Monday, January 31, 2011

AWASI ANAK DARI KUMPULAN PEMOTONG ANGGOTA BADAN UNTUK DIKAJIKAN PENGEMIS

walaupun di MAlaysia, belum ada lagi dilaporkan kes-kes begini, namun ibubapa harus lebih mengawasi anak-anak ketika mereka bermain di kawasan rumah atau di taman-taman permainan. Tidak mustahil golongan syaitan bertopengkan manusia nie ada di MAlaysia..ketika saya belasan tahun dulu, ada dikhabarkan orang kampung saya menjumpai anaknya yang sudah buta di ibu negara setelah hilang dari rumah


DHAKA 15 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap ketua kumpulan yang dipercayai bertanggungjawab memotong anggota badan kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah.

Pegawai Batalion Tindakan Pantas Polis, Kolonel Zia Ahsan berkata, Omar Faruq, 30, ditangkap di sebuah kawasan pinggir bandar raya Dhaka semalam.

''Dia mengaku yang kumpulannya memotong anggota badan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah di Dhaka serta beberapa bandar lain. Mereka juga merogol gadis dan memaksa mereka melacurkan diri,'' katanya kepada AFP.

Beliau berkata, kanak-kanak cacat tersebut disewakan sehingga 400 taka (RM18.60) sehari kepada wanita yang akan membawa mereka meminta sedekah di persimpangan jalan yang sibuk.

''Wanita-wanita berkenaan bertugas sebagai pengawal dan menyamar sebagai ibu kanak-kanak terlibat'' ujarnya.

Pasukan keselamatan elit tersebut dimaklumkan mengenai aktiviti kumpulan itu selepas anggota Faruq dipercayai memotong kemaluan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Neyamul dan dilaporkan oleh ayah kanak-kanak itu kepada kepada kumpulan hak asasi tempatan. - AFP

4 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

eeee...takutnya. kes mcm nie kina mmg dah pernah dengar masa kina kecik² lagi. ada tue dorang colik budak dorang bunuh pastu tanam kat bawah jambatan. kOnOnnyer nak bagi jambatan tue kukuh dan tahan lama. ngeri kan?

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

lupa nak bg tahu..tq cOz akk sudi follow blog kina. kina pun nak follow blog akk jugak. dtg selalu yew nanti...

ibundo said...

kita kena sentiasa berhati2 sebab tak tau yang mana manusia berhati syaitan.
kesian budak2 tu..

Kak Amy said...

macam-macam la sekarang nie..kena hati2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails