Sunday, December 26, 2010
Kalau ikutkan hati...
Giveaway Teka Harga
SAH AKU TELAH DIGODA SYAITAN!!!!!!!
Saturday, December 25, 2010
esok hari Krismas utk penganut Kristian
Assalamualaikum n selamat pagi semua...
sedang saya syik blog jumping... ;) saya mendapat article ini di sini....saya copypastekan ...
selamat membaca...
tetapi kawan-kawan muslim sekalain, janganlah percaya bahawa Nabi Isa dilahirkan pada 25 desember seperti yang didakwa oleh penganut kristian...sebenarnya mereka telah tersalah tafsir....
ia tiada kaitan langsung dengan kelahiran nabi Isa..... mereka merayakan perayaan hanya kerana ikutan n adat.
“Amir, awak rindukan Krismas?” saya bertanya.
Di satu sudut masjid, Amir duduk bersimpuh tersenyum mendengar soalan saya.
Tengah hari itu cuaca di Belfast sungguh sejuk. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Krismas tiba. Di sana sini lagu-lagu Krismas berkumandang. Teringat saya kepada suasana Aidilfitri di Malaysia, manusia bagai dipaksa-paksa untuk beremosi dengan lagu raya. Sama ada untuk melakukan barangan, menyuruh anak perantau pulang ke desa, atau dipasang sekadar menandakan musim raya sudah bermula.
Lisburn Road yang selalunya comot lagi suram dengan sentuhan cuaca Ireland Utara, indah berhias dengan pelbagai dekorasi, tidak mengalah dengan kemeriahan di sekitar pusat membeli belah Castle Court di tengah bandar.
“Tidak. Tiada rasa rindu. Tetapi rasa lebih berhubung” jawab Amir dengan tenang.
Amir adalah anak tempatan. Sudah lama memeluk Islam dan tiada gelaran ‘saudara baru’ untuknya lagi.
“Bagaimana pula lebih berhubung?” saya kurang jelas dengan maksudnya.
“Dulu-dulu, saya sekeluarga menyambut Krismas tanpa sebab yang jelas. Malah tanpa sedar, seperti ada kekeliruan antara Jesus dan Santa Claus” jelas pemuda itu.
Amir menggambarkan kepada saya betapa Krismas disambut lebih kepada sebuah adat yang sekular. Tiada intipati agama yang jelas. Hadir ke perhimpunan di gereja pun tidak dirasakan sebagai ritual agama.
“Di Belfast ini, hidup sebagai minoriti menjadikan Muslim lebih menghargai Aidilfitri. Tetapi di negara saya, Ramadan semakin disudahkan dengan perayaan yang semakin sekular. Hilang roh agamanya” saya berkongsi.
“Itulah perbezaan agama minoriti dan majoriti barangkali” Amir menyambung mesej saya tadi.
“Selepas memeluk Islam, awak masih menyambut Krismas?” saya ingin tahu.
“Ya dan tidak” jawabnya ringkas.
“Bagaimana begitu?” saya tidak pasti.
“Ya, saya masih menyambut Krismas dengan pulang menziarahi keluarga saya dan menyertai perhimpunan keluarga kami. Ada hidangan yang saya makan, ada yang tidak. Tetapi saya tidak lagi menyambut Krismas dengan jiwa yang sama seperti mereka kerana saya rasa saya lebih Kristian selepas memeluk Islam!” jelas Amir.
“Oh! Lebih Kristian selepas memeluk Islam? Unik tu!” saya terpinga-pinga.
“Tentu sahaja. Jika dahulu, status Jesus sukar untuk saya hadam ke dalam jiwa dan keyakinan. Tetapi kini segalanya jelas. Maryam dan Isa lebih indah dan suci di dalam Aqidah Islam” ujar pemuda Irish itu.
Amir membacakan kepada saya firman Allah di dalam al-Quran, surah Aal ‘Imraan:
“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan 3: 45-46]
“Versi Islam untuk Annunciation?” saya menyoal.
Amir tersenyum.
Dia memang tidak banyak berbicara.
“Eh, saya perlu beredar sekarang. Maafkan saya, Imam. Kita jumpa lagi Insya Allah” Amir tiba-tiba bangun. Teringatkan sesuatu barangkali.
“Baiklah. Merry Christmas?” saya memberi ucapan dalam nada menyoal.
“Islamic Christmas?” beliau juga menjawabnya dengan nada menyoal.
Kami ketawa.
selamat bercuti dihujung minggu ye kawan-kawan
SALE PRUDUK SIMLPYSITI KAT JJ WANGSAMAJU
maklumlah baru balik meronda-ronda bandar bersama keluarga terchentaa....
hehehheh, kat JJ wangsamaju. JJ? jayajusco.....
dan sekarang JJ ada buat sale...yang menariknya sale produk kecantikan simplysiti yang hangat diperkatakan orang..maklumlah pruduk Dato Siti kan...tapi janganlah pula kita terpengaruh nak beli prOduk tersebut sebab dengar bunyi siti nurhalija ;) tu aje.....ahhahah, pandai pula saya memberi nasihat mengalahkan pro dlm kosmetik nie.
haihh...naik bersemangat juga bila saya lalu kat produk tue...makanya, malam ini saya pun try google review tentang produk simplysiti nie...banyak komen posotif dari para pemakainya....apa-apapun......kalau kita memakai apa juga produk atau untuk kecantikan...pastikan niat kita betul..untuk berhias kepada suami sahaja...nak lawa..beli pruduk penjagaan muka...untuk nampak lagi manis dipandang suami terchentaa....kulit lagi nampak lembut..untuk suami terchentaa juga....wangi ...untuk suami terchenta juga..
dan yang paling menarik...semua produk simplysiti dijual dengan diskaun 20%....dan kat JJ juga mana-mana pembelian sebanyak rm100 ke atas daLam 1 atau 2 resit dapat voucher rm5..dan bolehlah di redeem keesokan harinya...REDEEM HANYA VALID SEHINGGA 9 JAN 2011
diskaun utk produk simplysiti nie 10hari sahaja, starat 24/12 .sekarang 25/12 kan....ada 8hari lagi...
kat negeri lain, Allahu a'alam lah ada diskaun ke tak..
jomlah, sahabat-sahabat yang rasa nak meng improve kan lagi kecantikan seri wajah n tampak lebih berseri dihadapan suami....bolehlah skodeng mana2 produk kecantikan...
saya tengok produk simplysiti nie berdaftar dengan JAKIM( ada sijil halal ditempek di situ)...halal n suci...insya Allah....
saya? nak beli..tapi budjet xcukup lagi......sabar-sabar....
sedikit pengetahuan saya tentang produk simplysiti ini:
1. produk made in Korea..setahu saya produk korea memang baguih...n tak ada kesan sampingan..jangan beli yang Thailand n China...sure ada bendaasing yg merosakkan muka kalau kita stop pakai.
2. ada 2 jenis...untuk kulit biasa, utk kulit yang meningkat matang (aging) dan kulit berjerawat.
3. set penjagaannya bagi setiap jenis kulit tu..ada pencuci, toner,serum (utk mlm-baiki kulit katanya) , scrub, masker dan foundation....
4. yang paling banyk saya jumpa review orang yang pakai, foundationnya paling bagus n ringat..tak tebal. dia macam BB cream....saya pernah dengar tentang BB cream nie...dia pelembab + sunblock + foundation...
bila pakai foundation tu, insyaallah 80% jeragat, itam-itam bekas jerawat akan ditutup..hheheheh, mesti suami kita tengok...fuhhh, flawless...licinnn ajer...semangatnya saya..hahahhahah
n yang menariknya ia tahan sehingga 8jam....mesti suami asyik je tgk kita wat kerja kat rumah tu khususnya cuti hari minggu..heheheh...wah imaginsi saya..melampau2....
apa-apa pun....semoga niat nak pakai tue terus lillahitaala....untuk memikat hati suami terchentaaa.....n membuatkan kita rasa chantekkkkkk n bersemangat nk buat kerja...terutama kerja rumah....lalu 80x depan suami...nk tgk..suami perasan tak kita chanteekk..jangn kita plk yang terperasan sendiri..hhahahaha
wassalam....
Wednesday, December 22, 2010
Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
Assalamualaikum semua, pada petang ini saya telah ber blog jumped.(hahhaa bleh guna tak) ke sini dan jumpa article ini....
jom kita baca sama-sama...n buat para suami, lelaki ,ayah....bolehlah ambil sebagai pedoman... ;)
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!
muffinku juga?????
saya mengintai tarikh luputnya ...emmm.. feb 2011...kena buat dahnie...
kena tambah 3 biji telur
100g air
120g minyak sayuran
tapi alat penimbang saya tidak ada..maka, apa lagi saya campak semuanya...agak-agakla...jangan terkeluar tingkat udah..hhahahah
maka, terhasillah, muffinku...
sedikit keras....
naik macam bukit....
tapi alhamdulillah...boleh lagi dimakan...
Pulut pagi ku mentah???
Assalamualaikum, salam pertemuan semula...hari ini hari khamis..
kononnya pagi tadi saya terasa nak makan pulut pagi. pulut pagi yang selalu ummi saya beli kat rumah (kelantan) sangat sedap. kadang-kadang penjual akan letakkan juga sedikit kacang merah sebagai inti tambahan disamping kelapa muda yang ditaruk secubit garam...emmm..sedapnya...saya menelan air liur...
lepas solat subuh, saya terus mengambil 2 cawan beras pulut....basuh n rendam sekejap.
saya membuka PC utk mencari cara membuat pulut pagi...kesemua yang saya jumpa mewajibkan pulut direndam semalaman....tapi saya?baru 2 minit direndam...atas kecetekan ilmu memasak saya....pulut pagi ku kukus jua.....
dan terhasillah.....
huhhuuuhh, nasib badanlaa...dah mentah...dalam kesedihan saya hello ummi kat kampung, patutlaa rupa-rupanya kaalu dah resepi kata wajib rendam tu...wajiblaa..jangan menderhaka...kalau dilanggar...inilah jadinya mentah..tapi disebabkan teringin sangat..saya makan juga, sepinggan jugak saya sebat..xterasa sangat mentahnya kalau makan panas-panas..hahhahahhaha
p/s: saya teringin mencipta 1 lagi blog khas utk masakan saya...macam geng blogger lain buat..tp blog saya khas utk masakan saya yang hangus....yang tawar, yang termasin, dan ter mentah...agak-agak ada pembaca tak..hahhahahah
Saturday, December 18, 2010
Assalamualaikum,
selamat berhujung minggu semua...
semua anak2 yang bersekolah cuti lagikan hari nir..begitu jugalah para cikgu cikginya termasuk saya.....tapi bila kita kerja n tiba-tiba menghadap cuti dirumah bersama anak-anak....wahhhhhhh....penat sgt rasanya...rasanya bekerjapun taklah sepenat ini......hahhaha...tapi dalam kepenatan itu...Alllah tentunya memberikan ibu-ibu ganjaran pahala yang berlipat ganda kan......uruskan anak-anak, ajar mengaji, buat sarapan,lunch, dinner,uruskan rumahtangga,menyapu 4kali sehari, membasuh,menyidai...hahhah,itulah rutin harian saya semenjak 2 miggu balik dari kg nie.
ohnya,nak bercakap pasal buncit nie..khususnya bagi perempuan....makan kenyang, terus pi mandi....akan buncit perut..penah dengar tak?
sebenarnya jawapannya adalah....yaaaa....dan terbukti....zaman saya belajar kat u dulu..kononnya nak jimat n kejar masa...utk study...saya ambil sedikit masa utk makan n terus pi mandi..selama 1 sem....n hasilnya..memang buncit.hahahhahaha....eksperiment sendri kat badan..baru tahu..n sekarang lepas bersalain 3 kali..em...xmau2 turun dah perunya...sedeyyyyy....tapi ia xmenjejaskan mood saya..cuma kalo nk pakai baju ketat skit, malu kat diri sendri apalagi kat suami..hahahahhahaha
nk sedapkan hati...saya berkata dalam hati, xperlaa buncitpun...xper...xderla terasa bangga n terasa nk pakai baju ketat2 n nak menunjuk kat orang...tp dlm hati..emmmmm....nak cuba kempiskan perut...t xtahu bagaimana...
Monday, December 6, 2010
alhamdulillah...saya telah kembali
Friday, November 12, 2010
PERGI SOGO
saya nak jadi orang pertama yang ucapkan selamat hari Jumaat kepada semua kawan alam maya.
nak cerita ceriti pasal menziarahi SOGO petang tadi.
pukul 6.30 petang tadi, sesuah mengambil Asma' dan Faqihah kat nursery, saya terus balik ke rumah. laju juga saya drive kereta...hehehehhe utk orang yang xpandai macam sayanie...gear 2 ajerlaaa lajupun.
sesampai sahaja di rumah suami terus keluar dan kata jangan tutup enjin, kita terus ke SOGO ye? haaa...biar betul , bersemangat sungguh, lalu suami menunjukkan iklan wholesale SOGO yang bermula hari ini . WHOLESALE nya hanya 3 hari...jadi kalau pergi esok, mesti makin ramailah manusia..jadi saya kata, tunggu jap saya nak solat asar, xsempat solat kat sekolah td.
rupa-rupanya....lepas magrib juga kami bertolak ke sana, alhamdulillah, jalan raya pun clear aje...mungkin xramai sanagt orang yang tahu WHOLESALE SOGO nie....
dan dipendekkan cerita, inilah hasl rembatan saya...chewahhh......untuk hari raya aidiladha rancangnya..tapi kalau dah beli awal tue..heheheh alamatnya memang akan pakai ke sekolah jugaklaa esok,...hehehehehe
semuanie murah ajer..sayang duit nk beli yang mahal....oklah, sekadar nak tukar2 beg dan kasut dgn yang sedia ada....saya pun xderlaa berada..keh keh keh
hehehe, bila ambil gambar mcmnie, teringi pula nak buat bisness jual ape2 yang patu secara online..
mampuke saya? emmmm..
tapi jangan silap pahamye...tiba-tiba pula rasa saya nie show off...maafla, tiada niat dihati nak show off...minta dijauhkan....ala, murah ajer 2 benda tu....xsampai rm100 pun,, pecaya tak?
hahaah silalah percaya ye....
lepas nie, saya sedang memasang anagn-angan utk beli yang nie pulak...emmm, inila perempuan...heheheh
cantikkan..coach nie..kat sini
Thursday, November 11, 2010
selamat bekerja semua...samaada bekerja di rumah atau di ofis...termasuk di sekolah..
kepada guru-guru...penatkan mendengar semua masalah murid-murid dan pelajar-pelaajr kita yang semakin hari semakin memeningkan kepala.
kalau sekadar tak pandai membaca, tak pandai menulis, tak pandai mengaji, boleh lagi guru-guru bersabar dan mengajar sampai pandai..insya Allah....
tapi kalau dah termasuk kes-kes disiplin..tak tahu nak kata apa...ustazah-ustazah kat sekolahpun bukan tak nasihat,
bukan tak bagi peringatan
bukan tak pernah memperdengarkan tokoh-tokoh yang boleh ditiru akhlak termasuklah Rasullullah S.W.A
tapi gelaja maksiat dan akhlak yang buruk tetap berleluasa dan sekarang telah menular di kalangan murid sekolah menengah dan yang lebih membimbangkan ia juga letak terjadi di
setakat bergaduh, smack down, mencuri, menipu...itu guru-guru sudah lali..dan insya Allah boleh ditantangani...
tapi kalau dah masuk bab-bab simpan video lucah...
atau.....ambil gambar bogel sendiri dan simpan dalam pendrive untuk diedar kepada kawan-kawan
atau dah ada yang berpakwe makwe...
ada diari yang penuh ditulid memoro-memori indah tentang peristiwa-peristiwa yang telah "dilakukan" bersama pakwe yang selalu terbayang-bayang.....??
adakah mak-mak ayah-ayah di luar sana senang duduk tak?
guru-guru pun pening kepala....?
bagaimana murid sekolah rendah terlalu advance sebegitu....
di mana makayahnya ketika murid-murid tersebut merayau-rayau bersama pakwa makwe nya...
dimana ibu ayah mereka ketika murid tersebut meminjam videocam ayah untuk merekod gamabr bogel dan aksi lucahnya....dan di savekan dalam pendrive...
mak ayah xpernahkah mahu mengetahui apakah yang ada dalma hp anak-anak
tak ada perasaan ingin tahukah kemana perginya anak-anak dara kita petang-petang....????
entahlaaahh.....
saya berdoa agar anak-anak kita dilindungi Allah dari semua kejahatn dunia dan segala isinya yang membawa keburukan dan merosakkan aqidah dan akhlak anak2 kita nanti..amennn...
kalau murid kurang hajar mcm video kat bawah niepun guru-guru akn surrenderlaa....mak ayah mereka tahu ker perangai anak-anak kat sekolah...sebab tu, kepada semua makayah silalah berjumpa dengan guru a
nak-anak sekali sekala, tanya perkembangan anak-anak sendiri....bukan serahkan bulat-bulat kat guru untuk mengajar dan membentuk anak-anak.
insya Allah, peringantan untuk saya juga...
Tuesday, November 9, 2010
1 nyawa sudah melayang
Harap tak penat membaca coretan saya untuk kali kedua malam nie..ini bab bangunan baru 4 tingkat yang sedang giat dijalankan di sekolah saya...sekolah kat mana? heheheh xboleh bagitahu, nanti ada yang report kat pihak berkuasa pula...hik hik hik..janganlaaa dehh....
ini bangunannya
alkisahnya hari khamis lepas, sekitar pukul 5.30 petang, sebahagian warga sekolah dan guru-guru dikejutkan dengan tempikan seseorang (lelaki)....mungkin tergelincir...fikir kami....hari Jumaat keesokan harinya, terdengar desas desus mengatakan tempikan semalam adalah suara pekerja lelaki yang sedang mengecat bangunan itu. dia jatuh dari tingkat 4...semua bertanyakan keadaan hamba Allah itu, tapi taida siapa yang tahu.
hari ini pula, ada lagi desas desus mengatakan pekerja lelaki itu telah meninggal dunia dan dipercayai pecah kepala....Innalillahi wainna ilaii rojiunn......
tetapi berita ini tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana tidak mahu sesiapa yang tahu...desas desus itu juga mengatakan bahawa kontraktornya idak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana takutkan sesuatu..apakah itu? mungkinkah kontraktor itu mengambil warga asing yang tiada permit? mugkinkah kontraktor terbabit takut didenda ? Allahu a'lam.
kesianlah kalau kematian pekerja itu tidak terbela...dan iada wang pampasan yang diberikan kepada keluarga nya...tapi saya percaya kontraktor itu sudah berbindak sewajarnya seperti mengirim jenazah pulang dan memberikan wang pampasan, tapi hanya tidak mahu kecoh dengan pihak berkuasa barangkali.....
semoga rohnya tenang di samping orang-orang yang beriman..amin...
janganlaa pulak datang menghantui murid-murid kami nanti..husss....xsayang mulut betul saya !!!!!
MURID SUDAH HURAAY HURAAY
alkisahnya di sekolah saya, meja dan kerusi baru baru sampai dan berlambak-lambak.kawasan sekolah yang sempit dan pembinaan bangunan 4 tingkat sedang dijalankan degan giatnya..kini ...mengikut cokakan saya dah 60 peratus siap.
maka meja dan kerusi baru itu terpaksa disumbatkan ke dalam 3 kelas...murid-murid ke mana? sudah tentu ke dewan. maka guru-guru merangka program-program utk memenuhi masa murid-murid..tak lupa juga murid-murid lain yang berada dalam kelas (selain kelas yang dah jadi blik stor letak kerusi meja)....banyak lah mainan yang di bawa ke sekolah..guru disiplin pun pejam sebelah mata aja..asal jangan bawa benda yang merbahaya sudah...hahahhaha
kita layan gamabr2 di bawah
seremban...kita duu guna batu kerikil ajer...sekarang dah ada dibuat dgn kain, xnak bagi sakit tangan...
main kad..macam-macam kad ada
apa seketul tu? heheheh, tanah liat laa tue..hehhehe
inipun kad juga...macam2 cari budak2nie main, saya cuma berpesan jangan pertaruhkan duit aje....
apelaa budak-budaknie, bila dianya main apa, katanya nak test kelajuan kereta..siap berguling-guling lagi bila keteranya boleh terbang...tapi saya jugak yang kena marah dengan penyelia petang kerana membiarkan budak-budak terguling-guling atas lantai..alahai...
ok....nak buat entry lain plk...pasal bangunan sekolah saya yang dah makan 1 nyawa..hehehheh
sila ke entry bawah yer...jemput-jemput
Monday, November 8, 2010
Asma' tak sihat
dia tidak sihat
demam panas + selsema + batuk sampai muntah +kahak
tak nak makan, tak nak minum susu
tak nak duduk
asyik nak dukung dan duduk atas riba aja
gundah gulana rasanya hendak pergi kerja hari ini
semalam baru buat entry pasal dia kat playground
mahu ambil mc......susah sebab bukan saya yang sakit
mahu ambil cuti rehat.....lagi payah sebab tahun dah 3 kali saya ambil cuti rehat
kereta dibiarkan sahaja.....penat nak menggelek kereta seperti selalu
anak patung bear dibiarkan tertonggeng...tiada semangat nak mengeleknya seperti hari-hari sebelum nie
ubat-ubatan yang menunggu utk dipaksa telan oleh mamanya..dah pandai memuntahkan ubat dah sekarangnie...(abaikan contengan anak-anak saya kat dinding tue yer...:)
asyik nak minta didokong aje..penatlaa mama nie asma'
rasay bos juga tak akan bagi saya nak pohon cuti rehat untuk Jumaat ini.sebab rabu cuti raya haji, khamis juga cuti, jumaat nak cuti juga??? haihhh melampau ke???????
bukanke cuti rehat tu milik pekerja ke???? entahlaaaa
tapi..rabu khamis tus aya tak balik kampung . raya kat KL aje. saya pohon cuti tu bukan sebab nak sambung cuti raya tapi..........
sebab belah suami buat famly day kat trengganu....perancangan dari awal tahun.semua bilik hotel dah booked.check in hotel tengahari Jumaat.....kalau sampai pagi atau malam sabtu, program sudah berjalan....
dilema dilema
Sunday, November 7, 2010
BERSANTAI BERSAMA ASMA' BT MD ZULKIFLI
tiada kata-kata yang hendak diungkapkan...
ku hadiahkan video anak ke 3 saya ini buat tatapan kawan-kawan di alam maya....
MENGANDUNG KAH?
Bagai tajuk yang tertera...
saya pun xtahu bagaimana nak mula...ok...em...permulaanya saya tertanya-tanya adakah saya mengandung? alaa....pi laa beli pregnancy test kan? apa susah.... tapi sbnrnya saya dah test pun minggu lepas....urine pertama di awal pagi .kata doktor urine pertama di awal pagi elok utk test..hasilnya ......NEGETIVE......
*
*
*
xtahu samaada nak suka atau nak hampa.....rasanya tiada perasaan kot
*
*jap...jap...dua-dua ada
perasaan suka itu ada- sebab?
-anak saya no 3 ASMA' baru berusia 1 tahun 6 bulan dan masih breastfeeding , walaupun tak ekslusively....(kat rumah aje, kat nursery bagi botol...kesian juga kat Asma', dia masih kecil, tak puas lagi bermanja...sekarangniepun kalau saya pegang bby lain, dia kana mengamuk. menanges dan terus nak dokong...sian dia...
sebab kedua saya suka bila tak mengandung lagi:-
dah janji dengan kaklong saya, nak menandung sekali kalau boleh stat bulan 12 nie...nanti boleh cuti pantang sama-sama...siap ambik 3 bulan lagi..husss...happpy nya kalau boleh di set kan masa begitu ...kan..kan..kan
tapi boleh ker.......kalau benda bertelinga, boleh laa di suruh2, tapi orang yg bertelingapun payahnak dengar kata bila disuruh, ini lagilaa xder telinga...hua...hahhahahahha
tapi saya juga hampa bila tgk test tu negetive...pulak dah....nape pulak?
*
*
*
sebab 1st:
saya suka mengandung..bebas dari not good friend yang dg ziarah bulan-bulan...masih lagi senggugut mcm belum kawin....
sebab 2nd:
suka mengandung....nak tambah harta dunia...paling maksimum nak 7 0pss ...mintak-mintaklaa suami xbaca..kalau tak..memnag naik minyak semangatnya..diapun adik beradik 10 org...kekekekekke
sebab ke 3rd
suka sangt pada baby.....tengok bby baru...boleh kecur air liur nak cium..nak pegang, nak dokong....
sebab ke 4th:
nak kejar waktu sebelum datangnya penat dan sakit2 lain
alir darah keturunan saya memang ada penyakit2 yang wanita gerun.dan ia bertambah-tambah mengerunkan bila ummi dan ayah berkahwin sepupu....makin kuat gen itu....sekarang niepun doktor dah ssahkan saya ada fibroid..doakan saya moga akan hilang nanti.
saya risau jika ada masalah sebegitu, yang mungkin saya tak boleh atau berisiko untuk hamil lagi..dah target dalam hati, bila umur 35 tahun nanti nak pencen bersalin.
tapi tgklaa dulu..nie baru 5 hari lewat......xnak cek dah....dup...dap...dup...dap aja jantung ini....biarlah..kalau ada..alhamdulillah..kalau xadapun alhamdulillah juga....saya serahkan pada Allah...DIa lah yang lebih mengetahui
tak pernah merasa duit NUFF
hehehehhehe....ini adalah entri saya yang ke 2 buat hari ini. teringat pembelajaran dengan cikgu alam maya tentang blogging ini..katanya untuk menarikminat orang datang ziarah dan terus menjadi penggunjung setia, hendaklah buat entri 1 hari sekali dan berterusan....tapi nie dah jadi 1hari 2,3 n3..bolehke?
cikgu tu kata xboleh, nanti pengunjung xtahu nak baca yang mana..simpan-simpanlaa cerita lain untuk hari2 mendatang...kut-kut kekeringan idea...hehehheheh tapi xapalah..saya ingin menderhaka secara terhormat guru..kalau ada yang nak membaca silakan..kalau xder yang membaca....xapalah..
haihhh..macammna pula nak tahu ada orang baca ke tak? adakah dengan mengira jumlah komen yang ditinggalkan di bwh n3 tiu kah?
kalau begitu...jrang sgtla blog huduh saya nie dikunjungi penziarah-penziarah blogger....em...patutlaa iklan nuff tak masuk-masuk....biarlah saya tak berkecil hati, dulu memang niat nak jugak merasa duit nuff bagi, tapi rasanya hati menjadi gundah gulana sahaja memikirkan cara nak menarik geng blogger utk zziarah dan jadi pengunjung ettap di sini..emmmsekarang nie, xpalah...rezeki Allah di mana-mana ...betul tak...
Lama Tak Dengar Kuliyah Agama
sudah lama benar saya tidak berada dalam majlis kuliyyah agama
*
*
*
eh,eh, bukan ke stiap hari ke dengar ustaz mengajar dalam youtube.....pergi sekolah kawan-kawan memberi pesanan dan peringatan yang baik?
*
*
*
emmm...yerlaaa....betul juga...setiap hari sebenarnya saya telah mendengar tazkirah, cuma terasa rindu hendak menjengar ustaz mengajar secara live, tanpa disibukkan dengan gangguan anak-anak....rindu pada zaman anak dara dahulu di tanahtumpah darah saya..negeri serambi mekah...setiap pagi jumaat saya akan bersama ayah, ummi dan adikberadik pergi dengar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengajar .kini tidak lagi...duduk dengan anak-anak aja kat rumah kalau musim cuti sekolah. terasa best dan tenang sahaja hati bila ke masjid wilayah petang kelmarin, mendengar kuliyyah magrib live dari seorang ustaz...
*
*
*
anak-anak?
ehheheh, suami yang tolong tengok-tengokkan di tingkat bawah. tak boleh bawa masuk ke ruangan solat, budak-budak biasalah, tak berhenti-henti berlari dan menjerit.Terasa tenang dan selesa sekali...aircond yang sejuk heheheheheheh, tenang dan damai...sambil mendengar kuliyyah...emmmmmmmmm sungguh damai
tapi sekejap ajer dalam 15 minit saya dalam keadaan begitu, terus turun untuk pulang, anak-anak dah merengek2 nakkan mama,msg abahnya.
antara mutiara yang saya kutip adalah 2 makam untuk menuju kepada kasih sayang Allah...
permulaannya , kitahendaklah mencapai makam TAUBAH
kita hendaklah bertaubat @membersihkan diri dari segala dosa kita, kerana itu adalah syarat Allah akan terima pengabdian kita. banyak contoh, nabi Muhammad walaupun sudah dibelah dadanya sewaktu kecil,tetapi Allah telah menghantar lg malaikat utk belah dada dan membersihkan hati Baginda sejurus sebelum berangkat ke isra' mi'raj
nabi Musa juga begitu, ketika menghampiri wadi situa,(ketika ingin mencari api untuk keluarganya) Allah menyuruhnya membuka sepatunya kerana baginda berada dalam tempat suci.jadi kita sebagai hambanya mesti bertaubat dahulu sebelum membuat ibadah-ibdah lain
makam ke dua...selepas bertaubat, kita hendaklah MAKAM SABAR
bersabar ada 2 jenis. yang pertama dan paling senang adalah BERSABAR-untuk menahan diri dari melakukan maksiat.sakitnya hanya sekejap.contohnya ingin mencuri..tetapi tahan nafsu supaya tak mencuri...sekejap sahaja kita bersaBar. yang kedua dan paling payah adalah BERSABAR dalam membuat sesuatu kebaikan dan istiqamah dalam melakukannya. itu sahaja mutiara yang saya kutip dalam malis ilmu petang kelmarin...Allahu a'lam, kalau ada yang saya tersalah faham, bolehlah kawan-kawan betulkan.
sekian yea....
Saturday, November 6, 2010
KORBAN YANG HARAM?
diharap kita semua sihat walafiat dan hidup penuh ceria disamping suami dan anak-anak (opss...yang xkawin lagi...hidup ceria disamping teman2 dan tugasan2 seharian)
kenapa kita selalu berdoa untuk dri sendiri dan org lain, kita sebut WALAFIAT ?
teringat apa yang ustazah saya ajar masa duk Maahad dulu. sihat tue , maksudnya minta kesihatan jasad dan badan...dari penyakit luaran macam demam ke...apa2 lah yang kena rawat kat spital. tapi untuk walafiat tue.....adalah kesihatan rohani kita.....minta dikurniakan iman yang kuat, kesabaran yang hebat dan semua yang bersifat rohani..
kembali kepada tajuk n3 nie....pagi nie,,,tengah bersantai-santai....tunggu 2 orang lagi anak saya yang tak bangun tito....(hehehhehe best mamanya bersantai anak xbgn lagi...enjoy tnetler)
ok..sambung bab suami tadi...dia datang dan bertanya dengan penuh tandatanya...serius aje mukanya (sila gelak 3x...kui...kui...kuii)
sayapun pelik "iye ke? ada ke jadi gitu?"
suami pun dengan selamba rocknya berkata sambil berlalu
laaaaa......hehehehhehehehehehehe aku gelak sakan....terhibur sejenak..
*
*
*
itulah kuasa jenaka
**
**
***
buat diri kita terhibur dan terasa ringan seketika....
terasa nak nyanyi fly without wing pulak heheheheheh
Keajaiban Dalam Tulisan Microsof Word..
Cuba buat sendiri and lihat...
1. Buka Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY
Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar World Trade Centre.
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..menakjubkan..kebesaran Allah S.W.T
sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang
menjangkakannye ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..
kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ...
dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH....
Cubalah...dan sebarkan.... Lepas tu cuba tukar kepada font WINGDINGS 2 & 3
Copy..Edit & Paste dari http://kitaransemula.blogspot.com/
Friday, November 5, 2010
apa ada di Masjid Wilayah.
nak bercerita ceriti skit....tgk gambar nie.
apa ada kat masjid wilayah?
hari ini telah dibuka gerai-gerai jualan sempena majlis meraikan ditubuhkan badan PERKIM utk tahun ke 5 (rasanyalaa kot)
tepat jam 5.30 kami sekeluarga naik WIRA ITAM kami menuju ke destinasi....
sebenarnya nak menengok ajer, sebab fuluss memang xbawa banyak.... dah sampai tue.....ewah2....banyak pula yang berkenan ....tapi seperti yang saya cakap tadi...kami xbawa duit banyak....
ada gerai abaya,
*
*
*
gerai buku-buku agama
(ahhh....bercinta hinggga ke syurga 2-belum lagi dapat dimiliki...ada orang nak hadiahkan tak? huuhuuhuuh)
*
*
*
gerai produk makanan muslim
*
*
*
JAKEL pun adoooooo !!!!!
*
*
*
makanan kesihatan dan makanan otak seperti jus-jus kurma dan dll
banyak lagilah...datanglaa tgk sendiri yang mana berkenan.
*
*
*
yang paling best, anak-anak sayalaa, sampai xnak balik...kenapa?
penangan benda alah ini
*
*
esok Perdana Menteri kita akan datang merasmikan majlis tersebut...
maka datanglah beramai-ramai
nasyid juga ada secara life (suara kerongkong...bukan miming)
kami bermagrib di sana....dengar sedikit kuliyah magrib (ustaznya xdiketahui, tapi best sangat...nanti saya ceritakan dln n3 lain)
*
*
*
dah nampak gelembungtu dah dibuang angin (penyet) baru anak-anak ajak balik rumah
sebelum pulang, abahnya bawa round kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur....bagianak-anak berlari bebas dan riang dulu..balik nanti gerenti cepat lelap...penat..hehehehehe...
dan kamipun pulang ke rumah jam 8.55pm
isyak belum nie (penulis masih leka menulis n3...isshh....malaikat pun tgh menulis jgk tue...huhuhuhuh...ok babai...isyak dulu)
layan beberapa koleksi gambar ....ZAsssssSSSSZZZ
Kem Literasi Solat.
Sebagaimana yang semua tahu (lebih-lebih lagi yang dah ada anak sekolah )sekarang nie student sekolah dah abis peksa akhir tahun, jadi guru-guru sambil sibuk menanda kertas peksa, semuanya turut dikerah untuk memenuhi program-program lepas peksa utk murid-muridnya. dewan sekolah saya dibuka terus (xtutup-tutup)selepas dari hari last peksa. maka, Penyelia petangpun terus mengarahkan guru-guru membuat apa sahaja aktiviti berfaedah agar masa terisi dengan aktiviti2 yang memberi ilmu.
Antara aktiviti yang kami buat adalah hari keselamatan.bunyikan siren atau loceng panjang (dari biasa)utk latihan kebakaran, slot matematik, slot bahasa inggeris, slot agama islam ( sirah nabi) dan banyak lagi. dan diantara banyak2 program itu, Kem Literasi al-Quran lah yang saya rasa paling hapenning dan memenatkan juga....kenapa? emmmm sebab saya pun menolong sama. ;)
guru-guru agama mengumpulkan murid yang tercicir (atau masih tersangt lemah dalam bacaan IQRA' (buku 1 -3 ) utk dipulihkan. pada hari itu, saya pun berpeluh juga mahu memulihkan mereka..target guru-guru adalah menaikkan bacaan IQRAK' setiap murid dari buku 1 akan ke 2 @3@4 sekurang-kurangnya melangkah je satu buku lainpun dah sesangat memadai....(
namun setelah kami berhempas pulas , terdengar lagi cakap-cakap sumbang dari guru-guru lain tentang kelemahan guru-guru jQAF dalam menjalankan tanggungjawab mengajar. diaorang kata.....apalah guru jQAF....sepatutnya dah ada jQAF nie,xakan ada dah murid yang tak pandai baca IQRA; atau al-Quran dan tercicir.... amboi mulut.....xsayang mulut betul!
kalau begitu lah sifirnya....maka gagallah setiap guru pemulihan yang ada di setiap sekolah tu! yerlaa...dah lama guru pemulihan ada, tapi murid yang tak pandai baca b.melayu tetap ada...sekarang nie kerajaan mewujudkan LINUS pulak utk mate dan sais....terbaru pula, ada LINUS tegar pulak! tu kenapa plk jadi begitu..bukankah guru tersebut juga telah berpeluh sampai ke ketting (semua paham ker makna keting tue...hehehehbahasa melayunya xtahulaa, tapi dbahagian body yg atas tumit kit atu)nak memulihkan budak lemah....(angin juga saya dibuatnya)
kenapa sesetengah individu tidak dapat menerima guru jQAF itu seperti guru pemulihan yang lain....itukan guru luar norma.....guru jQAF dan guru pemulihan...ejaan sahaja yang berbeza...tanggungjawab dan tugasannya sama...mungkin guru jqaf diwajibkan menjalankan beberapa kem atau kursus2 kepada murid-murid...rasanya lebih hebat lagi bebanan nya .....(issshhh...kang kena
di dunia nie pun....sepatutnya xadalah orang yang yang tak beriman sebab Allah dah utuskan Nabi , bagi al-Quran lagi, sunnah Nabi pun ada, tapi kenapa ada lagi yang sesat..ada lagi yang enggan pakai tudung...... apa-apapun janganlah memperlekehkan usaha keras seseorang....bukan semua murid ada peluang utk belajar mengaji dari kecil dan boleh absorb pengajaran yang diberikan sekaligus (on the spot) kasihanla guru-guru tersebutkan......usaha mereka tidak dihargai...malah diperkecil-kecilkan lagi.
yang telah menghantar surat terbuka teguran utk guru jQAF. boleh klik kat sini (sory keratan akhbarnya saya tak sempat ambil).... mungkin ada sebahagian guru begitu, tapi janganlah di buat surat terbuka, nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kesian kawan jqaf saya, selepas keluar kat Utusan Malaysia (rasanya laaa) tentang surat itu, kawan saya pergi sekolahpun semua guru-guru pandang lain macam...macam wat salah pula. kesian...sekarang nie GB dan kakitangan pejabat pun dah senyum sumbing ajer (nganyying).....apelah nasib guru agama kita.....
nota kaki: nganyying- sindir
jom lihat sebahagian gambar KEM Literasi sek saya...yang buat kami berpeluh ketiak.... ;)
maafla gambar pun gini jer yang termampu tunjuk...line tnet xizinkan letak gambar byk2...
aik..nape ada gambar hijau plk tue....ambik mood baru....saja nak menenangkan gelodak perasaan bila dah penat dengr budak-budak baca IQRA'...hahhahahah
Tuesday, November 2, 2010
MAHU JUALKAN BAYI ANDA?
comel tak wajah baby perempuan ini....lawa kan. tengokla keningnya yang halus bagai diukir, mulutnya merah dan munggil , pipinya yang mulus dan kulitnya yang halus dan cerah..
kalau kita dianugerahkan Allah bayi secantik dan sesempurna ini, mahukah kita menjualnya kepada orang lain..........
ikutkah hati saya, mahu sahaja saya melarkannya...waduh...sungguh bahagia menatap wajahnya..inilah bayi tak berdosa yang telah menjadi mangsa sendiket penjualan bayi yang telah ditumpaskan dalam Ops Pintas Sayang yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman
berita penuhnya boleh rujuk di sini... BERITA HARIAN ONLINE
mana tak lawanya. bayi ini kacukan Melayu, manakala bapanya seorang warga Pakistan...dan kemungkinan besaar adalah bayi luar nikah...kasihat sekali nasibnya..bayangkan macammana jika dia di beli oleh orang bukan Islam...sudah tentu dia juga akan mengikut agama mak ayah angkatnya itu.
jangan terkejut kalau harga yang dibayar untuk memiliki bayi ini adalah RM21 ribu..hospital swasta terbabit adalah dimiliki oleh seorang Datuk yang dah 10 tahun menjalankan kegiatan ini...patutlaa kayo rayo
rata-rata yang menjual bayi adalah wanita yang mengandug anak luar nikah.Si ibu akan bersalin di hospital itu dengan kos bersalin serta rawatan ketika pantang ditanggung hospital berkenaan, selain turut diberikan sedikit habuan selepas menyerahkan bayi mereka..
lagilaa best nie...dahla anak xpayah jaga...semua perbelanjaan bersalin, berpantang ditanggung.dapat duit lagi lepas tue...tapi apakah dosa itu mereka kira sekali....mungkin tidak...malah mungkin ada yang berazam nak buat lagi taun depan.
Thursday, October 28, 2010
.' CUTEST BABY CONTEST ' bersama Sinar Raudhah
1 - Terbuka kepada semua blogger di Malaysia-ya, saya berada di GOMBAK
Wednesday, October 27, 2010
ALERGIC MAKANAN LAUT?
saya tahu walaupun tak ramai geng blogger yang msuk mengomen di sini.....saya tetap postingkan sesuatu pasal diri saya...hahhahaha...tahu kenapa..kerana saya suka menulis....tapi bukan penulisan yang heavy....kadang-kadang tidak ada info bergunapun...cuma cakap-cakap kosong sahaja...kadang-kadang malu juga kat geng bologger yang menulis khas untuk menyampaikan dakwah dan info tazkirah...huhuhuuhhuuh
jadi blog saya nie xtahula berstatuskan apa.....ilmiah...? emmm...kureng ada.....cacamerba aje.. mula-mula khas untuk melaporkan homeschool anak,tp sekarang dah lai plk jadinya.in the future kena fikir baliknie apa sebenarnya dengan blog saya nie...
status saya sekarang adalah= alergic dengan makanan laut....sebenarnya akak ada darah alergic dgn makanan laut. kalau orang kelantan cakap_bade....kalau orang KL sebut aper yer...alergic kot...lebih manis bunyinya...walhal perkara yang sama aja...
tahun nie dah 2 kali saya terkena alergic...awal tahun dulu sebab makan udang dalam mee udang...30 minit makan terus naik bintik2 gatal bawah kulit kat tapak kaki dan tapak tangan. 3 hari saya merana dek kegatalan...last2 saya dah tak tahan ,pi klinik minta ubat makan...tak tahan juga..pergi balik klinik tu minta di inject kan...
kesan inject tue tak berapa memberangsangkan..malah meninggalkan parut seumur hidup...daging tgn saya mengeras setengah tahun dan sekarang sudah tiada lagi, cuma meninggal kesan putih (macam kulit albino sebesar buah limau nipis kat lengan kerana inject kat lengan)-pi tanya balik, dr tu kata komplikasi inject ada jugak yang jadi gitu? emmm....betul ke? ;)
dan 2 hari lepas sekali lagi saya alergic....kali nie dengan sotong pulak..pelik juga, sepanjang bertahun2 nie makan sotong, tak gatal lagi..2 hari lepas gatal...gatal macam yang 1st jugak...xboleh nka buat kerja..masak pun xboleh..terus pergi klinki minta ubt mkn dan inject....tapi bukan kat klinik yangs saya tau! dah fobia....dan tempat cocoknya juga bukan di legan .hahhahahahhahah..... nasib baik dr pompuan...saya memang selalu pilih klinik pompuan...mahal skit tak kisah..janji kita bebas bertanya....dan ceritakan masalah2 sulit..hahhahahah
setelah mendapat injection ptg tadi...sekarang dahkurang gatal...cuma mengantuk sgt....dah tibai tido lepas magrib tadi...sekarang mata dah segar skit..
alhamdulillah.....tapi risau jugak kalau saya terpeknet...inject alergic tue xper ke?emmmm...peknent......? hhahahahah xcek pun...memang period selalu tak teratur sejak kelahiran anak ke 3 1tahun 5bln yg lepas....