SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan wanita Myanmar yang didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan menikam bertubi-tubi di tandas rumahnya, Selasa lalu diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama sebulan.
Majistret Zilfinaz Abbas membuat perintah itu terhadap Nuraishah Abdullah, 23, selepas membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zara Aina Mohd Zawawi. Terdahulu, Nuraishah yang memegang status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh anaknya di rumah bernombor 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa, dekat sini kira-kira jam 9 pagi, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ketika dihadapkan, ibu muda itu yang masih dalam pantang kelihatan lemah hanya duduk dalam kandang tertuduh dan meminta penghawa dingin dimatikan seketika atas alasan tidak tahan sejuk.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
3 comments:
Hai sis..Thanks komen dalam blog ellen pasal e-kasih tu, sis boleh p kat atas tu ada borang pendaftaran ringkas..isi kat sana saja atau p link kat bawah ni...rasanya belum di tutup lagi...
https://www.ekasih.gov.my/Pendaftaran/Pages/BorangPendaftaranRingkas.aspx
https://www.ekasih.gov.my/Pendaftaran/Pages/BorangPendaftaranRingkas.aspx
kejam siot!
Post a Comment