Tuesday, December 22, 2015

RUMAHKU SEHIJAU TAMARCOCOA




ASsalamualaikum semua.

Apa khabar?

Sudah sarapan?

Belum?!!!!, tak sempat??!!!

Jom dapatkan segera Tamarcocoa untuk menenangkan keroncong perut anda terutamanya anak anak yang ke sekolah. Biasalah ibu-ibu seperti saya yang beranak 5 ni, memang kadang kadang tidak sempat nak buat sarapan, tapi alhamdulillah..mujur ada tamarcocoa ( heh heh heh, tIru iklan pamoga) anak anak ke sekolah minum tamarcocoa, perut mereka akan tahan dari berkeroncong lapar sehingga waktu rehat 9.30 kat sekolah.😊hati saya pun tak ralat sangat memikirkan anak lapar ke sekolah tanpa sarapan pagi.

Alahai.....panjang pula mukadimahnya..cut to short.😁😝 Rumah saya di cat baru.. Cat dengan warna si tamarcocoa.. Bukan isi tamarkoko, tapi dengan warna tamarcocoa, si hijau...heheeeheeh...

nampak sejuk mata memandang... 😍😍😍😍😍😍 sesejuk tamarcocoa di hati semua pengguna muslim di Malaysia, Indonesia,Thailand dan Brunei.

Alhamdulillah.

Gambar di bawah, saya dan anak anak baru siap membasuh lantai,maklumla mengecatni.. Bertitik titik atas lantai.. Anak jantan duk asrama, kalau tak,boleh kerahkan tenaga lelakinya. Bebudak dalam gambar tu, posing aja lebeh..saya yang rebes.semua ambil gambar atas lantai yang basah,kononnya penatla tu...kan..kan...kan..

Jom layan gambar 10sen😘😘😘😘
Bersemaraklah hijau untuk tamarcocoa..halalan toyyiban





Luar Rumah Si Hijau Tamarcocoa 






Konon Posing Penat ler tu... lantai masih basah, seronok...lama tak main guling2 atas lantai basah sejak umur tua ni. 





hijauuuuuu gak. 








Monday, December 21, 2015

BELI TAMARCOCOA

Nak beli tamarcocoa, tapi tak tahu di mana?
Jom, beli dengan saya, stokis alhaddad Batu Caves.
Anda tinggal di sekitar Batu Caves, boleh datang ke rumah saya atau jumpa di mana2 yang saya mampu ( malam sahaja,siang saya kerja)***
Yang berada jauh, jangan bimbang, saya boleh Pos Laju, atau Pos Domestik Biasa.
Mahu segera, tak larat tunggu Posmen, COD juga dengan sedikit cas minyak. 
Siapa yang boleh minum tamarcocoa???
kanak-kanak seawal 2 tahun kerana ia tidak menyebabkan sembelit.
 ibu mengandung kerana ia menolong menstabilkan Hb anda.
 ibu yang menyusu kerana.kandungan koko dan tamar membantu memeriahkan susu anda.
 pelajar yang lambat pick up atau lemah kerana kandungan kurmanya mampu memcerdaskan otak dengan pengambilan berterusan.
 orang tua yang tidak lalu makan atau tidak bertenaga kerana kandungan tamar dan koko nya boleh mengenyangkan dan memberi tenaga segera untuk di serap oleh tubuh.
Hubungi saya
Shafida
0192298791

*** sekitar batu caves, kebiasaannya di Stesen Minyak Petronas Giant Batu Caves, Stesen Minyak Taman Melati, Tabung Haji/KWSP Batu Caves (masjid Amaniah)

Sunday, December 20, 2015

Oh aplikasi blogger di andriod

Memang geram dan teruk betul aplikasi blogger di android. Tak dapat post langsung kalau kita masukkan gambar. Haihhhhh.. Tak jumpa lagi aplikasi blog untuk android yang semudah blogger
Ada sesipa yg tahu aplikasi yang mudah nak handle dgn hp?

Thursday, December 17, 2015

ANAK PENGHISAP TANGAN?

Cerita ini,cerita saya zaman kecil.

Zaman kecil saya, saya seorang yang suka a.k.a ketagih hisap jari.  Saya meniru kakak sulung saya pada mulanya dan akhirnya kami adik beradik jadi ketagihan atau habit hisap jari sehingga ke alam persekolahan. Tapi saya paling lama.. Hahahah sehingga darjah 2.

Bila cikgu tidak ada dalam kelas, saya akan masuk bawah meja dan hisap jari. 2 jari iaitu jadi telunjuk dan jari tengah. Yang kureng sedap dedengarnya itu, sy ketagihan hisap jari sebelah kiri..aduyai..huhuhu. Jari basuh berak tu.

Tapi alhamdulilah, arwah nenek dan juga merangkap tok guru mengaji saya( moga Allah meletakkan rohnya bersama para solehin) pandai ber psychology dgn kami sehingga kami berhenti hisap jari.. Terima kasih  tok mek😂😂😂

Sekarang anak ke 6 saya, tetiba 2mingguni mengikut jejak saya. Tiada angin,tiada ribut, tak ajarpun, dia mula memasukkan dua jari nya ke dalam mulut dan menghisap..macam sedap sangatla kannnnn...setiap kali nak susu atau lepas susu, atau duk saja2 dia akan menghisap jari.. Haihhh.... Macammana ni..

Mengikut pengalaman saya dulu, penghisap jari ni banyak keburukannya.

1. Of course buruknya pemandangan kann..kann.

2. Lama2 bibir boleh terjongkit naik.ditakuti juga ke jongangan gigi boleh berlaku. Jari juga boleh menjadi lwbihbkecil atau bengkok sedikit dari jari lain.

3. Anak yang ada habit hisap jari akan jadi anak yang kurang bergaul,  kurang bercakap dan suka menyendiri.. Kerana mereka ada jari sebagai kawan, sebagai lawan ( eh... Gurua je) sebagai peneman setia mereka.

4. Mereka akan menjadi pemalu kerana hisap jari, kemudian mereka akan duduk di kawasan terpencil untuk bersama jari mereka.bimbang orang tengok sebenarnya..

5. Kurang makan. Kerana mereka rasa terisi dengan hanya hisap jari sahaja.

6. Terlalu sukar untuk menghentikan habit buruk tersebut hatta bila anak sudah menginjak ke sekolah rendah.

Maka sebelum.ia menjadi lebih parah, saya sedang berusaha menghentikan habit anas ini.. Susah juga..tapi kalau tak usaha kesusahan itu akan berganda2 bila nak hentikannya beberapa tahun nanti.huhuhu.

Caranya:
1. Saya cuba pakaikan anas stokin tangan.. Marah betul dia tak dapat dua jari diatu..tp bak kata pepatah, tak dapat rotan,akarpun beguna.. Maka anas menghisap stokin tangan nya pula..huhuhu..

2. Saya cuba alihkan tangannya setiap kali nk masuk mulut. Dan cuba beri dia apa2 untuk di gengam..selalunya jari sayalah.. Makanya tidak ada kerja lainla saya, hanya bagi jari untuk dia gengam.. Dahtu kerja rumah lain..bila masa nak buat😵😵😵😵.. Masa dia tidurla.. Ataupun  lari macam nk pergi sofa marwah ya.. Buat kerja, nampak dia masuk jari lari kat dia kejap, kemudian lari buat kerja balik..

Haihh..memang boleh kurusla kalau begini... Tapi tak kurus kurus pownnnnnn..

Kalau ada yang tahu cara lagi baik, tolong tinggalkan cara anda di sini ya. Tq

NAK JADI AHLI ALHADDAD@TAMAR COCOA?

Assalamualaikum semua

Pagi hari bersiaran dia atas tempat peraduan. Menunggu untuk turun ke dapur.. Heheheh

Back to the tajuk di atas.
Pemgetahuan untuk semua,

Selalu orang mesej saya akan tanya, macamana nak jadi ahli tamarcocoa. Betul dahtu, cuma sebenarnya kita masuk ahli alhaddad. Syarikat Muslimni yang memasarkan produk tamarcocoa dan pelbagai produk Sunnah yang lain seperti hababatusauda halalgel, minyak zaitun hallagel dan cecair juga, minyak kelapa dara, Omega3 halalgel,minyak biji anggur dan banyak lagi.

Nak masuk ahli tak susah, cara paling senang adalah membeli 1 pack cocoatamar dengan harga pasaran. Iaitu rm22,  anda akan terus jadi ahli.pack lain2@ barangan lain akan terus dapat harga ahli.

TETAPI👮👮👮👮👮👮

Tapi mulai 1JANUARI 2016,  untuj menjadi ahli Alhaddad ni,  ada syarat baru iaitu

WAJIB MEMBELI 3 PACK TAMARCOCOA DENGAN HARGA PASARAN,

Ini kerana barangan kita sudah dipasarkan di Thailand, Brunei dan Indonesia. Syarat untuk keahlian mereka adalah membeli 5 pack tamarcocoa. Jadi kita kena up sikit sebab kita negara pengeluar..

Janhan mare ya. Marilah kita sokong produk muslim. Boikot barangan yahudi dan syubhah.

Sekin terima kasih😁😁😁
   gambar di bawah adalah diantara produk produk keluaran alHaddad ya. Sila jamu mata

MASAM MANIS SI TAMAR COCOA

Masam manis bersama tamarcocoa

Stok sudah ada,
Semalam talian hayat menjelma,
Dapat rezeki Allah,terus byr hutang lama,
Ambil sikit stok baru untuk hanttr segera,
Bimbang customer hilang percaya

Yang mana nak post, kami cuba hantr sendiri,
Bimbang lama pula tunggu nanti,
Bersama semua ank naik kereta mlm hari,
Cari rumah, tp customer balik kampung 😰adeh mcmnerni,
Kalau di post orangnya tiada -akan kembali ke post juga,problem customer juga nnti.

Calling2 customer dia sruh hntr rumah jirannya,
Sygnya lepas bagi salam tiada keluar sesiapa,
Tidur agakny,
Sy letak dalam pagar mereka:mcmmana masuk? Adalah caranya😁😁😁...
Harap esk diaorg jumpa,
Customer balik,boleh serah dgn selamatnya.

Customer call bagitau hanya saudaramara jiran yg ada,
Tuan rumahtu tiada,
Marah pula kenapa pi letak juga,
Nanti hilang sebab kenalpun tidak muka saudaramara jirannya.

Serba salah kami di buatnya,
Cuba meringankan tapi punca masalah pula,
Sedih..penat semua ada,
Sy janjikan akan ganti barang kalau barang semalam tak kunjung tiba,
Pikirkan duit lagi nak kena bayar semula,
Tak apala... Itulah kejujuran dalam berniaga.

Moga barangan alhaddad sampai kepada semua,
Itu niat dlu bila start berniaga,
Makanan halal dan produk muslim mukmin yang utama,
Boikot yahudi dan syubhah itu selayaknya ,
Agar benih2 islam membesar terjaga,
Kelak menjadi hafiz hafizah,orang celik ilmu, beriman bertqwa masa depannya.
Cabaran kecik begini, serah pada Allah sahaja,
Dia ada untuk settlekannya.amiiinnn.

Teringat pula lagu dendangan Cakra (entah apa nama belakangnya) bertajuk 0pera cinta. Cuba dgr, tetiba sebak terasa.

Salam hari rabu semua.

Nak tamarcocoa@supliments sunnah dari alHaddad?

Jangan memalu hubungi saya
Shafida
0192298791
Boleh post ke seluruh Malaysia
COD sekitar Batu Caves.
Tq😊😊😊😊

Wednesday, December 16, 2015

TERIK TALI

Assalamualaikum
Apa khabar semua rakan alam maya. Mungkin rumah kecil saya ni tak ada peminatnya, namun, mungkin ada kawan yang terserempak atau tersadong tangganya lalu masuk tanpa meninggalkan jejak dan kesan setelah membaca apa yang ada di dalamnya....terima kasih saya ucapkan. Maaf jika ada perkara yang khapoh org kelantan kata ( sampah sarap sahaja tanpa info yang menjana minda) dalam rumah saya ni.

Kadang kala tangan ini menari di scrin retak hp sony murahku tanpa perancangan, tujuan dan tanpa rujukan ilmu terlebih dahulu. Jari ini selalunya galak menari di atas keyboard hanya mengikut emosi yang bersarang di hati.

Bulan 11 dan bulan 12 ini terasa ( terik tali) betul.apa terik tali sbnrnya.hehhehe.. Itu dalam bahasa kelantan, bermaksud genting, tak selesa, kemuncak, belum putus lgi tapi talinya teramat tegang  membawa maksud masalah yang teruk tapi belum lagi membawa kepada masalah yang sangat besar.

Ini cerita financing problem sebenarnya. 3 bulan yang lalu, kan kami besarkan dapur. Saya buat sedikit pinjaman dlm 25k juga dengan bank rakyat, sebenarnya untuk dapur dan kitchen kabinet. Saya tak sangka ia merebak kepada pembesaran sedikit di ruang tamu, porch dan penggantian pagar automatik pula. ( ini semua gara gara suami saya dengan kata kata hikmatnya "alang-alang")  ini menyebabkan kami terpaksa mengorek rm15k daripada tabung haji masing masing dan saya terpaksa melepaskan rantai tangan di al-rahnu untuk di pajak. Itupun masih tidak mencukupi. Ditambah dengan kerosakan dan cabut lari daripada tukang air+elektrik Melayu yang telah kami ambik.. Fiuwwwwww.... Lari dengan duit upah tanpa menyiapkan kerja. (ni cerita lain..... Buat entry lainla..xhabisla cerita kalau sambung bab lain ni)

Back to the story  terik tali... Huhu
Akhirnya, yeah.. Rumah kami iaitu ( kalau dalam bm salah ayat bila guna iaitu ni.heheheeh) bngunan dapur, ruang tamu,  porch siap sepenuhnya ( dengan minor pembuatan yg menyakitkan mata di ruang tamu dan kecacatan besar di dalam tandas iaitu kebocoran paip dalam dinding dan pendawaian hodoh yg dilakukan oleh si tukang paip+elektrik itu. Semuanya end up with no kitchen kabinet for me. Suami kata,insyaAllah ada KC nnti. Saya malas bertanya bila? Setahun, 2 tahun?  SEDIH? Sudah tentu, pinjaman saya utk membesarkan dapur dan kc..tidak berjaya.. Lari ke lain pula duittu. 

Sekarang auto gate ada masalah. Of course duit upah belum ada..entah mana suami sy nak cekau.

Saya bimbangkan hutang stok tamarcocoa kami dengan stokis daerah yang berjumlah rm1K+.... Bila dah ada hutang, malula nak pergi ambil stok baru sedangkan customer dah call2 tanyakan stok tamarcocoa mereka. ALLAH.. Rasa sesak dada saya memikirkan hutang itu. Nak bayar duit tak cukup.. Di saat ini, kami hanya mempunyai rm600 di dalam bank untuk survival sehingga menerima gaji bulan 12 ini..ya Allah, permudahkanlah kami.. Cukupkanlah kami dengan rezekiMu, permudahkanlah kami melangsaikan hutang kami ini.

Sesak perut memandang dapur. Saya spesis tak reti mengemas, berkotak tuppware dan tipuware serta periuk belanga lain yang perlu dikemaskan. Dah KC nya gagal dibuat dek kerana kesontokan duit... Bertimbun lah mereka secara berjemaah ditepi2 dinding. Saya tak tahu ke mana harus disorokkan. Dalam stor dah penuh.dalam bilik di bawah..ah... Malas nak menyumbat ke situ.. Buruk juga bilik yang dah sedia sempit itu. pemandangan dapur baruku tidak se gah nama dapur baru punnnn.

Saatni hati berdebar setiaop jam dan saat terfikirkan hutang stokis daerah. Hujung tahunni semua anak2 kena daftar sekolah juga.sorang mahunya 609-700 sekepala untuk yuran tahunan. Sekurg kuramgnya kena bayar separuh daripada itu. Ohhhhhhhh.... Sesak nafasku.

Saturday, December 5, 2015

PRO AND CON

Assalamualaikum, kali ini review pasal breaspump

Evelove, malish, yanh seangkatan dengannya

Pro
1 sudah tentu yang double lebih baik dari yang single kerana ia menjimatkan masa. Perlu tahu, bila susu keluar ( Ldr) let down reflect, kedua2 cik b akan keluar susu serentak. Kalau ada dua pam serentak, susu dapat di ambil dengan kadar maksimum.. Ibu akan tersenyum melihat hasil susu yang dapat dikumpul.

Conds
1. Sudah tentu keburukannya adalah banyak parts yang perlu dibasuh dan dibersihkan.
Kepada ibu ibu yang baru nak beli, memang rasa  teruja dan  tak ambil port bab byak part ni.. Tapi percayalah dan sebulan guna, kadar teruja itu akan hilang..keh..keh..kwh.. Pam memalam.. Nak basuh untuk bawa ke pejabatbesk hari sngguh memerlukan kesabaran.. Maka,masa ni..moms yang ada breast pump yang manual akan menggunakannya..

Ataupun guna  medela.. Medela xbanyak part..hanya 2 shj.. Btol dan corongnya.. Tp yg lemahnyaa...harga mehelllll..

Sekian.

PRO DAN CONS PRODUK

Assalamualaikum, kali ini saya nak share Gene Bra.

Opss...maaf, bukan untuk.bacaan.lelaki ya.

Pernah dengar dan baca di fb kebaikannya.. Ya..
Pro
1. Kainnya lembut
2. Selesa di pakai especially kalau orang tu memamg tak suka pakai wired bra.

CONS
1. Span dalam gene bra mudah berlipat bila nk pakai.
2. Span untuk menampung Cik B tudak dijahit sekali dengan kainnya. Maka ia akan bergerak2. Masa nak pakai kena betul betulkan juga.bagi saya agak rumit.
3. Kalau nak.cepat memang herot herot spantu letakknya maka tidak selesa masa pakai
4. Disebabkan spannya tidak di jahit, untuk membasuhnya menggunakan washine machine,spannya hendaklah ditanggalkan, supaya ia tahan lama. Bila dahbkwring kaintu, nak masukkan balik.. Adeh... Perlukan kesabaran juga.
5. Gene bra ni tiada tali. Kinnya seperti kain spender..disebabkannia sepeeti baju yang tiada tali atau hook, nak pakaipun perlukan kesabaran juga.. Pernah pakai bra untuk budak2 yang macam bajubsekerat tak masa budak2 dlu.. Haaa..mcmtula.. Tp yg ni lagi ketat.. Selalu tersangkut kat tulang kipas( tulang belakang bahu)

Saya bagi 2 star daripada 5.
Tq

Saturday, October 3, 2015

ESOK SUDA 60 HARI

Assalamualaikum, berikutan dengan tajuk yang tak langsung menarik di atas.... makanya Esok adalah hari Ahad, dan Makanya Isnin adalah hari bersejarah di mana baby Anas akan di hantar ke Pengasuh dan saya sendiri akan kembali ke sekolah sebgai seorang guru...huwaaaaaaaa

Rasa tak puas cuti, badan masih sakit, Anas masih terlalu kecil, Pengasuh mestu sukar nak menjaganya memandangkan Anas perlu kerap kali di sendawakan , kalau tidak air susu akan naik masuk ke hidung Anas.. huwaaaaa..

dahtukenapa tak aal-awal apply cuti 3 bulan masa nak bersalin dlulu???? huhuuuh..sebabnya...sebabnya..sebabnyaaa...

saya nak mengandung seorang lagi anak kalau diizinkan Allah. mungkin 2 tahunlagi, mungkin njuga 3 tahun lagi. sebelum umur 40 . lepastu pencen tetap.....

apa-apapun saya mesti merancang bagaimana perjalanan hidup saya mulai hari ini.. yelah, sepatutnya dah sebulan yang lalu kena racang dah, bukannya sekarang..well....i know me... just me know myself bettrer , right????  perancangan memang last minute sokmo.. dan kelam kelibuttu semamngnya dah tertempel di dahi saya..

Isninni akan bermulalah ke rushingan saya setiap pagi, berpeluh ketiak lepasni...mengankut dan memujuk Umar dan mengankut baby anas dan segala keperluannya masuk rumah pengasuh.

kelas berluma seawal 7.10 pagi iaitu kelas Tasmik al-Quran. agaknya pukul berapa ya saya perlu keluar rumah.. 

  • perjalanan dari rumah ke rumah pengasuh dan sekolah yang juga terletak belakang rumah pengasuh dengan menaiki kereta kancil buruk saya... mungkin memakan masa 10 minit. 
  • loading anak-anak dan barang-barang mungkin 10 min juga. 
  • perjalanan dari rumah pengasuh ke sekolah, nak parking dan lari ke tingkat satu unutk punch kad mungkin memakan masa 10 minit juga...
  • hurm.. agaknya 6.30 saya dah kena berada dalam kereta siap dengan umar, baby dan barang-barang kot.. huwaaaa... 
  • makanya subuh sepeiee dah kena bgn utk mandi dan solat serta pakai baju nak g sekolah. umar xpayah gerak, hantr busuk air liur basi gitu aja. anas, cuma tukrkan pampers dan bajunya. tentu dah nocor. anastu xsah kalau bangun pagi pakaiannya xbasah kena kencing. tidur meniarap ataupun sneget ke kiri atau kanan menyebabkan air kencingnya keluar ikut tepi pampers. (sebab suka naik air susu ikut hidung dan xpandai sendawa)
  • pkul berapa pula saya nakkena pam ssu untuk bekalan fresh anas nanti..huwawawamungkin 4,30 la saya kena bangun setiap harikan..kan..kan.. 

hasilnya juga, saya kena tidur awal. mungkin 9.30 mlm. itupun baru 7 jam tidur..wahahaha..nak tidur berapa jam cikda weiiiii.....

Wednesday, September 30, 2015

MENYUSUKAN ANAS DENGAN FULL BREAST MILK?

Assalamualaikum,

hai, bertemu sekali lagi. lari ke sini sekejap dengan tajuk di atas?

saya kurang berkeyakinan untuk menepuh segala liku-liku ber full breast feed anak sekali lagi.

kesulitan dengan pengasuh- takut pengasuh kurang selesa.
  • -pengasuh merasa terbeban untuk menyimpan susu saya ke dalam peti sejuknya.
  • -pengasuh terbeban untuk memanaskan susu EBM sebelum diberikan kepada bayi saya.
  • -Pengasuh tak pandai nam budget pukul berpa nak dipanaskan, dan pukul berapa bayi saya lapar dan  nak minum susu.
  • -saya risau kalau-kalau pengasuh tidak ingat sudah berapa jam susu yang telah dipanaskan itu berada di luar, kerana susu yang telag dipanaskan  hendaklah diberikan kepada bayi jangan lebih dari 1 jam sahaja. dan jika susu yang tidak dihabiskan dalam masa 1 jam , perlu di buang dah. xboleh sambng minum beberapa jam berikutnya walaupun tidak menunjukkan basi.
  • memang ada penyelesaiannnya, boleh bgi penerangan ataupun nota dan sebagainya, tapi kesimpulannya ia akan menyebabkan pengasuh terbeban dengan segala macam do and dont untuk kendalikan susu ibu. banyak lagi bayi lain yang dia nak kena jaga, nak masak untuk budak transit, nak kemas mana yang patut dan sebagainya.. 
maka, setiap kali saya memerah susu dan menyimpannya di dalam peti ais, sebak rasa di hati... mungkin kah akan terjadi fully breastfeed saya terhadap anas sekurang kurangnya setahun akan tercapai????? sedihnya...
















Sunday, September 20, 2015

Kitchen kabinet

Assalamualaikum...

Bagaimana dengan kawan kawan yang sedang buat reno rumah.. Tentunya bahagia bila yang di plan menjadi,kan..Alhamdulillah.

Sayugianya...seusai rumah yang saya belini siap, saya sudah mula mengimpikan sebuah kithcen kabinet yang simple tapi memenuhi citarasa..bermula pada katika itu juga, saya terus mencari cari gambar kitchen kabinet yang variasi di Internet, print screen dan menatapnya hari hari. Bila kami masuk rumah budget tak ada untuk Kc. Maka saya pendamkan segala impian kc dalam pc saya.. Xapa, ada rezeki boleeh buat lain kali.

Sayugianya Kini.. Saya Sedang reno dapur..sekali lagi saya membuka folder kc dalam pc dlu tahun 2010.. Saya INGINKAN kc yang berbentuk u atau L yang sederhana kecil dan bersambung... Senang nak buat kerja dan tak perlukan pergerakan yang jauh.. Org kata segitiga perherakan Tu jauh.. Segitiga ( sinki, dapur dan peti) Sb Tu bntu u lebih praktikal.

Saya sudah penatt dengan dapur rumah umi yanhg memerlukan pergerakan yang banyak.. Ke sinki..ke dapur gas.. Ke tempat gula.. Penat kaki kat dapur.

Kini, walaupun reno belum siap dan kc belum pun tempah lagi..saya dh nampak kc impian saya tidak akan menjadi kenyataan juga. Tetap sejarah berulang di mana ia bukan kc yang saya impikan.. Ia hanya berbentuk panjang dan ada dua bar panjang begitu. Satu pada dinding sebelah kanan.Dan satu.lagi pada dinding sebelah kiri. Nak.buay u xboleh. L PUN XBOLEH JUGA.

ini gara gara pintu yang di Bina di tengah2 dinding dapur dan ada dua tingkap yang besar di Bina di dinding satu lagi... Penat rasanya selamani saya skodeng gambar kc.melayari impian untuk ber u atau ber L yang sempit.. Tak perlu besar kerana saya cepat Lenguh kaki dan sakit urat. Tak betah berjalan ke sana sini di dapur. Makanya.. Reno itu hanya untuk membesarkan dapur, mewujudkan almari2 bawah dan atas untuk tempatkan periuk belanga dan segala barang dapur supaya tak nampak berselerak.. Tapi, untuk memendekkan dan mengecilkan pergerakn saya di ruang dapur, tidak dapat mencapai matlamatnya.

Maka, Ibu ibu yang hendak reno rumah..plan dlu kc anda, baru plan tingkap dan pintu dapur anda..Jika tidak, rugila duit yang anda laburkan hanya untuk luaskan rumah, bukan untuk kerehatan kaki anda anda !!!!!!

Gambar ini bolehla di buat santapan mata ibu ibu yang baru nak reno.Jangan Jadi macam saya.



Monday, September 7, 2015

BREAST PUMP BARU

Start seminggu lepas Anas lahir, saya mula gatal tangan meng servey breastpum baru.. hayaaaa..nak habis duit lagila tu. makanya hari demi hari, kebanyakan masa saya bersama Anas, saya juga habiskan masa dengan skodeng blog blog, review-review pasal breastpump yang ada di abad ini. heheheh. . untuk membuat stok, harus ada mood. untuk ada mood harus rasa gumbira, untuk ada rasa gumbira  harus ada  gadget baru.. dan haruslah yang new. akan ada sahaja alasan untuk membeli a new gadget. 

Alasan terkuat kali ini adalah  medela mini -e saya berbunyi terlalu kuat dan ia adalah single pump untuk di bawa ke sekolah nanti agak memalukan kerana bunyinya yang macam mesin jahit baju. macam mesin rumputpun ia juga. Malu dengan adik2  sekerja yang pamp nya langsung xbunyi . dan satu lagi alasan yang kuat adalah untuk menjimatkan masa bila double pump ni. hehehe

alhamdulilah, survey punya survey, dari kedai alam maya, hingga ke kedai yang bukan maya, makanya saya telah memilih http://e-mumshop.com  yang dekat dengan rumah saya. rata -rata kedai membuat jualan diskaun sempena merdeka. Bila dibandingkan, nak dekat-dekat sama aja harga diskaun yang diberikan antara penjual-penjual. saya memilih e-momshop kerana 

1. ia dekat dengan rumah, saya boleh ke sana untuk melihat sendiri dan bertanya serba sedikit akan perihal breastpump yang ingin dibeli.

reason ke 2 adalah kedai ini menawarkan diskaun  20 percent untuk service pump selepas tamatl warranty dari pengilang. haaaa..itu yang saya nak.. pengilangnya di Puchong, jauh juga tu. tak apala..lepas habis warranty, bleh service kat e-momshop aja. Aqilah pemiliknya . Rasanya nama penuh dia Aqihah Idris kot. banyak barang berkenaan maternity dan baby yang ada di kedainya. seronok tengok. tapi yang tak seronoknya duit lerrr... hehehehhe.
Saya telah menyunting Breast Pump ini dan satu Bra menyusu di kedai e-mumshop ini. 

sebenarnya saya dalam dilema untuk memilih antara lacte duet dan spectra M1. tapi setelah tambah, tolak, bahagi. campur kuasa dua, kuasa membeli, buasa batry, kuasa mudah  rosak, kekerapan service, maka hasilnya... tadaaaaa.....
LACTE DUET.


INI SET WAJIB YANG ADA DALAM KOTAK

 INI ADALAH MOTORNYA. BESAR JUGA. SAIZNYA, BOLEHLA MACAM SETENGAH DARIPADA BUKU LATIHAN MURID SEKOLAH RENDAH

 Corong warna putih  tajam tu adalah penutup pam tu, kalau nak simpan dlu sebelum di basuh , nk sambung pamp lagi kejap lagike... bolehla tutup dulu dari di masuki habuk.

Corong  ada 2 part, 1 part madam blah tu, yang tu keras. 
part ke dua adalah plastik shield tu, sangat lembut. jadi xpayah nak beli silicon tu lagi, bila oam, breast anda tidak akan sakit. 


 4 valve yang diberi percuma

 Ini adalah 2 lubang untuk di sambungkan tiub dengan pam. ada dua lubang, maksudnya ada dua motor ya. jadi suction pamp tidak akan slow kalau guna double . setengah pump ada 1 motor sahaja, jadi kalau nak guna double pump, kena guna tiub bentuk T atau Y, jadi suction akan jadi slow sikit sebab suction berkongsi dua. paham kan? hehehehehe


gambar nie tepek sini jugak,  salah satu hari daripada 21 hari yang setiap harinya ke klinik kesihatan selayang untuk ambil darah Anas . cek kuning. fuh....sangat memenatkan.


Alhamdulillah, Anas di tahniq  oleh seorang ustaz yang datang memberi tazkirah surau berdekatan dengan rumah kami....Alhamdulillah, seorang ahli hadis, moga Anas juga menjadi salah seorang ahli agama yang soleh suatu hari nanti..amiiinnnn.


WALAUPUN BEGITU..JIKA ANDA INGINKAN KETAHANAN DAN KECHOMELAN, RASANYA PUAN  PUAN-PUAN  BOLEH SERVEY JUGA MALLISH ILLARIA... SETANDING DAN SAMA GAGAH DENGAN LACTE DUET.

kenapa saya kata setanding???  ia serupa. ada 2 motor . cuba bagi saya malish illaria lebih hebat.. (huhuhuhuhhu)  IA BUATAN RUSSIA.. DENGARPUN DAH RASA HEBATKAN.. MANAKALA LACTE DUET HANYALAH DARI CHINA. BUNYIPUN TAK BESTKAN.. KALU BAHASA KELANTAN, BARANGAN CHINANI MACAM KODDI SIKIT.. HAHHAHAHAHHA.... HOPEFULLY NOT LA KAN, SEBAB SAYA DAH TERBELI. HUUHUHU..
MASA KAT KEDAI TU, MALLISH TAK ADA SALE.

penjual tu bagitahu saya, Rusia lagi bagus dari China dan China lagi bagus dari Taiwan. Breast Pump dari Taiwan rasa-rasanya penjual tu kata Antumz aritu....

ok ibu-ibu yang sedang mencari.... nak try sendiri pamp sebelum membeli, anda boleh kunjungi kerai Breast Pump yang menawakan "peneraian" secara percuma sebelum anda membelinya di pumponthego.

dari segi suction, saya lebih suka suction medela mini kerana:

medela punya suction ada yang lebih inggi dari lacte.
medela tiada butang ltekan dan lcd, ia berbentuk pulas yang senang dicontrol oleh tagan.


kekurangan lacte:
suction  nya yang paling tinggi adalah level 9 yang bagi saya masih lembut dan tidak menyedut sekuat medela.
ia telah diset automatik boleh on 30 minit sahaja, kalau kita nak lamalg, boleh tekan semula. (tiada masaalh, tapi bagi saya, ia juga satu kekurangan)
unutk 30 min itu, susu belum keluar sepenuhnya kerana suctionnya terlalu lembut. breast lambat kosong.


actually terpulng kepada pilihan ibu sendiri. kalau sebelum ini, ibu punya breast pump yang slow dan lembut, elokla ambil lacte ni, tapi sebab saya te;ah biasa dengan medela yang suctionnya kuat, bila dapat lacte, rasa slow dan lemah gemalai aja..hehehehe..

sebenarnya klau ibu ibu sukakan yang kuat, tapi bukan dari brand medela, spectra M1 adalah satu pilihan yang bijak juga. tapi ada kekurangan nya:
1. ia di built in dengan battery. mama ia perlu kerap di service kerana masalah suction yang slow. ini kerana, bila dah built in battery, kita akan terguna juga pamp tu sambil cas dan sambil guna, macam hp juga.. walaupun dah tahu, ia akanmenjadikan battery cepat kong, kita tetap terpaksa guna semasa cas, betul tak?

2. ia menjadi cepat panas kerana untuk guna elektrik sahaja, batry yang ada di dalam akan cepat panas, maka ia pun menyumbang kepada kekerapan service yang  perlu dilakukan.. 

ibu boleh cuba 3 jenis pam yang saya syorkan ini, dan boleh buat pilihan sendiri ya .

lacte duet
malish illaria (double)
spectra M1


dan saya... I vote for Malish ill aria kerana ia buatan Russia, dan sehebat lacte kerana ada 2 motor, heavy user. walaupun suctionnya xberapa lembut, says hanya perlukan lebih masa untuk  kosongkan cik B



sekian terima kasih

meh saya perkenalkan BP untuk ibu-ibu pi servey ya..tadaa.... 

 mallish illaria


spectra M1








Saturday, September 5, 2015

ABAH MENJAGA BABY ANAS.

Ya beginilah bila sang ayah menjaga bayinya.  harapkan ayah, ayahpun tidur sekali. sama aja gayanya. betul- betul macam pepatah, di mana xtumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. hahahahha suka betul snap moment moment indah seperti ini.

ini bukan kes penat jaga anak, tapi penat merewang kat luar. sejak akhir-akhir ini memang tak duduk diam si abahnya.

kalau cuti aja, ada aja kerjanya. penghantaran barangan alHaddad lah, pasal servey-servey rumah lelong lah,  kawan ajak sana sinilah dan macam-macam. makanya cuti bini bersalinpun tak adalah mengaja bini dan baby sangatkan.. bila balik rumah haruslah letih ya...huhuuhhu





Friday, September 4, 2015

ANAS 30 HARI

Alhamdulillah.. Sudah 30 hari berlalu, anas dianugerahkan kepada kami..dipinjamkan sebenarnya.. Semoga anas yang dipinjamkan ini menjado anak yang soleh, hormat ibubapa dan org tua, menjadi seorang hafiz dan beramal dgn Quran yang di hafaznya..amin...

Tengahari nie, sya akan ke klinik kesihatan untuk dapatkan injection sebulan untuk anas. Moga anas xdemam dengan suntikan ini dan.tiada side effect kepadanya, amin Ya Allah.

Semalam saya berusaha mwncukur rambut anas. Mak kata tak elok simpan rambut asal bayi (maksudnya rambut dri dalam perut) kerana rambuttu kotor entah kotornya di mana,sayapun xfaham. Tapi mak kata, rambut asal akan gugur juga..Dr gugur bertaburan, baik dicukur ( ini boleh diterima aqal bagi saya) Maka semalam.gigih saya mencukur rambut anas dnegan pisau cukur kuning murah ygvdibeli di sppedmart..Alhamdulillah.. Udah gondol kepalany. Oleh kerana tiada bedak sejuk, saya lumurkan dengan Minyak zaitun aja..entah boleh ke tidak.saya tawakal... Ingt bedak.sejuk..ingt pula.bedak sejuk Jenama dak cun dlm cerita mok cun..ekekekekek..



Xberapa licin sanhat sebab kasihan kat anas, pedih kukitvkepala Kalau saya banyak kali lalukan mata pisau di tempat sama. Okla tukan, dr xbuang langsung.




Kakak asma pegang anas..anas nangis.. Xselesa dipegang dalam.kedudukan begitu kot.




Ni kenangan masa nak balik spital..bapak pegang anak ke 6. Alhamdulillah...

Sunday, August 30, 2015

PANTANG HARI KE 25

Assalamualaikum.

Hai dah hari ke 25, cepat betul Masa berlalu.. Risau pula. Risau cepatnya berlalu hari hari berpantang tapi tidak secepat badan saya nak kembali sihat. Makin tak sihat aja Rasanya. Baby Makin suka menangis. Sehari hari kena duduk aja ditepinya. Nak masuk tandaspun rasa tak sempat.. Nak memerut pun Xdan habis. Menangis aja dia. Nak sendawa lah, nak naik air lah.. Entahla..walaupun dah ditepuk2 dan sendawa, bila letak aja, nanges nak sendawa lagi. Kalau lambat angkat, air susu akn keluar ikut mulut dan hidung. Mulala hidung tersumbat. Kalau tak nak sendawapun dia terus akan nk hiccup..
Badan makin ngilu, pinggang sakit aja, peha sebelah Jadi sengal. Bila bby dah ragamnya begini, nak bengkungpun Serabut.huhu..



Anas selesa baring untuk menyusu di atas bantal c nya




Terpaksa ditidurkan begini untuk elakkan air masuk hidung.




Kalau tidur gini, mulala merengek2, seminit tak angkat, Makin kuat dia nanges.. Pastu air naik hidung.. Huhu


Letih mama nak oii.
Ibu ibu di luar Sana, bila ada baby nie, ramai tak yg rasa penat macam saya?

Tuesday, August 18, 2015

Part 2 Kelahiran anas



Abang muaz balik sekejap jwnguk baby anas. Gembira abang Muaz dapat baby Boy.




Dalam kereta kawan menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Jam 10.30 pagi. Hati berkecamuk Antara Takut sakit dan risau apa yang akan berlaku nanti sebab suami tiada di sisi. napela mata saya sepet aja, macam xleh buka..hahahaha menahan gelora dan kerisauan.


Gambar kenangan. Bby anas masih dlm perut mama.. Bahagia mama rasa.


Alhamdulillah, berjaya masuk ke ward walaupun hanya ward ke3. Hilang satu kebimbangan akan kenangan tahun lepas dihalau balik walaupun jalan dh terbuka 3cm. Terus dipakaikan jarum. Nurse kata in case tumpah darah atau nak masukkan air atau ubat lepas/sblm bersalin.. Sakit sangat. Nak solatpun susha. Tawakal.ambil wuduk hanya sebagai syarat utk solat yang wajib. Lepas bersalin, kena qada semula. Moga Allah ampunkan mama.



Terima kasih kawan dan sahabat.
K.noriah dan kak hartini noh kerana sudi menghantar mama ke hospital.. Rindu abah di Saat ini.. Mama really need him.


Assalamualaikum dunia..
nama saya Anas bin Md Zulkifli.
Berat saya Memula keluar 2.99kg.
Hari ke 14 baru tanggal tali pusat. Jenuh tok umi dan mama service tali pusat saya.
Jaundis saya pada hari k13 adalah 148. Hari ke 14 tak pergi ambil darah. Abah sibuk. InsyaAllah 2,3 harilagi baru nak pergi. Mama bagi susu kambing dengan harapan kuning akan hilang..InsyaAllah...

Tanggungjawab suami

Assalamualaikum..berikutbadalah panduan untuk para suami yang akan mendapat cahaya mata.

1. Sebolehnya kosongkan jadual anda sekurang kurangnya seminggu sebelum tarikh due isteri anda. Luangkan masa bersamanya. Bantu isteri anda meregangkan badan,bersenam dan menenangkan mereka. Cuba tenangkan akan ketakutan mereka menanti hari2 genting itu. Ketepikan perkara yang kurang penting.

2. Gembirakan hari isteri anda selepas dia melahirkan bayi anda. Perkara perkara yang simple dan mudah untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pengorbanannya seperti mencium dahinya dengan ucapan Terima kasih. Jika ada budget lebih belikan hadiah, jika tiada budget, cukup dengan keperihatinan anda terhadapnya dengan meluangkan masa. Sebelum dan selepas dia bersalin.. Amaran keras..Jangan berperangai bodoh menyibukkan diri dengan hp sewaktu Melawat isteri anda di wad@ menunjukkan anda letih dengan ingin menumpang tidur sekatil dengan isteri anda yang baru melahirkan ( walaupun anda sebenarnya sememangnya lebih macam baru lari maraton 10 pusingan)

3. Gunakan cuti 7 hari yang diberikan majikan kepada anda untuk meluangkan masa dan menolong isteri menguruskan hal rumah tangga walaupun anda ada penolong di rumah Samaada bibik atau adik atau mertua anda. Jika mertua yang datang, Jangan anda bersenang lenang membiarkan mertua uruskan semua dr kerja membersihkan rumah, membasuh baju, menyidai, dan segala sagalanya.. Mertua datang untuk Menjaga bayi dan isteri anda sahaja. mungkin juga utk menolong memasak dan bertungu ataupun Berbengkung. Anda Jangan menyibukkan diri dengan hal luar rumah, orang lain selain dari isteri, anak anak lain dan rumah tangga. Ingat mertua bukan datang untuk menjadi bibik di rumah anda.. Apa guna cuti 7 hari anda jika semuanya memgharapkan mertua dan anda sibuk dengan aktiviti dli luar pula.jangan biarkan mertua atau isteri anda merasa anda pemalas dan langsung tidak menghargai susah payah mereka dtg menolong, Malah anda Makin culas menjaga rumah tangga.

5. Jangan sesekali menyakiti hati isteri anda di saat melahirkan dan berpantang. Hanya suami yang dungu sahaja yang mementingkan orang lain di Saat isteri melahirkan.

6. Gunakan masa cuti yang diberikan untuk belajar menunggu isteri. Walaupun anda tidak pandai dan tidak biasa, Cuba lihat dan tunjukkan minat hendak belajar semasa Bidan/mertua datang bertungku. Anda boleh menolong isteri sendiri selepas itu. Sampai bila hanya mengharapkan Bidan atau mertua yang datang menungku isteri anda bersalin. apa yang anda buat untuknya, Itulah yang amat dihargai dan diperlukan oleh isteri anda dalm berpantang.

Selamat menjadi bapa yang penyayang.

Thursday, August 13, 2015

Beza bos di Malaysia dan bos mat salleh

Bos mat salleh tak akan pernah mengganggu cuti khas yang diambil oleh pekerjanya. Mc atau cuti khas.. Tidak akan di ganggu walaupun dengan sms atau email atau whatapp

Bos di Malaysia, pekerjanya cuti khas seperti isteri bersalinpun dipanggil bekerja. Tak ada sensitiviti langsung. Tak fikirkan kesukaran si isteri dan anak anak, masalah kesihatan si isteri, bayi yang ada masalah jaundis yg perlukan suami bwa ke klinik, Urusan rumah tangga,anak anak dan sebagainya.

Nak kata cetek aqal, belajar tinggi2, kesedaran sivik Tu tidak ada.. Bossy kuku besi.

Suamipun dah tahu masa banyak habis dengan kerja di pejabat, bila sampai di rumah, reti retila letak hp Tu. Di ofis mengadap kerja, di rumah mengadap hp, baik xpyah balik rumah.Sama aja..roh xada,jasad je yg ada. Betul tak.....

Saturday, August 8, 2015

PERJALANAN KELAHIRAN BAYI KE 6

Setiap kelahiran bayiku sentiasa ada kisahnya yang tersendiri berupa pancaroba pahit dan manis. Perjalanan kelahiran bayi ke 6 ini juga tidak lepas dari dugaan itu.

Tanggal 4 0gos, malam 12.00, kakak ipar menelefonku memberitahu nenek tok mok Joh ( nenek suami) sudah meningal dunia kerana sakit tua.memang sudah lama Mok Tok Mok Joh sakit tua. Kak ipar kata tolong sampaikan kepada Jo ( suamiku) Kalau Kalau dia nak balik kelantan.. Aku memegang perutku yang sudah beberapa hari terasa sakit..gusar hati memikirkan perut yang hanya menunggu saat kelahiran...

Bersambung......

Thursday, July 30, 2015

PENYAKIT GARANG

Assalamualaikum..

Harini dengan rasminya dan saya merasmikannya..ekkekeke.. Genap kandungan saya 39 minggu.. Hati berdebar debar menunggu pesen kesakitan untuk bersalin kali ini. Org tua kata kesakitan fan katenah bersalin Setiap anak berlainan..huhu..menakutkan..

Sejak 3,4 hari ini saya Makin gatang dengan anak anak. Saya mudah terganggu dengan kebisingan mulut anak anak yang bergurau, menangos dan bertanya macam macam. Daya juga selalu tertekan dengan keadaan rumah yang sering bersepah...Pagi kemas.. Tengahari bersepah. Anak anak balik sekolah, beg diletakkan merata, baju uniform.sekolah di cmpak sana sini ealaupun sudah dipesan banyak kali tempat kumpul baju kotor atau baju yang nak pakai lagi keesokannya..ini membuatkan hati saya geram dan panas.

Bilik bersalin saya yg di kemaspun xkemas kemas. Katil panas masih ada lambakna baju. Saya dah penat melipat, Kemudian ada lagi yang datang.. Bila nak habis semua baju baju ini!!!!! Tention sungguh. Buku cerita anak anak ada du mana mana. Anak anak suka membaca tetapi yang geramnya, dia akan ikut ke mana sahaja saya duduk..Kalau di bilik... Mereka akan bawa bukunmasing Masing. Dekat dengan saya dan membaca sambil barimg.. Kemudian tinggalkan. Ni baru 3 orang..nasibla sorang lagi ada di asrama..Kalau ada yang itu, lagi gegak gempita rumah saya, dia suka memgusik adik adik dan buat mereka menangis dan menjerit jerit..

Macammanala saya nak berpantang jika begini.. Dengar suara mereka bergaduhpun saya rasa macam nak lari masuk.bilik, xnak dengar. Sudha tidak larat untuk masuk campur atau leraikan..ya Allah....kenapala saya tertekan sehingga begini.

Memikirkan bilik air di Tingkat atas belum di sental. Suami sibuk memanjang.Kalau tak diingatkan akan terlepas pandang.

Memasak sudah lama saya tak buat. Tak boleh Berdiri lelama.. Kaki dan.netis rasa Berat sangat.Padahal nerat badan untuk kandungan kali ini tidaklah mencapai atau melebihi Berat kandunagn sebelum sebelum ini. Mungkin faktor umur Ataupun tak mengurut barangkali. Susah betul nakncari bidan yang serasi di sini. Kalaunadapun sangatbmahal sehingga di luar kemampuan..cas tahap datuk datintu.manalah mampu. 1 jam lebih skitpun dah rm150. Ayoyo..... Pergi kepada tukang urut yang biasa pulak, tak diurutnya elok2 ditempat yang sakit. Sekadar jamah jamah, urut sikit2 aja..lenguh betispun tak hilang... Aduhaiiii.. Nasibla badan...

Baby..nila baby nak.keluarni..bikin mama berdebarla...takutpun ada..

Baru dengar kes adik kawan, bersalin normal tapi bayi masuk wad untuk dimasukkan antibiotik kerana jangkitan kuman dari ibu kerana ibu ada keputihan semasa mengandung.. Hai... Sejak bila pula keputihan membahayakan bayi sehingga bayu umur seharipun kena masuk antibiotik. Tention bila dengar.

Berita menyedihkan dari kawan di jelantan, bayinya meninggal 3hari seLepas dilahirkan kerana tertelannair ketuban najis sendiri yangbmengakibatkan jangkitan kuman dalam darahnya. Puncanya bayi berak dalam perut selepas overdue 2@3 hari sahaja.. ALLAHUAKBAR....masa asmak dlu overdue 5 hari dah. Alhamdulillah Allah selamatkan dan memberi kesihatna yang baik kepada asma.

Monday, July 27, 2015

Sehari ke sehari. Makin mendekatbkepada due date.. Lelah saya untuk menunggu nak nersalin..

Takut untuk menghadapi sakit bersalin, seriau memeikirkan Apakah masalah dan halangn untuk bersalin kali ini.. Takut sangt Kalau xsempat sampai ke hospital atau tidak macam baby ke 5 hari Tu.. Tengok barang peninggalan baby ibrahim mnyebabkan saya menangis kembali.. Risau

Lelah juga melihat keadaan rumah yang semakin dikemas semakin berterabur. Yang paking banayk dan tak terlipat dan terkemas adalah baju bajan.. Mana saya nak letak semua baju yang bertambun ini.. Benerapa harini barubsedar baju kami terlampau banyak.. Snekejap ja saya boleh duduk untuk melipat, xtahan, sakit pinggang. Untuk berjalanpun terasa sukar sekali.. Bayini dah turun rendah sangat walaupun belum sampai masanya. Berjalan pun sakit. Banyak menyuruh anak lakukan itu ini.. Maklumla anknbaru 8tahun, 5 tahun dan 4 tahun aja yg ada di rumah.. Tak semua yang sayabsuruh mereka paham.. Sudahnya nk marah dan geram pula dengan mereka. Pergwrakan dan kerja saya terbatas sungguh.. Hai..lambat lagi ke baby ini nak keluar

Ya Allah permudahkan segala Urusan ku untuk melahirkan.bayi ini secara nirmal, mudah dan Selamat ibu dan anak. Mohon Doa dari sahabat sahabat Alam maya juga ya..

Terima kasih kerana singgah ke sini.

Monday, June 29, 2015

ALLAH TEGUR DIRECT....MALAM KE 13

Allah tegur direct
Berkenaan dengan kejadian malam ini.. Saya menegur beberapa wanita muslim mynmar atau rohingya..ustaz memberi tazkirah berkenaan dengan kasih sayang kepada Muslim.. Jangan cintakan manusia kerana berkaitan dgn bangsa ataupun status. Jnagan tgk dan benci kepada orang rohinya. Mereka tidak minta dilahirkan menjadi rohinya.. Xminta di lahirkan di mynmar dan di seksa sebegitu. Oh.. Saya suk zhon kepada mereka tadi..

Saya sendri xtahu mana satu.. Tapi semenjak beberapa hari berbuka puasa di sini.. Ada sekumpulan wanita dan beberapa orang kanak kanak turut berbuka sama..tapi bukan di meja yang di sediakan...tapi berbuka di satu sudut yang gelap dan hanya anak2 yang dtg mengambil makanan. Anak2 nya akan dtg ambil dan bawakan juadah kpd ibu ibu mereka. Selepas solat magrib juadah akan dibahagikan. Tapi mereka tidak solat sekali di dalam masjid bersama kami. Mungkin usai makan, mereka akan balik solat di rumah.
Oleh kerana suk dhon saya.. Hati saya berfikir mereka hanya datang untuk makan dan tidak solat. ALLAHU.. Betapa jahat hati saya.

Setelah azan berkumandang, usai makan kurma sebagai syarat berbuka puasa, saya mendekati mereka dan bertanya...

Awk muslim kan.. Jomlah kita solat berjemaah bersama sama di dalam masjid. Seorang daripada yang agak tua menunjukkan kepada anak anak mereka..saya dapat mengagak dia kata susah nak solat dengan anak anak kecil. Takut mengganggu jemaah.saya kata xapa..ramai budak budak dalam masjid. Masjid luas..jom solat dulu kemudian baru makan... Makcik tu nampak berminat dan mengajak beberapa wanita lain.. Saya turut mengajak wanita muda terbabit.. Masam aja mukanya..xsetuju. Saya tinggalkan mereka untuk masuk masjid.

Selepas solat, kami ke tempat makan.. Saya sedar akan niat saya yang xkena masa menegur meraka kerana suk zhon saya yg mereka hanya dtg utk mkn..tapi xsolat.. Saya sedih dan malu pada diri sendri sehingga malu untuk menatap wajah mereka.. Masa berjalan..langsung saya xbengahkan kepala masa ambil makanan dan makan.. Usai makan..baru saya berpaling ke tempatbmereka duduk.tadi... Alangkah terkejutnya saya bila mendapati mereka tiada di situ..

ALLAHU..Rasanya mereka malu untuk makan dan terus pergi dari situ akibat di tegur untuk solat oleh saya.kasiahan mereka.. Tentunya mereka kelaparan..anak anak mereka kelaparan.
Jahatnya saya. ..

Kat masjid ni, lepas 4 rakaat, ada tazkirah pula.. ALLAH nakntegur saya direct, tajuk tazkirah malam ni adalah berkenaan jangan membeci Muslim Rohingya..MasyaAllah... Terus kepada saya.. ALLAH maha mengetahui.

Sunday, June 28, 2015

Teringin nak menjahit lagi

Teringin pula saya menjahit lagi.. Semlam di sekolah seorang kawan bawa kain untuk di gunting. Dia nak.jahit jubah untuk emaknya.. Wah... Senanggggg bangat bila nampak dia guntingtu..

Hati saya berbunga.. Bestnya boleh menjahit.. Kalau menjadi.. Seronoknya rasa. Kalau tak menjadi.. Hadoi.. Nakbamuk satu rumah.. Dengan mesin mesin jahittu rasa menciiiii... Hahahahahha..

Tapi masa tiada. Bulan puasani, hari minggu suami selalu ada di rumah.. Tak boleh menjahit. Nanti dia tegur, tak payahla menjahit. Lebih baaik ambik quran mengaji..Lagi banyak pahala katanya.. Hohoho.. Sangat betul..itu fakta yang tak boleh di sangkal..

Kalaupun dia keluar, tak sampai hati pula saya nak menjahit. Bila melihat keadaan rumah yang macam kapal pecah. Kain jemuran berlonggok tak berlipat, yang tak berbasuh juga melimpahi besen. Pinggan mangkuk sahur juga belum di settle dalam sinki.. Mainan umar bersepah rata riti. Tapi dalam keadaan begitu.. Penat plk mata melihat..Ambik bantal.. Rehatkan bijik mata plk.. Wakakaka..Dah tu apa bendapun xjadi.. Teruk betulkan bila perempuan malasni.. Huhu

Semalam.ke klinik Rassi.. Mahai betulla Rassi cas untuk scan.. Rm90 u allsssss...bukan lamapun xsampai 10 minit.. Tp khabr yang mengembirakan, uri dah naik dan doktor kata boleh bersalin normal. Baby Berat 1.4 kg. Baru masuk 8 kan..Bulan puasa pulaktu.. Xapa.. Kecik di dalam besar di luar.. Senang nak bersalin nanti..aminnnn. Jantina pula masih menjadi tanda tanya.Xnampak sebab ditutup dengan paha. Kata doktr, nampak macam telur tapi pistolnya xnampak.. Jadi doktor tak nak teka,Takut tersalah. Alahai baby..bikin hati mama xsabarlaaaaaaaa..apapun syukur ya alAllah.. Baby sihat walafiat.. Tiada tanda tanDa sindrom dan tiada kelainan dengan abdomen penting . Alhamdulillah..Moga bby mama sihat sempurna. Ya..aminnnnn

Thursday, June 25, 2015

Assalamualaikum...

Malam ini malam ke 7 Ramadhan. Kami sekeluarga ke KUIZM untuk berbuka puasa dan solat terawih di sana. Kalau ikutkan hati memang tak larat sangat nak berjalan, tapi kalau di rumah, lepas berbuka puasa memang dah melepek nak solat terawih. Kalau berbuka ramai ramai, tak.Rasa sangat keletihan..

Seperti berada di sekolah, tak rasa sangat penat mengajar, ke sana ke mari, naik kelas tinggi, rendah... Tapi kalau sampai rumah. Mulalah terasa sengal sana sini, letih melepek macam kqin buruk.huhuhu

Lagipun kat masjid atau KUIZM, makanan disediakan...walaupun tidak berapa kena dengan nasfu makan.. Bukan kah puasa itu tarbiah... Xperlu naknmakan sedap sedap sanagt.. Cukup untuk menghilangkan rasa lapar.

Kat sini lepas 4 rakaat terawih, ada tazkirah dalam 30minit. Kemudian sambung semula.

Malamni umar dan Faqihah penat betul. Dah tertidur pun..hehehe.xqpa..nanti abahnya angkatla...Kasihan pula umar, dah 2 hari Duk sebut nak beli layang layang..Alahai.. Kat manala nak main layang2 tu nak oiii..orgvsemua puasa.. Xlaratla nak ke padang layang layang untuk main benda alahtu.. Hohoho



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails