agak besar (kalu anak ramai..memang cantekk) spare part banyak, banyak boleh upgrade..unser, cam biasalah, orang belakang nak turun, kena lipatkan kerusi depan.

13. Nissan Grand Livina –
Harga baru anggaran RM97k.Enjin berkapasiti dari1.5, 1.6 Liter sehingga 1.8 Liter sound proof bahagian dalaman memang fantastik! senyap. tapi bumbung rendah lagi sbb GL ni just like a grown-up 7 seater wagon..kira 7 orang boleh naik lah..ride comfort bagus, fuel consumption pun ok.Seat belakang sekali kecik tapi seat tengah boleh slide, jadi boleh edjust. tempat duduk belakang sempit macam alza sesuai untuk bebudak kecik.Kerusi barisan kedua boleh digerakkan ke depan dan belakang selain boleh dibaringkan bagi memperoleh ruang bagasi lebih luas. Kerusi bahagian kedua yang senang digerakkan membolehkan penumpang barisan ketiga keluar masuk dengan mudah.

14. Naza Citra –
Harga baru anggaran RM84k Enjin 2.0 dan CVVT..Naza Citra ada 7 seater...Seperti diperkata orang Citra terkenal dengan kuat makan minyak terutama jalan bandar tapi kalau kat highway fuel comsumption agak reasonable. kelemahan takde air-cond belakang tapi ada sunroof so kalau panas, buka saja bumbung tu Lagi satu masalah korean car ialah second hand value. tapi sekarang rasa diganti oleh Rondo

15. Toyota Avanza –
Harga anggaran RM 77k.. Avanza 1.5 dari 1.3 adalah power. Avanza guna DOHC VVT-i.. .dari segi minyak masih ekonomikal .Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tapi Kalau compare ngan boot tak ada tempat nak isi barang kecik sangat tak leh nak shopping lebih.second hand value boleh tahan tinggi.

16. Produa Alza –
Harga anggaran RM60k..Kapasiti enjin1.5..Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tempat duduk blakang sempit sangat . Alza Walaupun enjinnya kecil, memang sesuai untuk ulang-alik pergi kerja. Yang pastinya first impression saya memang mengujakan.






Sunday, December 25, 2011

Kehilangan....kecurian...musibah

sesungguhnya Allah menduga hambanya dengan dugaan yang mampu diterima oleh hambanya


innalillahi wainna ilaihi rojiunnn.

satu satunya kenderaan keluarga kami telah di ambil kmbali  a.k.a dicuri awal pagi hari ini. report polis sudah di buat.polis tidak dapat menjanjikan apa apa.ya kami faham akan keadaan itu.maka hanya kepada Allah sahaja kami memohon pertolongan.


semua ahli keluarga terkejut. apa nk di kata. biasalah sifat manusia. suka berkalau setelah berlaku sesuatu. "itu hanya cubaan kehilangan harta benda.kalau di duga kehilangan nyawa....bagaimana..!!!! " .nauzubillah..teringat akan hal itu...hati yang kesedihan sedikit tenang. dalam keadaan pantang begini eloklah tidak terlalu memikirkan masalah itu.bukankah Allah yg memberikan rezeki dan salahkah kalau Dia ingin mengambilnya kembali...


astagfirullahalazimmm..aku terlena sebentar dalam dinginnya titisan air mata...namun hati tenang sesejuk rintisan hujan musim tengkujuh di luar jendela kamarku...sempatku lihat bby umar tersenyum...bermimpi indah barangkali....bby umar...semoga cepatla sembuh dari sakit mulutmu


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

Kenangan di pantai Cahaya Bulan

Ini adalah kenangan terindah bersama anak anak dan anak saudara sebelum bersalin tempohari.

Ayah telah membawa kami setiap petang makN angin di tepi pantai. Walaupun angin kuat di tepi pantai...ia tidak sedikitpun menakutkN kami.sudah lama tidak merasai pepasir di tepi lautan. Angin kuat menjadikan ombak menghempas pantai lebih kuat. Saya dan anak anak kecil duduk di tepian menunggu ombak sampai keribaan kami. Wah cukup seronok. Tp yang tak seronoknya bila membawa pakaian basah dan berpasir....nk membasuhnya juga...waduh...kena guna tangan.kalau masuk mesin basuh,mahu jem le mesin dek pasir itu.jenuh mak buyung mengorek ngorek pasir dari poket baju seluar anak kecil ini.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 22, 2011

mulut baby Umar belum sembuh

Sayu rasanya hati bila melihat keadaan mulut umar.sekarang.kenapalah.liat benar bintik putih dalam mulutnya tak mahu hilang.penat sudah menyapu durian. Rasanya mahu sahaja membawanya kepada doktor.tp rasanya samashaja.ia memang memerlukan masa untuk sembuh...ada tal sesiapa di luarsana boleh bagitahu berapa hari mulut bby akn kmbali normal kalau paki ubat doktpr.rasany kalauskadar bGi ubt mouth blister...memang 2,3 hari jugakkan...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, December 18, 2011

SIAPA YaNg AmBiL PuRsE SaYa?????

Pagi khamis yang hening...sebelum subuh suami dan saya turun dari rumah ummi membawa bby Umar untuk di tahnik dan cukur di Masjid Pulau Melaka.ingin mengambil berkat tangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,menteri besar kelantan. Alhamdulillah, niat kami dipermudahkan Allah. tuan guru yang baru balik hari itu dari Kuala Lumpur telah mengimami solat subuh seterusnya mentahnikkan beberapa bayi termasuk bayi kami. Pada pagi itu juga ada sepasang pengantin yang brhajat untuk diakadnikahkan oleh Tuan Guru sendiri. Semoga perkahwinan mereka bahgia dan penuh mawaddah dan rahmah hingga k syurga.aminnnn. Teringat pula sejarah 7 tahun lalu di mana kami telah diijabkabulkan di masjid itu juga. Dan ketika itu saya hanya berpakaian baju kurung lama yang sering digunakan untuk ke kuliah.sungguh tidak menyerupai pengantin.hahahaha.namun ia adalah sejarah yang paling indah buat kami.


Short cut.....

Ditengahari itu pula nurse desa datang ke rumah untuk memantau bayi saya dan kakak yang kebetulannya lahir awal 4 hari dari saya. Setelah selesai menimbang baby Umar,nurse meminta.saya manggil kakak,lalu saya meninggalkannya sendirian di dalam.bilik.


Petang itu suami saya meminta ic saya untuk buat surat beranak Umar.maka bermulallh di situ pencarian purse saya yang.sehingga sekarang gagal ditmui. Oleh krana mata tidak melihat, kita tidak boleh menuduh sesiapa. Ayah saya rasa ada orang luar naik dan mencuri beg itu pagi tadi mamandangkan kami keluar.pagi tadi tanpa mengunci pintu pgar dan pintu besar rumah. Suami saya pula mengagak nurse itu yang mengambilnya memadangkan senelum keliar awal pagi itu,pirse ada di atas katil.Allahi A'lam. Tapi Saya mengingatkannya supaya tidak menuduhsesiapa kerana kita tidak dapat melihatnya sendiri.


Napakna petang ini saya harus menelefon maybank untuk menyekat penggunaan kad atm dan mYbank2u.mungkin dalam minggu depan saya terpaksa ke pejabat pendaftarN untuk membuat kad pengenalan baru. Rasa susah betul nak buat semuatu bila dalam pantangni.orang nak tolong bawakan saya ke sanapun tak ada.petang ini suami akan balik KL memandangkan cuti bersalin nya 1minggu telah habis.


Published with Blogger-droid v2.0.2

jom bersenam kegel

pakarlelaki.com » senaman kegel


Published with Blogger-droid v2.0.2

Baby Umar dijangkiti bintik putih dalam mulut@fungal !!

Jangkitan Fungal di Mulut Bayi | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 17, 2011

sjenis sakit perut dikalangan bayi:sarat (kelantan)

pernah dengar penyakit " sarat "?

mungkin orang di negeri kelantan sahaja memanggilnya begitu.di negeri lain panggilan berbeza di gunakan.


tanda2:

1. perut bayi bunyi melepuh-lepuh mcm ada buih.


2. najis bayi bewarna kuning dan bentuknya bertali-tali atau berkuntum atau berbuih-buih bercampur air jernih.


3. bayi menangis kerana kembung atau sakit perut.


ki orang kampung tidak akan berjumpa doktor untuk merawat "sarat" ini.


1. kami akn mencari bidan kampung untuk mengurut perut bayi.bidan ini memang khas untuk mengurut penyakit "sarat" bayi.


2. beli ubat sarat di toko cina yang telah dipercayai sejak lama dahulu.pelbagai jenis ubat yang dijual untuk penyakit ini.


ada ubat dalam bentuk debu, pekat macam dodol atau cecair. tp selalunya kami beli ubat debu sahaja.


ubat debu ini caranya dengan mencampurkannya ke dalam air susu (botol) dan diberi kepada bayi. xkan beri pada bapak pulakn. heheheh. beri biar cukup 3x sehari, baru berkesan.


ada juga ibu yang nak senang, tera lumurkan kat puting susunya dan terus bari baby hisap susu badan.ada juga yang mencampurkan serbuk ubat itu dengan air kemudian lumurkan ke dalam mulu bayi, kemudian terus bagi bayi hisap susu. Namun kedua-dua cara ini ada kesan yang tak elok kepada bayi.oleh kerana serbuk itu panas, ia boleh menyebabkan mulut bayi di tumbuhi ulser. bentuknya bintik- bintik kecil bewarna putih.


kalau ada ulser dalam mulut bayi...ubat yang orang kampung slalu guna adalah sapukan sedikit isi durian di dalam mulut bayi. isi durian panas dan akan menghilangkan ulser tersebut.kalau di bawa ke doktorpun ada losyen yg akn diberi.namun kedua2 cara akn ambil masa juga 2,3 hari utk hilangkan ulser tersebut.


kepada ibu-ibu,pastikan ulser tersebut bukn kerak susu ye.kalau kerak susu, bayi tidak akan sakit.kalau ulaer, bayi akan menunjukkan rasa tak selesa pada lidahnya.bayo akn selalu menjelirkan lidah, tidak atau kurang menyusu atau menangis. kalau obu confiua bawa sahaja jumpa doktor.tp biasalah kami orang kampung tidak cepat bawa ke doktor kalau sakit begini. itulah orang kampung..ada kelebihan dan kekurangannya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 16, 2011

bayi tumbuh jerawat?

Orang kelantan kata apa yang tumbuh paxa pipi bayi baru lahir 'kenan' .tp orang KL kalau awbut kenan maksudnya bayi yang lahir dwngan kecacatan pada badan twrlenanlan sesuatu diaebabkan ayhnya melakukan seauatu atau sebagainya.


Tapi sayapun konfius apa yang naik kat muka bby umar. Nak letak apapun saya xtahu.makin hari makin tebal pula naik biji-biji briai cecair putih kat pipi dan sdilot di lehernya.

Mungkin boleh cuba bedak sejuk kot. Maanya belum cuba letak lagi. Cuma baru sekali letak bedak.tp nampaknya tak jalan......ada cadangan tak?


Published with Blogger-droid v2.0.2

pusat anak Bernanah?

Harini saya perasan kat barut  perut anak ada lekat cecair kuning.tanya umi...sah bernanah dah pusat umarr.apa yang sayaa dh mkn...rupa2ny sebab saya mkn kuih dan bahulu.kuih tu ada telur.

Walaupn jahitan dh smbuh,ibu kena beringat utk anak pula.gelabah saya.sian umar.sb mulut emak..anak yg kena


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 15, 2011

hari ke tujuh berpantang.

Alhamdulillah,hari ini hari k 7 sy berpantang.nurse dtg k rumah utk kali k2 utk cek bby,tp um utk timbang lagi.katanya akn dtg pada hari ke 18 nnti utk timbang. Bby umar tidak menunjukkan jaundis yang teruk.tali pusatnyapun sudah mengering. Kata nurse kalau nak cepat lering,kita kena rajincuci tali pusat.ank dia dulu 4hari dh kwring dan tanggal. Rahsianya dia akn cuci dengan ubt tu 2jam skali.oooo...baru saya tahu.pytla ank2 saya lambat tanggal tali pusatnya.sb kalau tukar lampin baru saya cuci pusat.rupanya kena cuci sekerap mungkin.

Mungkin  berguna kepada bakal ibu atau yg baru melahirkan ye.cuci tali pusat ank sekerap mungkin.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 12, 2011

Alhamdulillah...

alhamdulillah,saya selamat melahirkan ank k 4 kami pada ;umaat 9.12 yang lalu. kelahirannya pada pkul 3am,re2ki daripada Allah,saya senang melahirkannya walaupn tanpa ibu atau suami di sisi.

beratnya 3.3kg.kini tengah pening memilih nama.abahnya bekenankan umar al-Qayeem, saya pula berkenankan nama yang pendek,simple dan senang dipanggil.saya suka kalau diletakkan umar sahaja$ letak panjang-panjangpun bukan disebut habis. tapi blum ada kata putus lagi.

hari ini hari k4.nampaknya umar ada tanda2 nak kuning@jaundis.aiii, musim tengkujuhni risau betul kalau anak kuning,sejuk lagi suka dia tidurm mataharipun tak ada untuk menjemur anak nanti. memang sekarang doktor dan nurse marah kalau kita menjemur anak yang jaundis,tapi sehingga sekarang keluarga saya tetap melalukannya dan alhamdulillah,ia masih lagi berhasil,disamping usaha memandikan dengan daun belimbinh buluh,atau daun dukung anak atau daun kekabu dan kulitnya.disamping itu boleh juga jika ibu meminum susu kambing dan memberikan susu badannya kepada si bbayi.namum tidak digalakkan memeberi susu kambing terus kepada bayi kerana susu kambing panas.

Thursday, November 24, 2011

Scan

gambar: ehsan goggle...xpernah pula saya scan bayi nampak seluruh badan macamnie. hehehe.tapi cantikkan nampak seluruh badan dia ;)


alhamdulillah, mama nie, lepas maghrib tadi, saya ke Klinik Dr Dahlia Selayang baru bersama family. Tujuan utamanya adalah untuk scan bayi buat kali terakhir sebelum balik kampung. Ingin tahu kedudukan kepala dan urinya serta kesihatan dan beratnya.

alhamdulillah, setelah penantian dari 8.30 hingga 10.15, baru dipanggil masuk (sabar jelah, orang ramai dan sorang-sorang lamenya jumpa doktor) anak-anakpun dah naik boring..macam-macam peel dah diaorang buat kat klinik tu.

doktor kata:

-sekarang saya dah 36 minggu..lambat lagi nak bersalin.. penatnya bawa perut mengalahkan orang dah 39 minggu.....(insya Allah...semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada semua ibu-ibu yang sabar membawa kandungannya ke sana-kemari)

-berat baby sekarang sudah 2.5kg dan mungkin akn bertambah lagi 880 g sebelum lahir nanti...wah....akan jadi 3.4 ++kg lagi....harap-harap tidaklah terlalu besar. orang tua-tua kata, kecil di dalam tak apa, senang nak keluar.

-keadaan uri sihat dan tidak mengganggu pergerakan bayi untuk keluar nanti-sebab sebelumni uri saya ke bawah..alhamdulillah, semoga Allah selamatkan semuanya.

-Kepala bayi juga sudah ke bawah dan sudah turun. mungkin itu yang menyebabkan saya rasa sangzt berat dan mempunyai masalah untuk buang air. insya ALlah, kepala tidak akan berpusing ke atas lagi, unless kalau terhentak atau jatuh terduduk kata doktor..nau' zubillah....sebelumni kepala bayi asyik berpusing turun naik aje....

-berat saya sekarang dah mencapai 62 kg..beratkan..saya perhatikan dari ank pertama hingga ke 4 ni, berat masa mengandung dan selepasnya juga ;) ...asyik bertambah aje...tak pernah berkurangan..nampaknya kena menabung untuk beli saunala lepas ni. dengar kata sauna boleh menolong menurunkan dan menguruskan badan.... :).... ish..ish...ish...nafsu perempuan yang 99..... ;)

Wednesday, November 23, 2011

Sebelum Bersalin...aku teringin......


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog saya....huk aloh..ada pembaca setiake? hahahaah. pembaca setiatu saya sendirila...sehari buka blog sendiri 3,4 kali baca entry sendiri dan senyum sendiri...

tapi tak apa.....saya suka....gembira dan puas hati bila isi hati dicurahkan di sini....buat pengajaran, pedoman dan menandakan saya masih lagi di sini...

saja nak sharekan perkara-perkara yang saya teringin nak lakukan sebelum bersalin... tarikh bersalinnya 15/12 nie. tapi khamis mlm jumaat terdekat ni (lusa la tu) saya akan balik ke Kelantan bersama anak-anak lebih awal untuk preparation bersalin di sana. tapi dalam hati sayani masih tertinggal saki baki perkara-perkara yang sangat ingin dilakukan sebelum bersalin dan mungkin tidak dapat tunaikannya..sedihpun ada, namun apa nak di kato......masa mencemburui saya....

ok, jom saya senaraikan apa yang ingin lakukan...hehheheh

1. ingin sekali nak jahitkan baju kurung anak-anak perempuan saya sendiri sebelum bersalin. kain cotton murah dah beli, tapi seharian dengan ank-anak memang tak cukup untuk memotong,apa lagi menjahit + pergerakan terbatas untuk membongkok kerana memboyotnya perutt :(

2. Ingin sekali menjamah cup cake cheese orio. samaada menempah (xsabar nak makan) atau (buat sendiri- kerana orang yang nak ditempahtu susahnya nk di contact)bila goggle, memang senang,tp barang-barangnya tu aduhai..kena ajak suami pi beli...dan biasala bila hujung-hujung bulan, fulus laisa kasirannnn.... bolehje nak beli, tp fikir-fikir malas+nk makan cepat+takut tak menjadi= teringin tingggal teringin.

3. ingin sekali membuat hasil kraftangan menggunakan felt. sudah saya usha banyak blog untuk beli kain felt nie, tapi pelbagai masalah pula yang timbul. last sekali terfikir, sempat sampaike kain felt dan sempat buatke, dah nak bersalinnie. balik kampung kang,asyik mengadap felt ajer, anak-anak terbengkalai, takkan ummi pula yang nak tolong uruskan anak-anak. maklumlah, saya ni kalau buat sesuatu, yang lain sume terbengkalai. maka niat itu di kepit-kepit.hahahah macam nak buang air kecil kan..hahahhaha...memang itulah gayanya...tak sabarrr, tapi tak boleh buat...

Namun disamping keteringinan itu, ada banyak enda yang wajib saya sattle kan sebelum balik kampung ,kerana masa saya datang semula nanti, saya sudah ber bayi kecil (sila jangan tiru ayat yang salah ini, heheheh) dan dalam pantang hari ke 16.....jadi, wajib lakukan sebelum balik....

1. kemaskan sekemasnya bilik yang selama ini hanya dihuni oleh baju2 yang berselerakan. kena clearkan betul-betul, buang apa-apa yang menyempitkannya kerana mungkin ummi akan datang temankan saya di sini barang seminggu. manala ummi nak tidur nanti...kesian ummi.

2. Nak clearkan semua sawang-sawang di dinding dan syiling-syiling rumah serta kipas-kipas, kerana kondisi sekarang rumah sudah banyak habuk, bahaya untuk bayi baru lahir nanti

3. Nak bersih dan rapikan bahagian dapur, supaya balik waktu pantang nanti, dapur tidak semak dan senang nak minta suami tolong masak atau ummi nk masak. lagi-lagi bila ada tetamu berkunjung, takdelah malu sangat dengan keselerakan dapurtu nanti. (sebab rumah kami kecil sahaja, duduk kat ruang tamu, terus nampak sehingga ke dapur.

4. yang paling penting paking baju sendiri,baju anak-anak dan barang-barang baby..semuatu belum lagi saya lakukan. nak kena segera nie. takut tertinggal apa-apa yang penting.


haa, tengok begitu banyak sekali benda yang nak dibuat sehingga tak terbuat apa-apa....asyik berehat...berehat...berehat...banyak mengah dan sakit urat dan bawah perut sekarangni, berdidi lamapun tak bolhe, bergerak banyakpun mengah.....hahaha + malaspun adooooooooooooooo.....

ok, semoga saya selamat balik bersalin, dipermudahkan bersalin, senang dan selamat dan selamat kembali ke sini semula untuk menyambung perjuangan yang belum selesai bersama keluarga tersayang ..doakan saya selamat ya kawan-kawan...aminnnnnnnnnn


Sunday, November 20, 2011

membawa rajuk yang sarat di hati ;(

org tua merajuk memang buruk.
budak merajuk senang di pujuk.
orang mengandung merajuk........waduh nk pujuk hati sendiripun perlu dipupuk berhari2..
hari ini gagal lagi nak pujuk hati sendiri...
merajuk dengan mesin jahit...
kalau belipun ..kalau nak gunapun disekat-sekat...buat apa
kalau ada mesinpun, kalau hobi tak di sokong, lagi menyakitkan hati...baru nak pegang je, macam-macam agenda lain...
setakat nk melilau mencari kedai, servey2 tak habis-habis...penat badan jerlaaaaaaaaakan...duit nk beli belum cukup.
rajuk hati susah dipujuk....
biarlah hati sendiri membawa rajuk yang teruk...mengenangkan hobi menjahit, mata selalu berair...
teruk betul orang mengandung merajuk nak mesin jahit....hurmmmmmmmmmmmmmmm

Saturday, November 19, 2011

mesin jahit merajuk dan aku

Sudah 2 hari ia sakit. ku tak mengerti kenapa. benangnya tidak mahu lekat pada kain bila di jahit. sudah pelbagai macam cara ku cuba, tetap tidak mahu lekat. adakah ia sudah jemu padaku? sepasang bajupun belum berjaya aku sudahkan. Hobi yang sangat sukar di raikan adalah menjahit. ahli keluarga kurang berminat, ada yang merungut tiada masa untuk mereka. sedangkan aku sendiri...huhuhuuhhuuhhu.....adakah punya masa untuk benda kesukaanku...sungguh...sungguh...sungguh menyedihkan..uhuhuhuhuhhu.....

mood: merajuk :(





Tuesday, November 15, 2011

barut perut

saya punya warna putih aje
manala mereka dapat kain lawa gitukan?


Assalamualaikum semua,

tentunya semua sudah tidur kan. ehheheheh, saya? kini dah pukul 4.15 pagi. biasalah dengan hobi baru iaitu menjahit. Malam ini saya cuba menjahit barut perut bayi. contohnya saya pinjam daripada rakan sekolah.

kebetulan, ada kain putih utk buat baju sekolah dalam 1 meter kat rumah. kawan suruh beli kain cottan putih, biasala, saya suka sangat menderhaka, guna kain baju kurung sekolahtu pulak. dahtu pulak, kawan suruh pi beli tali kain nak ikat kepala kat telekong solat tu untuk dijadikan tali barut perut, saya pula cuba buat tali sendiri mengunakan kain lebihan kain putih itu juga.. namanya dah menderhaka, mestila kena tulah.hahahhahah, hasilnya, tak berapa menjadi.

entah kenapa, bila nak masuk barut perut ke dua, mesin jahit itu meragam, jahitannya tak mahu lekatla...asyik keluar benang panjangje, xnak melekat pada kain yang dijahit.bimbang pula kalau-kalau mesin pinjam saya tu rosak. terpaksalah saya men @restkannya@ barang semalaman lagi, mata saya juga sudah penat..namun seronok. apa-apapun kena tidur dulu,pagi esok mahu ke sekolah.

suami sudah minta saya ambik crk, kerana kasihan melihat sayang yang sudah sarat, namun, ada sahaja kerja di sekolah yang tidak membenarkan saya men rest kan diri dirumah. termasuklah temu janji dgn tuan guru jahit saya kt sekolah. hari ni guru membawa mesin jahitnya utk untukkan kepada saya cara menyambung pesak dengan kikik dan seterusnya menyambungkan lengan dengan badan.huhuuhuh. sungguh mengujakan.kelihatan pergerakan mesin dan tangan guruserta hasilnya amat menakjubkan, smooth ajer, jahitanpun langsung tidak berkedut...tidak seperti jahitan saya..nampaknya kena jahit dalam 10 pasang bajulagi untuk meng improve kan seni jahitan saya ni...


huwwwwwwwwaaa..sudah mengantuk.ok..selamat malam dan selamat beradu...assalamualaiikum

zzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.....

Monday, November 14, 2011

lagi bab menjahit

assalamualikum, di saat ini, saya bri sahaja lepas mencantumkan kesemua part-part untuk baju kurung.. sukanya hati bila melihat pesak dan kikik sudah tercantum dengan badan dan tangan.huwakakakakkakakakka... tapi saya masih belum sembat utk leher, tangan dan hujung baju kat lutut tu.

dengan bersemanagtnya, saya cuba menerai hasil jahitan saya...isk..isk..isk..sedih betul, terkecillah pula. saya memang ukur tepat dan potong kain depan kawan yang menjadi guru tak rasmi saya tu..tapi kenapa boleh terkecil sahlah memang salah saya ,ketika menjahit, mungkin saya dah terjahit lebih dari basi....lagi sekali saya tention...

dan saya terus ambil kain untuk buat baju asma' yang telah di jahit tepi. saya cantumkan perlahan-lahan. bila sampai tang kain...alamak, kainnya saya potong jalur melintang. rasanya aritu dah perhatikan betul2 supaya kaintu saya ambil menegak mcm part badan..ish..ish...tak sangka betul, tersalah jugak..xapalah. cuma bila saya nk jahit kain tu, rasa was-was pula. saya tangguh dulula, kawan saya minta saya bawa mesin jahit ke sekolah esok, boleh saya minta dia tunjukkan cara jahit yang betul nanti..entah ada masa kosong atau tak kat sekolah esok, harap-harap adalah masa saya nk belajar nanti.

saya ada dengar kat kolej komuniti ada buat kelas jahitan denagn harga yang murah.. berkenan betul saya nak masuk kelas jahitan. saya mesti belajar cara yang betul untuk menyambung dan menjahit setiap part badan. ni main ikut dan sambung je, langsung tak kemas....sempga impian saya akan mudah telaksanan...bilalah agaknya..kalau ada bby nanti,mseti makin isbuk...sempatke nak menjahit.huhuhuhuh

Saturday, November 12, 2011

Pengalaman pertama dalam jahit baju

assalamualaikum,
di pagi buta nie, saya mencoretkan sesuatu di sini, saja ingin mencurahkan rasa hati yang sedih tention. ngada-ngada punya ayat.hehehehehhe

hari ini secara rasminya saya belajar menjahit di rumah, dengan menuntut ilmu potong baju dari rakan sejawat secara tak rasmi di sekolah, maka sayapun mulalah menjahit,tengahhari tadi, gigih saya pergi ke kedai untuk jahit tepi 2 pasang baju kurung yang sudah saya potong.

nama lagi pengalaman pertama....sungguh menyakitkan,bagai menjahit hati sendiri. setiap kali saya menjahit, jahitannya bengkang bengkok,macam ular kena palu. tangan saya gagal untuk mengkordinasikan kain agar berjalan dengan lurus. jahitannya juga berkeriput, penat tau saya mengukur,potong dang pinkan dengan jarum peniti,akhirnya pesak dan kekeknya berkeriput dan tak sama panjang. alat penetas yang saya baru beli juga hilang...aduhh...dugaan-dugaan. itu belum lagi dengan gelagat anak-anak yang banyak karenah. mentang-mentanglah mamanya nak buat hobi baru, ada-adaje perangainya....

akhirnya leher saya rasa sangat sakit. macam tergantung batu besar atas heler, berat dan menyakitkan. mungkin sebab saya asyik mengendap jarum kat mesintuje semasa menjahit..huhuhuhuhhu...

dengan jahitan yang tak menjadi, kain yang di potong rosak, leher yang sakit, belakang yang lenguh,anak-anak yang bergusti...betul-betul membuatkan saya tention.huhuhhuuhhu......

ingin saya paste kan jahitan2 yang rosak itu, namun xdaya saya naksnap gambar yang menyedihkan di pagi hari..nanti2lah saya kongsikan ye. arini anaknda Muaz ada peperiksaan utnuk masuk tahun 1 di sk kebangsaan dan sek agama, harap-harap boleh buat yang terbaik ye Muaz....mama doakan kejayaanmu anakku.

Thursday, November 10, 2011

HATIKU MEKAR 2



Assalamualikum..... bersambung ke segmen ke dua hatiku mekar mewangi.
malamnie, usai solat maghrib saya dan anak-anak keluar sebentar dengan suami. pergi mana? hahahhaha...sila senyum ye puan-puan....

ke kedai alat-alat jahitan. kenapa...ya..kerana ingin membeli ini....
yang paling kanan tu tak berapa nampak. itu adalah penetas benang.

maklumlah, bila jahit, selalunya jahitan saya macam ular kena palu.kalau takpun jahitan sebelah bawahnya bergumpal. maka, wajib ada penetas nie. taklah saya terkial-kial gunakan gunting untuk keuarkan semua benang yang tak betultukan.

sebenarnaya kalau diikutkan alat-alat asas saya nie belum mencukupi, xada kapur penanda, apa lagi ye...hurm...tapi xperla, kapurtu bisa diganti dengan pensil sajakan...atau cilok kapur pendek2 kat sekolah aja.hahahahha.

saya meneliti pita ukur tu, xpaham pula saya....mana pernah pegang sebelumnie, xada tanda cm ke, m ker, inchi ke...kalau pembaris ada tandakan. saya beli yang besau punya. padahal si apek tu dh bagi yang kecil, tamak haloba punya pasal,dlm hati kalau besar lagi senang nk ukur.kakakka, maka saya ambil yang besau dan warna pinky lagih...hahahahha

semuanya dalam rm 17.++. balik ke rumah dengan bersemanagtnya saya nak melapah kain. (ayokkk...mcm melapah daging korban pula, mentang-mentangla baru lepas hari raya haji).rupa-rupanya...alamak, kain cottan belum beli lagi..lupa pula saya nk beli tadi...adui...tak apalah...sabar....esok, mungkn selepas sekolah, saya terus berdezuppp ke kedai kain bedekatan, usha kain cottan murah dalam 2 meter untuk try buat baju kurung Asma '. lepas belitu baru berdezupp ambil anak-anak dari sekolah dan dari pengasuh. amboi..berangannn. entah berani entah tak saya nk keluar ke jalan raya besar... bila pikirkan jalan nk u-turn tu .husssssssssss.......kecut perut....

apa-apapun...malamni hati saya berbunga-bunga lagi.

Wednesday, November 9, 2011

HATIKU MEKAR 1



Assalamualikum semua.....

sudah 4hari saya tersenyum sendiri, kenapa? hhahahhahahah,mari gelak sama-sama. ini berkenaan dengan minat hangat-hangat tahi ayam sayalah....mesin jahit....

beli mesin jahit baru??? ooooh...belum lagi. tp saya pinjam dari kakak ipar saya. brand WORLD STAR model WS 168.
inilah dia mesin pijaman saya...hahahahha.. ;)
sila abaikan lukisan kaligrafi ank saya kt dinding tuye.


wah seronoknya rasa hati. setiap kali balik dari sekolah, mesti rasa tak sabar untuk memandu ujinya...tetapi apakan daya, anak-anak lebih utama, banyak betul aktiviti anak-anak yang membantutkan keinginan saya untuk men test drive mesin jahit itu. sekarangni saya cuma berjaya menjahit 3-4 helai kain sarung baru, jahit 2,3 helai bju yang tetas jahitan dan koyak.

mula-mula bawa balik tu,hati mekar bagai sekuntum bunga ros yang mengembang...macam orang mula-mula dilamun cinta pula..hihihihihi...tapi, masih terkial-kial untuk mengeluarkan benang bawah ke atas. rupa-rupanya semasa menolak jarum ke bawah,kita kena pegang hujung benang atas tu,barulah benang bawah akan naik ke atas.kakakakaka... memang saya xpandai.

sekarangni,jahitan saya bengkang bengkok...tak boleh nak lurus lagi,mungkin memerlukan banayk practice, hai...nampaknya kena cepatnie,xkanla nak pinjam mesin orang lama-lamakan..ya incik suami, sila pikir-pikirkan nak cari ongkos untuk beli mesin jahit baru untuk si isteri ye...hahahahhahah....


kenapa jahitan bahagian bawah kain tu berserabut ye? salah saya ke? apapun saya masih mencuba untuk memahirkan diri. di saat ini saya sedang memikirkan nk membeli mesin jahit dari kenalan lama yang berada di Kuantan. kerana sudah membeli mesi n jahit baru Brothers, maka mesin jahit lamanya BUTTERFLY nak let go. buat apa simpan dua-duakan. saya amat berminat...namun, terfikirkan bolehkah saya menggunakannya.takut tak pandai sebab ia sedikit berbeza.
imej dri mr goggle.
tp yg kawan saya punya portable..saya musykil skit part ada tali dan motor tu...

ada sesiapa yang pernah guna atau mempunyai model seperti ini. sila beri tunjukajar dan pedoman. adakah penggunaannya senang dan tahan lasak?


Wednesday, October 26, 2011

Doa terkena minyak Panas


Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di dunia maya.

alkisahnya, semalam saya menggoreng ikan keli. anak-anak amat gemar makan ikan keli kerana isinya yang lembut dan manis, apatah lagi kalau dapat ikan keli yang baru dan fresh kan... namun, bila nak menggorengnya...sangat membimbangkan. minyaknya akn melepoh2 dalam
kuali, kalau lambat tutup dengan tudung periuk,memang akan terpercik minyak panastu. awas ye, kalau nak menggoreng ikan keli, minyak sume anak-anak jauh dari dapur.

ok..kembali kepada kisah saya semalam, saya yang kononnya nak menjimatkan minyak sebab kalau minayk utk menggoreng ikan keli, saya tidak akan campurkan untuk menggoreng ikan lain kerana baunya tidak menyenangkan hidung saya. jadi sedikit sahaja minyak yang berbaki dari gorengan ikan keli semalam. setelah masukkan ikan...apa lagi,minyakny aterpercik dengan banyak sekali,paling besar terkena kaki saya,rasanya dalam 1 sudu ia melayang ke kaki. selebihnya terkena ke lengan dan muka. pedih tu xsah nak katala kan.

kalau ini terjadi pada diri anda atau sesiapa sahaja, baca doa ini. saya warisi dari aruah nenek saya. semoga Allah memberi ketenangan dan kedamaian kepada rohnya di sana,amin:

21:69... (tapi di tempat nama nabi ibrahin tu tukarkan kepada nama orang yang terkena api/minyak BINTI emaknya)

(saya tak pandai nak paste kan di sini, cuba cari dalam al-quran ye)

maknanya:Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".



bacakan pada air ludah si pembaca dan sapukan di atas tempat yang terkena.

kes saya semalam, sebab terkena terlalu banyak,rasanya sanagt panas dan berdenyut-denyut. maka saya campurkan air liur dengan ubat gigi supa rasa berangin..alhamdulillah..dengan kuasa Allah, memang tiada kesan melecur cuma denyut-denyut tu masih lagi terasa sampai ke pagi ini.. alhamdulillah....


Saturday, October 22, 2011

Kaki Joran


Pagi tadi setelah kami sekeluarga sedang menikmati rezeki sarapan di pagi hari (jemput-jemput ikan bilis dan air teh,sgt simple kan.hhehhe) kawan suami call, ajak datang ke river stone kat
ulu yam. tujuannya tak pasti, tapi kawannya minta bawa sume anak dan kalau ada khemah bawakan sekali. apa lagi,anak-anak sanagt suka hati bila dengar nak pergi ulu yam. apa lagi kalau bukan aktiviti mandi manda..namun sebaliknya..hahahhhaha

rupanya kat river stone tu bukan untuk berkhelah di mana ada air jeram dan batu-batuan untk bermandi manda, tapi untuk kaki pancing..hahahhaha, meleset sungguh tekaan anak-anak. tapi nama lagi anak-anakkan..mana-mana ada air, mereka akan cuba jugak merendam kaki.

seramai 4 keluarga yang pergi bertemankan joran. cuma kami aje yang tidak berjoran. incik suami memang tak minat memancing. lagipun memang tak tahupun aktiviti pagi tu adalah memancing.kakakakak. tapi nasib baikla waktu nak baliktu, seorang pakcik mengajak kami ke tempat dia menahan pukat. lupa nak cakap, sebenarnya semua joran yang di bawa,tiada satupun yang mengena.hahahahha..kesianpun ada, tapi kepada kaki pancing, itu tidak jadi masalah sebab dah minat. tak dapat ikan pun xapa.

masa melihat pakcik itu menangkat pukat, para suami sume terjun dan tak lama lepastu datang semula ke tebing untuk angkut anak-anak yang usdah tidak sabar untuk mandi di jeram (akibat salah sangka). setelah puas berendam dalam air tu, kamipun berangkat balik dengan sedikit buah tangan dari pak cik zul yang baik itu..dapatlah kami buat lauk lunch tengahari tadi dengan gulai lemak ikan darat.hhaha..alhamdulillah...manis sangat ikannya.maklumla ikan segar. jom layan gambr anak-anak

anak-anak gembira merendam kaki

budak yang tak boleh main air, main dalam khemahpun cukupla.

cik abe try shoot..best kan abg SLR....x berkenan ke? hehehe

upacara menaikkan pukat

sesi mengambil anak untuk mandi manda
antara ikan yang kami dapat




Rezeki masih ada

Alhamdulillah.....

syukur saya panjatkan kepada Allah Taala kerana beg tangan yang saya hilang tu telah dijumpai..gembiranya hati saya bukan kepalang. petang tadi, jiran ujung rumah saya datang ke rumah membawa buku bank Tabung Haji saya yang sudah basah lecun kena air hujan. Suami saya mengiakan itu adalah kepunyaan saya. jiran memberitahu dia ternampak beg tangan di dalam semak di luar pagar rumahnya. suami saya terus pergi tinjau..memang beg tangan sayala..

alhamdulillah, rasanya orang yang ambil beg tangan sayatu terus ke belakang rumah jiran untuk geledah beg dan campakkan beg di situ.senangkan dia...tapi, saya tidaklah ingin tahu siapa yang mengambilnya. cukuplah saya dapat balik beg itu.kalau nk tahu boleh aje sb jiran saya tu dah lama pasang cctv setelah rumahnya dimasukki pencuri. kalau minta lihat cctv tu pasti dapat ahu sape. tp biarlah. dah dapat semulapun syukur dah.

kalau beg kulit kena hujan rosak tak ye? xtahulah saya bagaimana nak keringkannya. nasib baik tiada apa yang terkoyak, cuma basah lecun setelah 2 hari berhujan.

heheheh nk guna hair dryer pun xder untuk keringkannya .rasanya memang jemur dlm rumah jerla...tp mesti lambat kering dan tak shining lagi.nak tanya kawan2la, beg kulit boleh di kiwi dgn kiwi kasut tak? heheh, ke ada kiwi khusu untuk beg kulit?

terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mendoakan moga beg saya dapat balik. dan terima kasih ya Allah...di atas rezeki yang diberikan.

Friday, October 21, 2011

walaupun cinta, kita terpaksa berpisah.....(



huk aloh......

sedih betul dengan tajuk di atas.

di saat ini masih teringat-ingat bau dari nya
di saat ini masih terkenang saat manis bersama nya
terasa baru semalam bersama
ia ku belai,ku kepit ke mana sahaja
namun akhirnya.....kita tiada rezeki untuk bersama..

isk..isk..isk...

sedih saya mengenangkan beg kulit santa babra polo yang saya beli lepas raya aritu..regenya memang kalau nak dikenangkan,sesungguhnya dengan gaji saya yang ciput,kalau 10x fikirpun belum tentu sanggup dibeli,tetapi saya telah membelinya dengan duit kutu saya. pejam mata rapat masa nak bayar, maklumlah, saya tidaklah sesenang mana. huk huk huk.. tepuk dahi juga suami bila dia terjumpa resit pembelian beg tangan itu.


apa nak di kata, tiada rezeki saya. oleh kerana teramat sayangkannya, hari ini saya telah membeli 1beg baru regenya mampu milik..ala...beg imitation gred AA, warna hitam. jenama longchamp medium in size. tujuan sebenar nak bagi beg kulit kesayangan saya tu berehat sekejap dari membawa purse, buku nota kecil2 dan juga pencil box..rasa beratje untuk dia yang chantik itu menanggungnya. dengan tidak sabar, kat sekolah (xdan nk tunggu balik rumah dah) saya terus memunggah segala isi perut dari si cantik manis polo santa babra itu ke long champ. si cantik manis saya simpan dalam kereta, bawah seat depan, risau kalau-kalau orang nampak dan sangka beg itu ada khazanah berharga,mau di pecahkan cermin kereta saya. mulanya nak letak dalam dashbox,tp sayang untuk dilipat, takut rosak.


sampai sahaja di rumah, saya sibuk melayan si Asma' yang meragam tak mahu masuk rumah, angkut 1plastik barang runcit yang baru dibeli sehingga terlupa untuk mengangkut skali si cantik manis. sehinggalah pkul 9 ,lm, suami ajak keluar isi minyak kereta sambil ronda-ronda. si cantik molek sudah tiada di tempat saya sembunyikannya. jenuh saya mencari..sah...di curi orang. tidaklah saya mahu menuduh sesiapa memandangkan salah saya sendiri kerana tidak menutup cermin tingkap kereta tengahari tu,walaupun parking depan rumah,dalam garaj..selama nie kalau tak tutuppun takdela pulak hilang benda-benda. kata suami,sudah tidak ada rezeki. haihhhh... keluar juga air mata sedih saya mengenangkan si cantik molek saya tu..belum puas saya menggayakannya.


teringat tazkirah Dr Muhaya di IKIM..kalau orang curi barang kita, kita kena kasihankan mereka, kerana mereka akan mendapat dosa dan dihkum di akhirat. jangan kutuk atau marah mereka.huhuhuhuhuhuh.....saya tersenyum redha dalam kepahitan. insya Allah saya belajar untuk redha. semoga Allah menggantikan dengan benda yang lebih baik dari musibah ini..


"teringat lagi bisikan saya pada si cantik manis tengahari tadi, lepas nie bolehla kau berehat, tkt kau cepat rosak nanti".. bukan cepat rosak, terus melepas rupanya...jodoh kita tak panjang. huhuhuhuuhu
inilah longchamp peneman saya diketika ini...senang saya nk sumbat buku2,pencilbox dan buku2 nota kecil.kalau bawa berjalan, senang nak sumbat pampers dan baju sehelai dua. murah aje..sapa2 nak boleh ke sini. kawan saya jual.nie gred AA ajer dan in medium size. kalau yang ori...rm4++ .

oh..si cantik moleek,di mana kau berada sekarang,mungkinkah Allah akan pertemukan kita semula. doa-doakanlah semoga beg ini masih rezeki saya.esok saya nk cari sekeliling kampung,selalunya pencuri kat sini ambil barang dalam jer,pastu campak beg. arini hujan lebat sampai ke santak isyak...tentu dia sejuk, basah dan...dan...kulit? mungkinkah akan tercalar, koyak? huhuhu..aishhh....rindunya saya kepadanya.

DOA MUDAH BERSALIN

saya mahu kongsikan doa ini buat ibu-ibu yang sedang mengandung. semoga Allah memudahkan, mempercepatkan proses kelahiran dan selamatkan anak serta ibu...amin..

doa ini boleh juga di baca oleh para suami untuk isteri.

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al- Hadith Rasulullah S.A.W


serta doa ini. (saya dapat dari bidan yang selalu mengurut saya ketika saya sarat menagndung. alhamdulillah, setakat ini,dengan izin Allah, kelahiran anak saya berlaku dengan cepat dan mudah..insya allah.(heheh,penat je saya mencari al quran online utk cari ayat ni dari surah apa, tiba2 teringat add-on kat microsof word dlm pc saya dah ada, lg senang..ayoyo...tp xleh nk copy..maka saya copy di sini.ibu-ibu boleh ke sana jika font di blog saya nie terlalu kecik..xandai pula nk besarkan bila dah copy paste.hehehe)

surah at-Toriq 86:7


يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ

Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.

setelah baca ayat ini, niatkanlah di dalam hati " Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur dan barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah,cepat dan selamat, aminnn".

baca ayat ini sekerap yang mungkin bila-bila masa sahaja sambil mengusap perut ibu ya.


selamat berkongsi :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails