Monday, January 31, 2011

AWASI ANAK DARI KUMPULAN PEMOTONG ANGGOTA BADAN UNTUK DIKAJIKAN PENGEMIS

walaupun di MAlaysia, belum ada lagi dilaporkan kes-kes begini, namun ibubapa harus lebih mengawasi anak-anak ketika mereka bermain di kawasan rumah atau di taman-taman permainan. Tidak mustahil golongan syaitan bertopengkan manusia nie ada di MAlaysia..ketika saya belasan tahun dulu, ada dikhabarkan orang kampung saya menjumpai anaknya yang sudah buta di ibu negara setelah hilang dari rumah


DHAKA 15 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap ketua kumpulan yang dipercayai bertanggungjawab memotong anggota badan kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah.

Pegawai Batalion Tindakan Pantas Polis, Kolonel Zia Ahsan berkata, Omar Faruq, 30, ditangkap di sebuah kawasan pinggir bandar raya Dhaka semalam.

''Dia mengaku yang kumpulannya memotong anggota badan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah di Dhaka serta beberapa bandar lain. Mereka juga merogol gadis dan memaksa mereka melacurkan diri,'' katanya kepada AFP.

Beliau berkata, kanak-kanak cacat tersebut disewakan sehingga 400 taka (RM18.60) sehari kepada wanita yang akan membawa mereka meminta sedekah di persimpangan jalan yang sibuk.

''Wanita-wanita berkenaan bertugas sebagai pengawal dan menyamar sebagai ibu kanak-kanak terlibat'' ujarnya.

Pasukan keselamatan elit tersebut dimaklumkan mengenai aktiviti kumpulan itu selepas anggota Faruq dipercayai memotong kemaluan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Neyamul dan dilaporkan oleh ayah kanak-kanak itu kepada kepada kumpulan hak asasi tempatan. - AFP

Sunday, January 30, 2011

oh Kek Velvet merah


Assalamualaikum,



saya bukan mengidam, jauh sekali termimpi-mimpi atau mengigau nak makan kek ini, tapi setiap kali saya memandangnya , air liur saya mula keluar, terasa keenakannya, lemaknya, manis dan lembutnya salaing bertaut di dalam mulut saya...chewah..macamlah pernah makan kan..hahahahhaha....tapi hati saya sangat teringin memakannya. ada kawan yang mnyediakan perkhidmatan tempahan kek tersebut, tapi jauh sangat. kat kedai SR (sicret recepie) pun dah banyak kali skodeng, tapi tak ada jual juga...husssss..kat manalah nak tempah... sampai bilakah haris saya menelan air liur bila teringat atau melihat kek secantik ini..hurm......ayat nak minta belah ehsan sang suami..kakakakakaka....

kalkalau anda berada di subag jaya atau sekitar shahalam,bolehlah usha ke blog ini untuk tempahan... cupkekasih

Tikam Bayi Sendri BertuBi-Tubi

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan wanita Myanmar yang didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan menikam bertubi-tubi di tandas rumahnya, Selasa lalu diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama sebulan.

Majistret Zilfinaz Abbas membuat perintah itu terhadap Nuraishah Abdullah, 23, selepas membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zara Aina Mohd Zawawi. Terdahulu, Nuraishah yang memegang status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh anaknya di rumah bernombor 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa, dekat sini kira-kira jam 9 pagi, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ketika dihadapkan, ibu muda itu yang masih dalam pantang kelihatan lemah hanya duduk dalam kandang tertuduh dan meminta penghawa dingin dimatikan seketika atas alasan tidak tahan sejuk.


Dia yang memakai baju-T dan kain batik dilihat termenung panjang dan sesekali mengalirkan air mata. Zilfinaz menetapkan 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan perubatan. Rabu lalu, akhbar melaporkan seorang ibu tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang di Kampung Jawa, dekat sini.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.


Hasil siasatan, polis mendapati, wanita itu baru melahirkan bayi kira-kira jam 9 pagi pada hari sama. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.



Upin Ipin lagi



Assalamualaikum

anak tak habis-habis suka tegok cerita ini, walaupun sudah beribu-ribu kali.. gamaknya kalaulah ia sekeping cd sudah lama terbelah dua. nasib baik saya sudah tahu akan hal tersebut and awal-awal lagi masa suami beli, saya dah buat 1 copy ke dlm pc.....

Ngangung ke ngangkang?


Assalamualaiukum semua

sudah tentu semua sekolah menengah dah cuti pada saat ini...huhuuhuhuhu (ini nanges tau) sek kami tak cuti..memandangkan sekolah kami sekolah melayu dan inda (sorang dua) GB tak nak bagi cuti....huuhuuuhhuhu..tapi xper, maknanya kami tak payah ganti sekolah...ekkkkkrrrr..tapi bulan nie dah setiap sabtu kami datang...maknenya datang free jerla..sadis sungguh..xper..xper

eh, maafla kalau tajuk diatas begitu menjengkelkan..itulah yang saya mula-mula fikirkan tajuk filem di atas..ade jugak filem dengan tajuk itu...ingtkan cerita apa..hahahahha

nak di jadikan cerita, suami telah downloadkan filemtu kat internet ofis dia..akakaka, masukkan dalam external drive kami n pasang kat tv di rumah, kami anak beranak tengok..hahahha nak pecah perut...yang penakutpun akan jadi berani..xder seriau dah..kaaakkakakkaka

tadi ada blogger kata dia dah uploadkan filem ngankung full version kat youtube, sape nak tengok, bolehlah download dr sana.

betullah, rupanya ngankung tu memang mengangkang...bukan masa kat bowl tandas yer, tapi mencangkung depan bomoh minta nombor ekor..teringat pasal no ekor nie..jom layan gambar ini.. apa pendapatan geng semua?
hhahahaha, nie dah bukan gaya mengangkang atau mencangkung....tapi tetap mengangkung...

Saturday, January 29, 2011

sms FITNAH..jahat betul

Assalamualaikum, semalam, suami saya telah menerima 1 sms begini:


“PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”

saya mengucap panjang bila membacanya...sedih dan mengerikan bila mengenangkan keadaan si ibu yang telah kehilangan anaknya itu..bayangkanlah bayi berusia setahun yang masih menyusu botol dan tak pernah berjauhan dengan si ibu di bawa lari oleh penjenayang. entah apakah nasibnya di dalam kereta tersebut. mungkinkah dilempang sehingga pengsan kerana tak henti-henti menangis? mungkinkah kehausan setelah 4,5 jam meraung mengangis mencari ibu dan ketakutan kerana orang yang tidak dikenali bersamanya di dalam kereta? pelbagai kemungkinan yang saya fikirkan.

tetapi hari ini saya menerima berita ini:

Polis nafi ada kes culik budak di Puchong

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu.

“PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi semalam gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”- Bernama


alahai siapalah yang sanggup menyebarkan berita bohong ini....benda-benda bahaya macam ini boleh dibuat main-main lagi? tak tahulaa apa motif sebenar merekankan...namun kepada ibu-ibu yang selalu menghntar anak-anak ke nursery, berhati-hatilah bila mengeluarkan anak-anak untuk ke nursery. lebih-lebih lagi yang mempunyai 2,3 orang anak dalam kereta, sudah tentu mengambil masa untuk si ibu meng loadingkan anak-anak seorang demi seorang ke dalam nursery kan..haa...diingatkan,jangan meninggalkan anak-anak anda di dalam kereta yang tidak dikunci atau anda tiada di dalamnya...

alternatif lain, panggil sahaja petugas nursery tu, sambut sekali semua anak-anak kita. atau moms boleh keluarkan semua anak-anak, kunci kereta dan masuk ke dalam nursery secara berjemaah ok...untuk keselamatan anak-anak kita dan harta benda kita..

wassalam


Friday, January 28, 2011

Kuaci halal sudah?


Assalamualaikum,

malam ini, sang suami pergi kedai, pegi belia is...ais sudah habis di rumha, sudah lama saya tak buat ais sendiri, malas pun ada, kadang kala peti ais tempat beku sudah penuh dengan lauk pauk basah...walhalnya MALAS lah jawapan yang betui..hheheheheh

Antara lain yang dibelinya adalah ini..


pernah baca atau dengar berita tentang kuaci yang haram di makan pada pertengahan tahun lepas? boleh lihat di sini .pada mulanya saya pun terkejut bila suami bawa balik kuaci...

:eh, bukan ke kuaci haram ke ?'
:dah halal dah, tengok ....(sambil menunjukkan logo halal kat bungkusan kuaci tersebut. korang sume buleh skodeng gambar kat atas tu...)
:oooo......dah halal rupanya..

jadi kepada penggemar kuaci di seluruh nehara..selamat makan kuaci kembali....
















salah siapa kalau anak nak tukar jantina nanti?

Assalamualaikum,

maaf kerana tajuk begitu kasar sekali...
Sudah tentu ramai dari kawan-kawan yang pernah menonton rancangan kanak-kanak Tom-Tom BAk di astro kan. semalam saya juga tidak terlepas dari menontonnya, memandangkan ank-anak setiap hari itulah channelnya sampai nak tgk beritapun kena bua tenet....

saya menyaksikan kanak-kanak berumur 5 atau 6 tahun dalam segment berbual-bual bersama pak Nil.. budak itu sungguh sweet, dengan rambut ikal mayang separas pinggang, ikal mayang lagi..tapi bila ditanya namanya..masya Allah, lelaki rupanya. saya terlupa pula namanya tapi yang mengesahkan dia seorang kanak-kanak lelaki adalah pangkal namanya Muhammad ...... n dalilnya lagi, ada seorang peserta juga telah menyatakan dia(merujuk pada budak tulah) seorang boy..
kalau bukan disebabkan namanya atau pengesahan dari peserta lain, memang saya tak sangka kanak-kanak itu seorang boy...salah siapakah ini? adakah salah kanak-kanak tersebut kerana memilih personaliti dan penampilan sebegitu? tepuk dada tanya aqal yang telah dianugerahkan..

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Rancangan tv sekarangpun tak putus-putus menayangkan hiburan dan rancangan untuk mencari bakat menyanyi, menari dan macam-macam. saya rasa sebab itulah anak-anak sekarang semakin malas untuk belajar dan mendalamni al-Quran dan agama, kerana media perdana sendiri semakin galak mengajak generasi ini ke arah itu. mungkinkah suatu hari nanti saya sendiri terpaksa bungkus sahaja tv ini dan masukkan bawah katil???

sama-sama kita fikirkan....

Thursday, January 27, 2011

Asma' Tak Sihat Lagi....

Asssalamualaikum,

malam kelmarin Asma' demam panas, ketika diasedang tidur. maka saya malas nak bangunkan dia. terus saya masukkan ubta ikut montot ajer....itupun dia dh mengeliat2 sakit..kaakakakkaka
sakit ker? heheheh sbb tak pernah cuba sendirikan... ;)

pagi semalam pula ,Asma' masih boleh makan nasi bubur...saya bgai dia ubat demam tanpa antibiotik..sbb antibiotik yang bulan2 lepas xboleh makan dah..doktorkata wajib habiskan antibiotik tu walaupun dah tak demam..dan saya?? xpernah habiskan ...nampak dah nak elok demam terus stopkan ubat..

orang kata antibiotik untuk bby yang berusia bawah 2 tahun bahaya...tapi kenapa doktor still bagi lagi

paginie asma' terus tak bolehmenelan air liur..semalma dah pi jumpa dotor..doktor kata dalam tekak dia merah dan dah menanah skit..tentulah sakit .saya pun dah boleh bayang betapa siksanya Asma' nak menelan air liur, apatah lagi nak menelan ubat-ubatan yang diberi doktor...

status saya pagi nie: mengantuk dan penat sebab berjaga malam..Asma' tido sekejap 2 ajer..dah perut lapar, nak minum susu xboleh..asyik menganges ajer..saya pun tak boleh tidur, bangun buka komputer n buat skit kerja2 sekolah yang masih belum beres....

di harap kawan blogger tolong doakan moga Asma' cepat sembuh...harap2nya GB bagi saya ambik cuti rehat arinie..kesian pula nak hantar Asma kek rumah pengasuh dlm keadaan dia gitu....

10 Surah Mujarab dari Rasulullah

AL-QURAN: 10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

di ambil dari : caca merba dan beliau ambil dari sini

komentar: jom sekalian geng-geng blogger..kita amalkan bersama

Monday, January 24, 2011

Tegas atau Garang?

Assalamualaikum,

apa yang lebih baik...garang atau tegas...?

saya tahu, mesti ramai yang kata tegas lebih baik kerana anak murid akan rasa lebih hormat dan tak berani untuk memain masa kita mengajar...kan..kan..

tapi kalau garang pulak...anak murid akan rasa takut dan bukan hormat..kadang-kadang mereka akan memain jugak kat belakang sebab rasa hormat pada kita dah ilang..betul tak?

tapi bagaimana pula kalau kita bukan seorang yang tegas tetapi garang?..macam saya...? adakah tegas boleh dipupuk dan dibuat-buat? puas sudah saya cuba, tetapi kegarangan saya telahmnegalahkan ketegasan saya...hahahah sebenarnya saya tak pernah mempunyai ketegasan dalam diri....

ok geng-geng sekalian, bagaimana kita nak menjadi seorang yang tegas???

Sunday, January 23, 2011

Anak-anak sudah membesar


Assalamualaikum semua.didoakans semoga semua sihat dan ceria dihujung minggu.
sekarang masa saya bersantai sesudah asmak tidur. Abg Muaz pun dah tidur. arini muaz sorang yang belum tidur, yang lain sudah tidur tengahari. maka mamanya..boleh mengupdate belognya yang mati segan idup tak berapa nak idup ini..ahhahahahahah

pagi tadi ada meeting badan kebajikan guru kat sekolah. Guru besar
bagitahu tiada cuti berganti untuk Tahun baru cina..maka cuti sek saya hanya 4 ari (termasuk sabtu ahad) emm...nampaknya memang tak boleh balik kampung.

melihat anak-anak tidur, baru boleh perhatikan betul-betul mereka..kalau tak..mcm lipas kudung, nak pegang pun tak lekat...asyik buas bermain..buas? hahahahhaha bahasa kelantan tu: maknanya sgt aktif.hhhhuhuuhu

abg Muaz. dah 6 tahun. mama doakan moga menjadi abang yang penyayang kepada adik-adik. jadi ank soleh, rajin belajar n baca iqra@ (malasnya tok soh cakap...dengar ajer suruh mengaji terus lari..huuuhuhu)

Faqihah 4tahun dah..ari jadinya semalam 22/1 .dah besar kakak..mama doakan moga cemerlang dunia akhirat, jadi anak solehah n berterusan dalam menjaga aurat.

Asma' 1 tahun 7bulan. mama doakan moga tidak menjadi pemarah n garang (sekarang nie sgt2 garang, tak kena skit, terus pukul orang, siap marah-marah n jeling-jeling lg...


Friday, January 21, 2011

jalan-jalan Taipusam

Assalamualaikum,

bagaimana anda menghabiskan masa pada hari Taipusam....
di luar kelantan, rasanya semua cuti. tetapi orang kelantan (sekolah kakak saya) tidak mengambil cuti Taipusam kerana tiada murid atau guru berbangsa India di sana. mungkin sekolah yang ada guru atau murid berbangsa indiapun tak cuti, tetapi individi terbabit sahaja yang memohon cuti atau diberikan cuti.

pagi tadi kami tak ke mana-mana kerana cik suami ada program bola kat padang kampung sebelah. tapi dia bukan pemain bola..ajk kecit-kecit ajer..ehheheheheh...tengahari baru cik suami balik. lepas zohor anak-anak dah sibuk mengajak abahnya jalan-jalan naik kereta.

mulanya nk ke Giant batu caves. ulalallalala...jem teruk..sudah diketahui ramailah kan katbatu caves tu...hari taipusam pulak..jalan utama nk ke sana semalam dah ditutup..ramai kaum India wat haji dengan berjalan kaki ke sana. ada yang botakkan kepala, ada yang tak pakai selipar, ada yang pakai kavadi (betulke panggilannya tu?)

maka cik suami melencong terus ke TESCO...TESCo kat sini tempat luas tapi barang tak berapa meriah sanagt. anak2 masuk ke tempat permainan yang guna token tu..ewah-ewah...nak main pulak...sayang duit nak beli token.bukan berpekdahpun...membazir ajer..mujurlah mereka masih kecil dan belum kenal mana yang betul-betul permainan, mana yang cuma paparan iklan..maka mereka dengan seronaknya bermain kat tempat racing kereta..padahal mesin tu tanyangkan iklan racing kereta..bersungguh2 mereka memulas stereng tue..huuhhhuuh..kesian pun ada...sekejap ajer, lepas tu saya pujuk mereka utk pi beli pensil warna dan buku...alhamdulillah, mereka termakan umpan..yahoo..selamat diut saya yang tak seberapa utk membeli token dan mengkayakan cha ya nun alip.

sudahnya kami terus ke maidin..barang-barang kat sana lebih variaty dan lebih murah...sampai ke sana...haaa...mak kau....banyok bebenor anak2 saya ambil barang..abahnya pejam mata ajer membayar...tapi untuk saya, saya cuma beli marker pen ajer 4 batang dan losyen balqis...wangilah baunya....untuk suami jugak, insya Allah, disebabkan baunya teramat wangi, saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak memakainya keluar rumah...ini janji saya...kalau saya buat, kwn-kwn sume pakat datang ketuk balun kepala saya denag penyapu yer..hiihhhihhihiih......

lepas tu, suami terus pi NSK...pasaraya borong untuk beli lauk pauk basah. kali nie, cik suami sorang ajer yang masuk cri barang, saya dah tak kuasa nak menapak bersama asma' nie....penat betul...faqihah dan muaz pun dah habis tenaga berlari2 kat MAidin tadi.. kami sampai rumah pukul 8 mlm....berdezup suami saya terbang masuk tandas...magrib punya kewajiban belum tertunai...saya? hehehehehhehe...ma'zurah...lama xpakai perkataan nie..cuti umum...:)

Tuesday, January 18, 2011

“suatu ketika dulu…..1st contest bersama annurkasehcollections”


fuh....inilah bannernya..jom sekali lagi mencuba nasib....manalah tahu dapat hadiah kenang-kenagan kan... ;)


ok, gambar yang ingin saya share adalah.....amaran keras..jangan sape-sape gelak tau!!!!
(sila klick untuk imaj yang lebih jelas..maklumlah dah puluhan taun..heheheh)


ok..senang sahaja syarat-syaratnya.

1) Terbuka kepada semua bloggers yang beralamat di Malaysia..
(kalau dok overseas ,mesti ada alamat yang sah kat Malaysia )-

yes...i'm piorr malaysian, kat gombak, batu caves.


2) Buat satu entri ttg Contest ni..bertajuk:

“suatu ketika dulu…..1st contest bersama annurkasehcollections”
`dah`

3)letak banner contest di bawahni dalam entri &side bar.
-dah-

4)upload 1 keping gambar NOSTALGIA anda bersama rakan-rakan zaman persekolahan anda dulu.

5)gambar mestilah jelas (walaupun telah dimamah usia.)
-dah..gambo darjah 4 d0lu-dolu-

6)tulis kisah ringkas disebalik gambar tersebut.Mestilah bermula dengan ayat

“suatu ketika dulu…………..(tidak lebih 100 patah perkataan)


suatu ketika dulu, sekitar tahun 1990, dalam darjah 4 di sekolah rendah kebangsaan Tungku Abdul Rahman, Saratok, Sarawak. Saya yang perasan ciut telah posing lain dari yang lain dlm gambar kelas yang akan di tempekkan dalam majalah sekolah.kalau perasan, cuba tengok tangan saya yang mengada-ngada itu..hhahahahha, sekarang dh berubah kepada low profile yang amat. sekian terima kasih

(70 patah perkataan..ekekekke)


7)nyatakan butiran lengkap anda:

NAMA PENGIRIM: shafida
NAMA ID FOLLOWER: shafida
REFERRER:( dari siapa anda tahu ttg contest ini-nyatakan nama dan url blog@emel mereka)
- diundang oleh annurkasehcollections -


8.telah jadi follower blog
http://annurkasehcollections.blogspot.com
-dah-


9. Akhir sekali tulis didlm comment dibawah.


last sekali:

NAMA PENGIRIM:
NAMA ID FOLLOWER:
REFERRER:
( dari siapa anda tahu ttg contest ini-nyatakan nama dan url blog@emel mereka)
URL entry anda:


ucap selamat yang betul


Assalamualaikum, dan selamat satu Malaysia!!!!



hahhaha, pernah dengar ucap selamat seperti di atas...sudah tentukan...kat corong-corong radio dan tv juga, ramai dah yang menyebutnya.....namun ada sesetengah kita tersalah menyebutnya...sayapun (sebelum petang tadi).....

kalau nak ucapkan salam....ucap Assalamualaikum

kalau nak ucapkan selamat (bagi non-muslim ucap selamat sejahtera.....(kan..kan..kann)
ke ada orang sebut salam sejahtera??? xder kan. tp rasa mcm ada jugak org sebut gituw ......

jadi kalau ..... Sxxxxxxx 1 Malaysia tu..kene sebut selamat atau salam kat depan?????
cuba jawab...okey, sapa leh jawab....angkat kaki....em..xder sape..ok, saya jawab sendiri
sudah tentu SELAMAT 1 MALAYSIA...... DAN BUKAN SALAM 1 MALAYSIA kan..kan..kan
sebab kalau non muslim kita sebut selamat sejahtera dan bukan salam sejahtera...

kompius tak? ekekekekkeke


xpercaya???? saya pun baru perasan setelah diberitahu oleh guru senior kat sekolah. akak tu kata ada keluar pekeliling yang cakap pasal tu...saya pun tgh google nie..tp xjumpa-jumpa. ada sesiapa yang jumpa? kalau ada tolong bagikan address nya ye...tq

wassalam

p/s: ishhh Muaz nie xtido-tido lagi..esok nak bangun mandi pi sekolah mesti liat nih...saya dah tertido lepas magrib td, maklumla menyusukan asma'...apa lg dgn saya sekali tertido. saya bangun pkul 11 td, muas kata nk nasi lemak, terus saya campak2 jadilah sambal nasi lemak..makan dengan nasi tanak tengahari td...tak kuasa nak buat nasi lemak tgh malam nie anak oi....

Monday, January 17, 2011

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM HARI BEKERJA

semoga kita semua berbahagia dan lebih bersemangat hari ini untuk menjalankan tugasan samaada dalam bidang pekerjaan mahupun pendidik anak-anak sendrian di rumah....semoga tetap cemerlang..hehehehehe

pagi-pagi buta nie, saya masih belum boleh melelapkan mata. selepas berbual dengan ibu sayang yang berada jauh di kampung, saya bangkit dari tempat tidur untuk ke ruang tamu....buka pc dan apa lagi...menggodek pc lah jawabnya.saya nak berkongsi dengan rakan-rakan blogger sekalian terutamanya yang baru dengan hobi ini (macam saya)....cara buat loo sendiri untuk dijadikan header atau atau logo kat blog masing-masing
mungkin saya akan tempek kan logo yang saya buat ii kat blog ke 2 saya...(semua dah pi melawat ker? ehhehe..kalau belum, jomla pi sekejap)

ok....dsapa-sapa nk try, bolehlaa ke sini

tapi hasilnya belum boleh ditempek di sini kerana hasilnya belum memuaskan hati saya..insya Allah kalau dah siap nanti saya akan tempek di sini..
oklah yer.saya undur diri dulu.
wassalam

Sunday, January 16, 2011

“mzhany 1st GA”



assalamualaikum semua
salam berhujung minggu yer dik non semua.
hari ini saya sekali lagi mencuba nasib menyertai GA sahabat blogger...tak terlalu mengharap kerana selalu tak dapat, cuma mengisi ruang kosong nan ada..hehehehehe

sapa-sapa nak join bolehlah ke sini dan usha tuan rumah punya syarat-syarat yang amat senang...mana tahu kawan-kawan punya rezeki dapat hadiah free..kan..kan..kannn


Pagi Sabtu

Assalamualaikum semua... nie entri tertunggak:pagi semalam...

ada latihan larian desa kat sekolah. saya kena jaga check point ke 8. takderla jauh sangat dengan rumah kalau berkereta.kalau jalan kaki mahunya berpeluh juga..oleh kerana sayangkan lelemak tepu di pinggul , paha dan perut saya pun menumpang rakan yang berkereta utk ke check point saya. jom skodeng gambar 2 semalam.









Saturday, January 15, 2011

BLOG KE DUA


Assalamualaikum semua
selamat berhujung minggu...

saya dengan rasminya memperkenalkan blog ke dua saya yang bernama Sebarkanlah
dalam blog ke dua saya ini saya hanya ingin berkongsi info-info terkini...(betulke terkini? heheheh) yang baru sapa sapat semasa blog walking di sini....maka saya kongsikan kepada semua rakan-rakan siber. saya cuba mengkreditkannya sehabis baik mungkin kepada sumber yang saya telah copypaste..kalau ada yang tersilap harap maaf dan bolehlah memaklumkan kepada saya...
sekian terima kasih...

Tuesday, January 11, 2011

QIAM DENGAN MOP SATU RUMAH??

ASSALAMUALAIKUM,

selamat hari selasa...pagi nie saya bangun dengan terhoyong hayang..kenapa?hahahhahahaha
sapa yang dah baca entry bawah entry nie...ihihiih(cuba buat entry bersambunglaa pulak)
saya tidour semalam sebenarnya tepat 3.30 pagi...kenapa???

mula2 saya tertidur sebab nenenkan si ASma', pukul 11.00 saya terbangun, sebab teringatkan anak-anak dua orang yang akan ke sekolah esok...mereka dah tidurke belum? tertanya-tanya saya. selalunya kalau saya tak paksa tidur, kalau belum pukul 12 malam, mereka tak akan masuk bilik....betul tekaan saya..bila saja saya keluar ke ruang tamu...komputer dah tutup, tv memang dah 3 hari saya cabut plug....tiba-tiba terlihat kotak tisu yang baru dibuka dah tak ada isi...ooooo inilah kerja diaorang bila makbapak sudah tidur....memain tisu..letak bedak, taburkan atas lantai,,ala-ala tabur bunga rampai untuk puteri gitu....saya membutangkan bijik mata dan suruh masuk tidur..mencicit si kakak lari masuk bilik bersama bantal busuknya...Abang Muaz pun masuk bilik perlahan-lahan. 2 minit kemudian keluar lagi minta buatkan susu botol..(hahhaha jangan terkejut, walaupun dah 4 dan 6 tahun, bila waktu tidur, mereka tetap nak nenen...bahasa kami...botol lah tu.

panjangnya enrti ini..kalau seronok baca..kalau tak seronok..hehehehehhe leh tinggalkan komen ..hehehehehhe.

past saya pun buka tenet..kikikikiki, geledah blog orang.....baca situ,baca sini. tambah informasi...

tup-tup dah pukul 1....then pukul 2..then nak masuk tidur..teringat..larr xsolat isyak lagi...terus bangun solat isayk..dan teringatkan rumah saya yang dah sebulan pakai selipar sebab sekarang nie si Asma' suka buka pempers..was-was pula kaki basah2 nak solat pijak lantai..manalah tahu..kut-kut dia pee-pee kat mana-mana..penat ajer sujud rukuk sedangkan kaki pijak najis mutawasitoh......

sayapun mulakan dengan menyapu seluruh rumah..hehehe macamla rumah besau sangat sebut "seluruh rumahtu" padahal kalau berdiri kat pintu depan..dah manpak pintu belakangnya....

lepas tu saya mengemop 1 rumah jugak :)....fewwwwwww....penat jugak..kena wat 3x ala-ala membersihkan najis mutawasitoh jugak....nawaitupun dah macam tukannn.

tgk-tgk jam dah pukul 3.30am...emmm...maunya subuh gajah esok.....tu yang paginie bangunpun mamai-mamai...subuh tadi memang gajah...dekat pukul 7..... batai tidur balik atas sejadah...terbangun bila si Asma' datang dekat dan mula kelebet dia punya pempers dan berjaya bukak..saya menjerit nyaring bila tak semena dia pee-pee lagi kat ruang tamu yang baru saya mopkan 3x malam tadi.sebut sekali lagi 3 x mnegmop sampai 3.30 pagi!!!! kikikiki .betuahnyaa..nak nages pun ada...terus say basuh semua, risau kalau-kalau dia terpijak dan berjalan rata riti...xberbaloi saya mengemop di pagi hari malam tadi (ulang lagi)

ok wassalam....dah lewat nak iron baju n masak yg simple dimle...jap lagi nak i sekolah....cikgu dik nooonnnnnn....ngajr petang

TAKUT NAK BELI

ASSALAMUALAIKUM,

salam ceria di pagi hari....pagi ker? yer...awal pagi...sekarang jam dah menunjukkan 1.44 pagi...xtido lagi..biasalah, 2,3 arinie suka blokwalking ke satu blog tu...yang sangat indah bila membaca blognya. kalau ada yang nak baca sekali sila angkat tangan, nanti saya bagi nama blognya..hehehehhehehe


opss..pasal tajuk di atas...sebenarnya sata taku untuk membeli apa???? em pregnancy test....takut untuk meng check pregnent atau tidak...kenapa...

1. takut mengecewakan suami..heheh, sebab dia nak sanagt-sangat tambah harta dunia akhirat nih....

2. takut betu-betul pregnent..sebab? rasa tak cukup matang lagi nak tambah koleksi..ahhahah xmatag..taunnie saya dah 30 tahun wehhh.... :)
maksud saya si asma' tu...umurnya xsampai lagi 2 tahun, bulan 5 2011 nie cukuplah 2 tahun..sekarangnie tengah lasak, xnak pakai pempers..arini sahaja 3 kali saya blap kencing dan 1 kali bersihkan ukk..ukkk dia atas lantai...dah xmahu pakai pampers.penat oooooooooooooo...tapi insya allah, dah ikhlas kan hati...insya Allah Allah dah tulis slm buku cop kanan... :)

3. malu nak minta suami belikan..kang di kata bersungguh-sungguh sanagt.bagaimana kalau negetif..wahhhh malu, pilu nya saya...dahla sekarangnie jarang masuk dapur,kemas rumahoun tidak..padahal xconferm pun mengandung..mengalahkan orang alahan menagndung pulak lagaknya...nie bukan alahan, tapi penyakit M sudah datang

oklah semua, mata dah mengantuk..nak solat jap...kalao tak mahu terbabasnie...dahla lewat tido..

wassalam

Sunday, January 9, 2011

CAKAP-CAKAP ANAK

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...ESOK DAH MULA BEKERJAKAN..MALAM NIE KITA BORAK DULU...

DI BAWAH ADALAH ANTARA DIALOG-DIALOG YANG PERNAH TERJADI DIANTARA SAYA DAN ANAK-ANAK

Muaz : mama, kenapa rumah baru kita panjang? muaz tak suka rumah panjang-panjang?
saya : itu dipanggil rumah teres. walaupun rumah itu nampak panjang, sebenarnya rumah kita kat tepi sekali tu aje, yang panjang-panjang tu sebab bersambung dengan rumah orang lain.
Muaz : Muaz xsuka rumah panjang-panjang. Muaz nak rumah satu-satu.(ewah-ewah budaknie nak bungalow plk...mama n abah nak beli rumah "panjang2" nie pun bepeluh samapai ke kaki!!!) kalau rumah panjang-panjang, nanti tak ada bilik.
Mama: rumah teres tu nampak aje panjang, tapi tak panjang. di dalamnya ada 4 bilik tau.anak-anak mama boleh pilih sorang satu.
Muaz: Muaz tak nak jugak rumah panjang, rumah panjang tak cantik...(eiiii geraMnya akuuuu dgn budak nie...kadang2 rasanya dia sengaja tak mahu paham dengan penerangan saya)

Muaz: mama, kalau rumah baru nanti, muaz dan faqihah duk bilik asing yer?
Mama: yer, duk asing, sebab muaz, faqihah dah besar.
Muaz: asma'?
Mama: yer asma' pun kena duk bilik lain jugak.....
Muaz: kalau asma' menangis, macammana?
Mama: nanti mama bagilah susu, bila dia dah tido nanti, mama letaklaa dia dalam bilik.
Muaz: kenapa mama tak nak tido dalam bilik asma'?
Mama: penatnya aku nak menjawab....
tidolah muaz...mama mengantuklah....sengaja aku putuskan begitu...aku xada idealaa nak jawab...rimas pun ada..huhuuuhuhuuh

Muaz :mama.....faqihah tak basuk berak.
maka datang si adiknya berlari-lari nak masuk tandas, mukapun dah tahu ketakutan, takut kena marah kat aku...
Mama :betulke Faqihah,aku membulatkan mata. nampak sedap jer duk atas kerusi empuk depan komputer, siap main2 komputer lagi..rupanya xbasuh berak lagi...nie buat aku hangen nih!!!
Faqihah :taklah, (berdalih lagi) Faqihah nak kencing....
aku cuba mengintai ke dalam tandas..betullah!! dia basuh berak...tak kencing pun...
Mama :haaa1!!!!!!!! aku menjerkah...betul ker tak basuh berak lagi????? aku membulatkan mata( supaya dia takut n tak berani nak cipta alasan lagi)
Faqihah :faqihah berak ajer tadi, faqihah nak basuhlaa nie.....air mata dah bergenang dahhhhh
Mama :bukanke mama dah ajar, setiap kali lepas berak (sory yer sapa2 yang tengah makan..bahasa kasar skit)(ke patutker saya guna buang air besar? xpatut !!!!!!!!!!!!terlalu panjang utk situasi saya yang sedang kemarahan)
Faqihah :Faqihah nak tunggu dia kering dulu...
Mama : tak terkata kerana terlalu geram..kalau korang..apa korang akan kata...tentunya banyak, tapi aku dah speechlessssssssssssssssss sebab dh terlalu geram + marah.....


Muaz : mama, mama anak sapa?
mama :mama anak Tok Ummi.
Muaz :abah anak sapa mama?
Mama :abah anak Tok mek?
Muaz :asmak anak mama ker?
Mama :yer..muaz, kakak FAqihah, Asma' sume anak mama.
Muaz :tak naklah..abang muaz nak jadi anak asma' lah...
Mama :ape kebendalah budak nie...tak paham ke sengaja tak nak paham..penatlaaa aku.....

JANGAN TERKEZUT YA...

ASSALAMUALAIKUM

semoga rakan-rakan semua sihat hendakknya..hari ini saya dah tukar template baru sebab saya dah bingung dengan blog saya nie..tiba-tiba aja bila post sesuatu, ia tak nak turut perintah..kadang-kadang perkataannya terkeluar hingga ke side bar..yang terbaru ini, tak boleh tukar tulisan dan warna...pelik betul saya...dan saya cuba yang Ummufarhan cadangkan..juga xdapat .maka saya ambil keputusan untuk menukarkan templatenya..try and test orang kata..moga-moga masalah itu hilang....

kejutan kedua saya adalah.....cuba tgk pada sicebar sebelah kiri blog ini..hehehehehhehehnampak ada perubahan tak...hahahha jangan terkejutya..sebenarnya saja jer tue..saya letak widget countdown bby...ambik kat blog kak mahani homeschool. sebenarnya saya tak conferm lagi mengandung ker tak...sebabnya? sebabnya saya tak ingat nak tanda period bulan 12 aritu..biasalah, balik kampung...lupa dunia luar. sampai balik sini period datang ke tak bulan 12 pun saya boleh lupa...boleh begitu teruk sekali..maka saya pun cubalah widget ini..kalaulah betul saya tak datang bulan bulan 12 aritu..hahah maknanya dalam perut saya adalah bby yang kehadirannya baru 8 minggu..hahahha..itupun kalau betul saya memang tak datang bulan...

sayapun heran macammana saya boleh begitu terlupa pasal benda yang selalu kita alami itu..husss..saya memang ada masalah ingatn sejak bersalin anak ke 2 lagi...

harapnya nama husband saya xakan lupa..kakakakak
wassalam

Tuesday, January 4, 2011

Tomyam tak menjadi

ssalamualaikum, berjumpa lagi kita..didoakan semoga semua rakan-rakan di luar sana tetap ceria, tabah menghadapi segala ugasan harian masing-masing..

mode tengharinie: penat + geram + risau

kenapa penat ;
*sebab bahagian dapur belum sattle lagi....barang-barang yg digunakan utk memasak tompam td xcuci lagi

*baru tidurkan asma" susah beul dia nk tiur..pukul 12.30 kejap lagi nk angkat bawa ke rumah pengasuh (oppss..lupa nk bagitau semua, saya dh tukar anak dr nursery ke rumah persendirian)

Geram :
*sebab tomyam yang saya buat tak menjadilaaa
mungkin saya letak terlalu banyak sayur..ayam nya cuma 5 ketul.huhuhuuhuhu..dah tahu kureng ayam..tapi buat juga..saja jer..

Risau:
buku RPH (rancangan Pengajaran HArian utk hari selasa ini, saya belum buat lg...ayoyo....takut bos petang turun nak buat pemantauan..matilah saya

ok..sampai di sii shj..bayak kerja mahu dibuat..kemas dapur...goreng ikan keli utk anak2 ,mandi, tulis RPH sekejap...sempat ker...mak aiiiiiii



Monday, January 3, 2011

nape tulisan n warna xbleh ubah?????

perasan tak entri saya kebelakangan ini hanya bewarna hitam n tulisannya serupa aja...rasanya arial kot...masa menulis boleh pilih nk tulisan n warna apa..tapi bila postkan...terus tukar menjadi tulisan arial n bewarna hitam...kenapa yer? mungkinkah kerana terdelete sesuatu sewaktu try n error buat sesuatu kat dalam tu ...huhuhuhhh
apa perlu saya buat...tolong bagi pendapat...sianlaa saya..nnti blog saya xchantekk ..huhuhuuhuhuh

bila laurut malam...membebel xhenti

Assalamualaikum semua...

sekarang jam dah megginjak pukul 1.25 pagi...esok sekolah. sebenarnya matapun dah penat...awal malam tadi, ketika hubby tidorkan anak n dgn dia skali tertido...saya menggodek setareka untuk iron baju2 kerja hubby, baju n tudung kerja saya serta baju pasti si abang an dbla...bla...blaa

sementara itu si dua beradik (sapa tu? muaz n faqihah laaa) sibuk nak menolong melipat baju2 mereka. huhuhuhuu 1 almari (drawer yang dh dilipat) dikemburkan semula....alahai penat mama lipat korang kucar kacirkan balik,betuah betui....nak lipat semua katanya...akhirnya.....macam tak berlipat..
akhirnya saya gumpal-gumpal semua n terus masukkan dlm drawer mereka..penat meng iron baju xabis lagi...dh xder mood nk lipat baju.

dalam 11.30 mint jugak saya meng iron baju..penatnya..kaki kebas especially tumin n betis...apa taknya...berdiri (xboleh duduk, nanti tiada tenaga nak tekan kuat2 setareka yg berjenama murah tu..uhuuhhuhhuh (walaupunmurah ia banayk jasa tau) kesian setareka tu...merajuk xnak kerja nnti, baru padan muka saya....awal2 tahun, ank2 nak sekolah nie..poket belubang..kakakakka

pagi esok ,harapan saya si abang n si kakak boleh pergi ke sekolah dengan senang..tiada lagi teriak pekik saya minta si abang bangun...tiada lagi tanngisan si anag xmahu ke sekolah...
kenapa si abang..bukan si kakak...kerana sejak kecil si abang muaz nie memang manja...n malas mangun pagi maaa.....kadang-kadang saya terpaksa dukung dia ke bilik air...sakit pinggang n bahagian ari2 saya dibuatnya...yerlah dah 6 tahun...nak kena dokong-dokong bagai...emmmm...tapi kerana kasih si ibu..inginmelihat anaknya ke sekolah...sanggup lakukan segala-galanya termasuk dokong...letakkan ubat pada berus gg, siap lapkan, pakaikan baju..silap2 minum anak bujang nyapun disuapkan juga,,,(bukanmengada-ngada..tapi sakit mata melihat air menitik2 tumpah atas baju pasti hijaunya...kalau makan n minum xsah kalau xtinggalkan kecomotan pada pakaiannya..aduhai anak bujangky...bilaa laa nak berdikari n xmenyusahkan mama nih....

ok....slmt mlm..matapun dh ngantukkkk...muka belum cuci...solat isyakpun belum...
assalamualaikum....

(bismikallah humma ahya wa amuttttttttt0-doa sebelum tidor..kdg2 malu sendiri dgn anak2..maknya tido...dummpppp...xhengat apa...nak2 pula yg tolong ingatkan...mama baca doa dulu..yer22..jom abangbaca..mama tadah n aminkan..huhuhuuuhu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails